Wednesday, December 30, 2009

Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times"

Taktik Kementerian Dalam Negeri (KDN) melewat-lewatkan kelulusan buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" dilihat sengaja memberikan publisiti lebih meluas kepada buku itu.

"Amat menarik apabila melihat seolah-olah ada pakatan di antara agensi-agensi kerajaan dan media-media pro-kerajaan untuk memberikan publisiti besar-besaran kepada buku itu.

"Seolah-olah ada konsert untuk menjadikan rakyat Malaysia semakin marah terhadap penyelewengan yang didedahkan oleh buku itu,"

"Selain kenyataan (Datuk Seri) Rais (Yatim), tidak ada kenyataan dari mana-mana pemimpin utama kerajaan Najib mempersoal atau menempelak tuduhan pengarang buku itu.

"Apa yang berlaku itu menimbulkan persoalan adakah mereka mahu menggunakan kehebohan dan publisiti besar-besaran kepada buku untuk menutup mulut Dr Mahathir yang tidak kelihatan mahu menghentikan kritikannya terhadap kepimpinan Najib dan Umno?"

Saya ingin menyifatkan kenyataan terbaru Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib amat menjejaskan krebiliti Perdana Menteri ketika jentera Umno berhempas pulas menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika Syarikat.

Dr Mahathir mempersoalkan tindakan kerajaan Najib memanggil balik wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna "untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika".

"Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran," kata bekas Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga menulis mengenai pandangan bekas pemimpin Umno yang menyifatkan "Umno busuk hingga ke ususnya".

Bekas Presiden Umno itu tidak pula menyebut bekas pemimpin Umno mana yang meluahkan pandangan sedemikian.

Banyak lagi kenyataan Dr Mahathir yang menyusahkan Najib termasuk dalam isu liberalisasi ekonomi dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Persoalannya, adakah konsert media-media pro-kerajaan dan agensi-agensi kerajaan itu merupakan perancangan dan isyarat kepada Dr Mahathir supaya mengunci mulutnya?

"Jika tidak ada perancangan untuk memaksa Dr Mahathir menghentikan kritikannya terhadap kerajaan Najib, mengapa perlu ada konsert sedemikian?"

Saya juga ingin mengulangi sokongan cabaran Dr Mahathir supaya kerajaan Najib menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan beliau menyelewengkan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

"Suruhanjaya itu mesti ditubuhkan segera dan kerajaan Najib juga hendaklah memastikan siasatan suruhanjaya itu tidak berakhir seperti seperti apa yang terjadi kepada suruhanjaya pita rakaman (Datuk VK) Lingam yang berakhir tanpa sebarang pendakwaan terhadap sesiapa pun,"

Final Piala Emas Raja-Raja 2009

Satu sejarah final piala emas dgn kehadiran penonton hampir 30 ribu, satu sejarah yg sangat menarik.ini dpt mengembalikan bola sepak piala emas ke satu pertandingan yg berperestij. Tidak seperti yg ditanggapi oleh kebanyakan orang selama ini bahawa piala emas hanya kejohanan bertaraf kampung dan kehadiran penonton yangg tidak berganjak ini memberi makna pada kejohanan bolasepak piala emas.

Walaupun dicemari dengan sedikit insiden tetapi saya melihat secara positif bahawa penonton mahukan satu permainan yang bersih dan bertolak dari mutu pengadilan yang tinggi. Apa yang penting selepas ini semua pihak tidak lagi boleh memperkecilkan pertandingan piala emas raja2. Mutu pengadilan mesti diperbaiki,keselamatan perlu ditingkatkan dan pihak polis hanya datang dengan kekuatan yang kecil berbanding jumlah penonton.

Mereka sepatutnya berada disetiap sudut didalam stadium tetapi mereka hanya masuk bila insiden berlaku sedangkan semasa final Piala Malaysia di Bukit Jalil antara kelantan dan N9, polis sedia berada didalam stadium dari awal dengan kekuatan anggota yang munasabah.Ini mungkin polis mempunyai tanggapan bahawa piala emas masih di peringkat yang rendah.

Alhamdulillah dengan berakhirnya final piala emas akan menyedarkan semua pihak dari Raja2 melayu pemimpin kerajaan dan pemimpin persatuan bolasepak akan beri perhatian yg serius pada piala emas 2010.Jangan kita memencilkan persatuan bolasepak melayu yang telah lama mengendalikan pertandingan piala emas raja2.Kepada penonton terima kasih kerna bangkit memberikan sokongan pada piala emas dan persatuan bola sepak melayu serta mengharapkan agar penonton mesti menjagaa adab dan tingkah laku serta banyak bersabar dari mencetuskan kekecohan.Moga 2010 akan memberi wajah yang lebih bersinar pada kejohan piala emas raja2 dan persatuan bolasepak melayu peringkat kebangsaan dan negeri.Kepada rakan2 dr PBMM dan PBMK yg membantu dan mengendalikan final piala emas raja2 saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tidak lupa juga kepada semua pemain dan penonton , tanpa anda semua piala emas tidak bermakna jumpa lagi dikejohanan 2010

Wednesday, December 23, 2009

Kedah mahu tebus kehampaan skuad utama

Pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah mahu menjadikan perlawanan akhir menentang Perlis di Stadium Darul Aman, Isnin ini sebagai medan untuk menebus kehampaan sukan bola sepak negeri ini yang hambar sepanjang musim 2009.

Selepas 'abangnya', skuad Liga Super Kedah gagal mempamerkan aksi memberangsangkan sepanjang musim 2009, anak buah Mohamed Ramlee kini mahu memastikan kejuaraan dalam kejohanan yang pernah dimenangi Kedah sebanyak enam kali itu.

Pentas perlawanan akhir di gelanggang sendiri Isnin ini memberi ruang dan peluang kepada para pemain untuk menebus maruah bola sepak negeri.

Justeru, pemain-pemain telah memberikan janji untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka dalam usaha meraih kejuaraan ketujuh selepas kali terakhir memenanginya empat tahun lalu.

Ia sekali gus sebagai 'bonus' kepada peminat dan pasukan bola sepak utama Kedah yang kempunan untuk menikmati kejuaraan selepas dinobatkan juara treble berganda sebelum ini.

"Kita mahukan gelaran juara Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-69 sebagai hadiah penutup tirai musim ini dan penyuntik semangat kepada pasukan Liga Super Kedah untuk mengharungi saingan tahun depan,"

Para pemain dan jurulatih serta pengurus pasukan Piala Emas Raja-Raja Kedah turut diberikan bonus keseluruhan RM10,400 berikutan kejayaan melangkah ke perlawanan akhir piala tersebut.

Pertandingan Puncak Piala Emas Raja-Raja merupakan platform terbaik untuk melahirkan pemain pelapis kepada skuad bola sepak utama Kedah memandangkan kebanyakan pemain berusia bawah 23 tahun.

Beberapa pemain juga telah dikenal pasti untuk diserapkan ke pasukan Piala Presiden Kedah.

Para peminat dan penyokong bola sepak negeri ini diminta hadir membanjiri Stadium Darul Aman Isnin bagi memberi sokongan padu kepada skuad berkenaan. "Sokongan kepada pasukan ini turut bermakna memberi sokongan kepada perkembangan bola sepak Kedah secara keseluruhannya,"

Mahatir dan Pak Lah, kedua-dua perlu disiasat

Saya mahu kedua-dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadapkan ke Suruhanjaya Diraja untuk disiasat berhubung dakwaan penyelewengan wang sewaktu pemerintahan zaman masing-masing.

Satu Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan itu kerana siasatan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia tidak dapat dijamin ketelusannya.

Dakwaan Tun Mahathir bahawa Pak Lah telah menghabiskan sebanyak RM270 bilion dalam masa lima tahun untuk kegunaan peribadi beliau.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ini, kedua-duanya saling tuduh menuduh berhubung jumlah yang dihabiskan pada zaman masing-masing.

Mahathir juga sebelum ini didakwa menghabiskan 100 bilion dalam masa 23 tahun pemerintahannya.

"Kedua-dua mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan iaitu perlu kepada satu proses penyiasatan yang telus ke atas kedua-dua bekas perdana menteri itu. Ianya perlu kepada satu penubuhan Suruhanjaya Diraja.Bagi saya kedua-duanya ada masalah dan mereka perlu menghadapi satu siasatan dan siasatan itu perlu telus, bukan polis, bukan SPRM,"

Jika Suruhanjaya Diraja tidak dapat ditubuhkan, satu jawatankuasa siasatan di peringkat Parlimen harus ditubuhkan dn laopran siasatan berkenaan diletakkan di bawah biang kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk dibahaskan,"

"Paling kurang pun satu jawatankuasa siasatan peringkat parlimen yang dianggotai pelbagai latar belakang, diletakkan di bawah parlimen dan laporan (siasatan) dihantar ke parlimenuntuk diperiksa dan dibahaskan," tambahnya.

Saya juga menyifatkan kedua-dua mantan Perdana Menteri itu sebagai penyamun yang saling menuduh sedangkan kedua-duanya terlibat dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat.

"Sekarang ni penyamun sedang tuduh penyamun.Seorang kata hang yang samun lebih, seorang lagi kata hang yang samun lebih.Dua-dua pun penyamun.

"Kalau Tun Mahathir kata Pak Lah habiskan 28 bilion, sudah tentu beliau (Tun Mahathir) habiskan lagi banyak sebab beliau 22 tahun memerintah berbanding Pak Lah yang hanya lebih kurang 4 tahun,"

Saya ingin menegaskan, siasatan terhadap projek pembinaan rumah Pak Lah yang berjumlah RM12 juta juga perlu disegerakan kerana pembinaanya dibuat sewaktu Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini juga membuktikan Najib juga terlibat dalam penyelewengan dana awam.

"Siasatan ini juga termasuk rumah Pak Lah RM12 juta.Tapi rumah Pak Lah itu dibina di zaman Najib. maksudnya dalam pengetahuan Najib."

Umno masih bermain dengan perkauman

Perjuangan Umno Pulau Pinang disifatkan masih berlegar dalam kitaran perkauman apabila membangkitkan perbalahan dalam isu perebutan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Saya ingin mempertikaikan dakwaan pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang yang menuntut jawatan itu hanya kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya yang lalu.

Tindakan pemimpin Umno di negeri itu dilihatnya cuba meraih sokongan pengundi melayu yang makin terhakis kepada parti itu kebelakangan ini.

“Saya hairan kenapa tiba-tiba jawatan Pengerusi BN itu yang menjadi keutamaan mereka setelah BN gagal di negeri itu, kenapa tidak tuntut jawatan Ketua Menteri ketika mana mereka mempunyai majoriti dalam pilihan raya dulu.

"Sepatutnya Umno memberi keutamaan kepada isu yang lebih besar, bukannya mencetuskan isu remeh yang sering berkisar dengan isu perkauman seperti ini,"

Perjuangan yang ditegakkan Umno di negeri itu disifatnya hanya lebih untuk menegakkan kepentingan politik perkauman mereka sahaja dan bukannya untuk kepentingan rakyat di negeri itu.

"Tidak ada apa yang nak direbutkan, Pengerusi BN Negeri itu hanya jawatan kecil sahaja, di peringkat nasional yang Umno pegang pun banyak masalah dan tidak boleh diselesaikan, inikan pula hanya jawatan di peringkat negeri,”

Tuesday, December 22, 2009

Panggil segera Sidang Khas Parlimen bincang kehilangan enjin pesawat F-5E

Saya mencadangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memanggil sidang khas Parlimen untuk membincangkan kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Saya akan menulis surat meminta Najib memanggil suatu sidang khas Parlimen bagi membolehkan usul pembentukan sebuah jawatankuasa siasatan peringkat parlimen dibincangkan.

"Jawatankuasa yang dibentuk nanti akan bertanggungjawab menyiasat kes kehilangan enjin dan juga menyiasat segenap sudut termasuklah tahap keselamatan di semua kem-kem tentera khususnya di kem TUDM.

"Jawatankuasa ini mestilah dibenarkan menyoal siasat sesiapa sahaja yang terlibat dengan kes ini, termasuklah bekas Menteri Pertahanan dan bekas Panglima TUDM yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku,"

Untuk membuktikan ketelusan jawatankuasa yang dibentuk, laporan siasatan nanti hendaklah dikemukakan kepada Parlimen dalam bentuk kertas putih dan tidak disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Sementara itu, saya meragui persediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjaga keselamatan negara berikutan terjadinya kes-kes pencerobohan di kem-kem tentera sebelum ini.

"Tahap keselamatan negara amat diragui memandangkan sudah beberapa kali berlakunya insiden yang mengancam keselamatan negara melibatkan kem-kem tentera seperti kes Al-Maunah dan kebakaran berulang kapal pengangkut milik TLDM.

“Jika enjin pun boleh hilang, tidak mustahil suatu hari nanti jet Sukoi pula dilarikan pihak tertentu. Ini menunjukkan tahap keselamatan negara terdedah kepada ancaman pihak luar,”

Saya juga menyarankan kepada Kementerian Pertahanan supaya lebih peka dan bertanggungjawab menjaga dalam aspek-aspek keselamatan negara agar tidak diperlekeh pihak tertentu.

“Pada masa kita mahu memantapkan aspek pertahanan dengan penggunaan kapal selam, kita tidak boleh lagi memandang ringan isu-isu kecil seperti kem diceroboh dan aset-aset keselamatan negara dicuri,”

Thursday, December 17, 2009

Kehabisan sumber pendapatan punca kerajaan 'gagau semua tempat'

Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan kepada seluruh rakyat dinegara ini didakwa berpunca dari kehabisan sumber pendapatan negara akibat berleluasanya amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Kerajaan kehabisan wang disebabkan ketirisan, rasuah dan pembaziran, jadi fikir macam mana nak cari duit lalu perkenalkan GST, Gagau Semua Tempat,"

Saya berpendapat GST sepatutnya dikenakan dulu kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang sebelum ini mendapat perlepasan cukai.

"Kerajaan masih beri perlepasan cukai pada beberapa syarikat komunikasi tempatan yang sudahpun berjaya sampai boleh tawar perkhidmatan di luar negara dan disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia sedangkan GST ini nak dikenakan pada rakyat."

Perlepasan cukai itu menyebabkan beberapa syarikat telekomunikasi terbabit mendapat keuntungan perkhidmatan dan keuntungan hasil tidak membayar cukai.

Saya juga menggesa kerajaan menyelesaikan masalah rasuah dan ketirisan yang merupakan punca perbelanjaan negara kian membengkak.

Saya juga sekali lagi turut mendesak kerajaan agar mencegah masalah penyeludupan demi memastikan kerajaan mendapat hasil cukai yang sewajarnya.

Kerajaan dianggarkan kehilangan RM12.92 juta tahun ini disebabkan gagal membendung penyeludupan rokok dan pengenaan duti kastam.

Dengan menangani beberapa masalah tersebut bukan sahaja membuatkan kerajaan tidak perlu gagau semua tempat, malah menyelamatkan rakyat dari terus terbeban.

Tidak hadir Sidang Parlimen

Saya berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu saya juga tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.

"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu,"

Wednesday, December 9, 2009

Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim

Huraian
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Sunday, December 6, 2009

Ketua pesuruhjaya SPRM

Sepatutnya ahmad said lebih awal melepaskan jawatan.sprm telah gagal membenteras rasuah malah gagal membina pesepsi yg baik terhadap negara dlm isu yg berkaitan integriti menentang rasuah.sprm telah dilihat menjadi alat kepentingan politik umno/bn utk melindungi dn menyelamat amalan rasuah pemimpin negara.sprm juga dilihat utk menjadi alat memulih imej politik buruk bn dgn memburukkan imej pr.

Apakah pemberhentian awal ahmad said ada kaitan dgn isu kematian teoh beng hock.apakah hasil pos moterm terbaru menunjukkan teoh telah diinanyai olh sprm. Apa pun isu kegalan sprm dlm memerangi rasuah adalah asas yg kuat mewajarkan bukan sekadar beliua melepaskan jawatan tetapi juga mewajarkan PM utk melepaskan jawantan kerana sprm di PM.

Amat wajarPM juga perlu dipertanggunjawap atas kegalan ini kerana campur tangan poltik yg keterlaluan dn melampau menyebabkan index. Pesepsi rasuah msia jatuh merudum.
Apa yg blh diharap pd penggantinya abu kasim hanyalah utk membebaskan diri beliua dn sprm dr sebarang campur tangan politik dlm mengemudikan sprm utk memerangi rasuah.zaman2 dhulu waktu harun hashim hanyalah bertaraf bpr dan bsn tapi mampu bawa kecemerlangan bpr dlm memerangi rasuah hingga keatas kepentingan dn pimpinan politik umno/bn.

Jika Abu Kasim juga gagal membebaskan diri dr menjadi alat kepentingan politik umno/bn dia juga akan dikecam olih raayat.abu kasim harus sedar raayat inginkan negara dn pimpinannya bebas dr rasuah dn raayat inginkan sprm yg berintegriti tinggi.Jika beliau tidak bersedia utk itu saya harap Abu kasim jgn terima jawatan tersebut kerana beliua akan dilihat hanya gila jawatan tinggi.Saya harap Abu Kasim akan bawa cadangan terus kepada agong dn parlimen utk memaksa kerajaan meminda akta sprm bg menstruturkan sprm diletakan dibawah j/kuasa khas parlimen dn membolihkah j/kuasa khas ini yg menapis pemilihan ketua pesuruhjaya dn pegawai tinggi sprm utk mempastika PM mengangkat nama ini utk mendapat perkenan YDP Agong

Thursday, December 3, 2009

Tohmahan terhadap Nik Aziz punya agenda tertentu

Saya ingin menyifatkan tindakan sesetengah pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau mempunyai agenda tersendiri.

Usaha yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ini adalah sebagai salah satu tindakan untuk melihat PAS berada dalam keadaan kucar-kacir.

"Tindakan mereka terhadap Nik Aziz tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada beliau. Malah ahli-ahli PAS akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada beliau bagi memastikan tidak ada pihak yang dapat menjatuhkannya".

"Kekuatan dan kesepaduan yang ada dalam PAS agak sukar untuk mereka daripada BN untuk mengganggu-gugat kedudukan di negeri Kelantan,"

Pemimpin Umno sepatutnya mencari kaedah dan jalan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti mereka dan juga menumpukan tumpuan bagaimana untuk menunaikan janji yang telah mereka berikan kepada rakyat ditepati.

"Mereka sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang sudah jauh terhakis kepada mereka dan bukannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap parti lawan".

"Saya juga berkeyakinan mereka mempunyai agenda tertentu bagi menawan semula Kelantan. Sehubungan itu adalah tidak menghairankan sekiranya mereka membuat pelbagai tohmahan bagi mengeruhkan suasana yang ada di negeri Kelantan,"

Wednesday, December 2, 2009

Pembinaan tergesa-gesa MTC dipertikai

Saya ingin mempersoalkan mengapakah kerajaan begitu tergesa-gesa hendak membina Matrade Convention Centre (MTC) dan tidak ada tender terbuka dibuat.

"Saya difahamkan baru-baru ini Perdana Menteri telah mengarahkan supaya pada 17 hari bulan dibuat satu program tandatangan awal dengan Syarikat Naza TTDI,"

Saya juga ingin mempersoalkan mengapa tidak dibuat tender terbuka yang memungkinkan keuntungan yang lebih besar.

"Keduanya ialah isu mengapakah kita berikan kepada Naza? Walaupun kata kerajaan, Naza menawarkan bangunan ini secara percuma, kemudian sebagai ganti, kerajaan berikan tanah yang begitu luas.

"Kenapa kepada Naza? Kenapa tidak dibuat satu tender terbuka?"

Sepatutnya, tanah yang hendak diberikan kepada Naza sebagai ganti membina bangunan itu boleh dimanfaatkan secara lebih meluas.

Naza, mendapat harga yang begitu lumayan berbanding dengan kos pembinaan convention centre tersebut dengan harga kira-kira RM628 juta.

"Sedangkan ia mendapat keuntungan yang lebih. Kalau RM350 satu kaki persegi, kalau RM500 satu kaki persegi tanah di kawasan tersebut, maka sudah tentu keuntungan yang lumayan (diperolehi) hanya sekadar dengan tanah yang dianugerahkan kepadanya,"

Saya yakin, tanah di kawasan berkenaan mempunyai nilai harga tanah yang sangat tinggi.

"Walaupun kerajaan kata baru-baru ini RM72 satu kaki persegi, saya tidak boleh hendak terima kalau RM72 satu kaki persegi di kawasan Jalan Duta"

Saya juga mempersoalkan keperluan pembinaan pusat persidangan tersebut.

"Apa perlu kepada projek convention centre ini kerana saya difahamkan bahawa JKR (Jabatan Kerja Raya) diberikan tanggungjawab untuk menyediakan dokumen, penyediaan dokumen juga semuanya mesti dibuat oleh pihak JKR.

"Walaupun ini merupakan projek runding terus yang merupakan keputusan yang telah dibuat di peringkat lebih awal oleh Kementerian Kewangan, tetapi JKR hanya diberikan arahan untuk melaksanakan dari segi dokumen-dokumen untuk memastikan surat yang telah pun, saya difahamkan, bahawa surat niat telah pun dikemukakan dan surat penyata kehendak kerajaan kepada Naza TTDI ini juga sudah pun dinyatakan.

"Isunya, apakah JKR tidak boleh memberikan nasihat? Pertama sekali ialah nasihat kepada pihak kerajaan bahawa negara kita tidak perlu kepada satu lagi kompleks convention centre,"

Malaysia, sudah ada Putrajaya International Convention Centre (PICC) yang saya percaya tidak banyak digunakan dalam satu tahun sedangkan kos penyelenggaraannya begitu tinggi.

"Begitu juga kita ada di The Mines, kita ada di Langkawi dan sebagainya. Jadi apa perlu satu lagi sedangkan Perdagangan Antarabangsa dan Industri baru-baru ini jawab bahawa ini merupakan daya tarikan pelancong.

"Takkan kita buat satu bangunan hanya sekadar hendak tarik pelancong datang untuk melihat bangunan, sedangkan kita berbelanja dengan begitu besar, penyelenggaraannya yang terpaksa ditanggung atas wang rakyat ini,"

Tindakan gopoh baiki stadium runtuh bahayakan nyawa

Tindakan melantik kontraktor tidak berpengalaman memperbaiki bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh boleh membahayakan nyawa semua pihak.

"Amat menghairankan mengapa kabinet mengarahkan kontraktor yang sama yang membina stadium yang runtuh itu segera melakukan kerja-kerja baik pulih termasuk memasang bumbung stadium tersebut sedangkan kita difahamkan kontraktor berkenaan tidak ada pengalaman memasang bumbung jenis space frame itu,"

Saya ingin mempersoalkan mengapa kabinet begitu tergesa-gesa mengarahkan kerja-kerja baik pulih sedangkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai keruntuhan itu masih belum lengkap dan siap sepenuhnya.

"Sepatutnya kabinet menunggu dahulu laporan lengkap dan menyeluruh mengenai keruntuhan itu dari pihak JKR dan perunding kerana kita difahamkan perunding yang dilantik itu mempunyai pengalaman dalam teknologi bumbung space frame,"

Saya juga ingin tahu sejauh manakah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas firma dari Korea Selatan yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja kontrak stadium bernilai RM292 juta itu.

Saya ingin menyifatkan tindakan tergesa-gesa kabinet mengarahkan stadium diperbaiki segera oleh pihak yang membinanya sebagai tindakan yang bukan sahaja membahayakan keselamatan rakyat malah para pemimpin juga menanggung risiko yang sama.

"Bumbung diperbaiki oleh tidak berpengalaman ketika laporan lengkap mengenai keruntuhan stadium itu belum lengkap, bagaimana kalau kejadian yang sama berulang lagi ketika Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sedang menyaksikan acara tertentu di stadium itu?"

Monday, November 30, 2009

Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan dalam media

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,"

Saya ingin menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,"

Bagaimanapun, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Saya juga ingin menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"

Saya meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS,"

Wednesday, November 25, 2009

Muhyidin disifatkan masih amal politik primitif

Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu.

Sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,"

Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.

Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.

Saya menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu.

"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."

Tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.

"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat,"

Saya juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.

Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.

Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen

10 peratus peningkatan kos pembinaan MRSM dipersoal

Saya meminta kerajaan menjelaskan tentang peningkatan 10 peratus kos pembinaan beberapa projek MARA yang didakwanya meragukan.

"Saya agak terkejut dan ragu apabila membaca jawapan yang diberikan oleh Kementerian (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - KKLW)...saya lihat ada sesuatu yang tidak kena,"

"Saya bertanya tentang projek pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mengalami 10 peratus pada kos pembinaan, daripada badjet asal."

Saya ingin menyifatkan jawapan bertulis KKLW perlu diambil perhatian dalam dewan perbahasan.

"Bukan saja melebihi 10 peratus, malah (MRSM) kosnya meningkat sampai 387 peratus umpamanya seperti di Maktab Rendah Sains Mara di Betong, Sarawak,"

Kos pembinaan MRSM Sungai Besar, Selangor turut mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak 52 peratus.

"Kos asalnya 45 juta ringgit, tapi meningkat hingga 66.8 juta, maknanya peningkatan luar biasa sampai 52 peratus,"

Saya juga meragui beberapa alasan yang diberikan kementerian terbabit, ekoran peningkatan kos pembinaan itu.

"Alasan yang diberikan kepada saya semalam adalah harga besi dan kabel naik antara 30 hingga 50 peratus disebabkan permintaan yang tinggi oleh (negara) China waktu Sukan Olimpik lalu."

"Sedangkan harga besi naik hanya dalam masa tiga bulan saja, dari April hingga Jun untuk tahun 2008 saja...walhal projek-projek MRSM yang saya maksudkan sejak tahun 2006 lagi,"

Disebabkan peningkatan kos pembangunan itu, saya mendedahkan bahawa kos pendidikan MARA dikuncupkan.

"Tahun 2009 dari bajet pembangunan sebanyak RM883 juta turun sampai RM334 juta saja...hampir separuh penurunan itu dan ianya membabitkan bidang pendidikan," jelasnya.

Kerajaan telah mengecilkan bajet pendidikan MRSM dan Kolej Sains Mara dari RM293 juta pada tahun 2009 pada RM116 juta saja pada tahun 2010.

Bajet pendidikan Institut Kemahiran Mara (IKM) turut dikecilkan dari RM403 juta (2009) pada RM143 juta (2010).

Bajet pendidikan Kaunseling Bimbingan Usahawan (KBU) turut dikecilkan dari RM5 juta (2009) pada RM445 ribu sahaja.

Bajet pendidikan Program Giat Mara (PGM) turut dikecilkan dari RM20 juta (2009) pada RM16 juta sahaja.

Beliau juga nekad melaporkan kes-kes berkaitan MRSM tersebut kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dalam masa terdekat.

Saya juga mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes tersebut secara agresif, sama seperti siasatan suruhanjaya tersebut ke atas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Monopoli individu saham Bernas, kerajaan terus dipersoal

Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.

Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.

Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.

"Monopoli pemilikan saham Bernas sebanyak itu oleh entiti berorientasikan keuntungan semata-mata telah memperjudikan sektor strategik makanan utama negara.

Lebih malang apabila rakyat yang akan menerima kesannya apabila hanya keuntungan diletakkan mengatasi kepentingan rakyat secara keseluruhan."

"Kita bimbang bahawa Syed Mokhtar yang memiliki bisnes yang begitu besar dan pelbagai dan akhirnya akan mempertaruhkan sektor pemakanan asasi ini untuk memastikan dia terus mendapat peluang-peluang bisnes yang lain,"

Beberapa kes pernah berlaku sebelum ini membuktikan kerajaan hilang kawalan terhadap Bernas.

Pernah sebelum ini Bernas menaikkan harga beras tanpa mendapat persetujuan pihak kerajaan, dan akhirnya kerajaan terpaksa mengarahkan pembatalan kenaikan tersebut.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sendiri sudah hilang kawaklan dan tidak berupaya membuat pemantauan untuk memastikan dasar dan polisi padi dan beras negara ini dapat memberi kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya,"

Saya ingin menuntut kerajaan mengambil kembali hak permit import dari Bernas agar tiada sebarang penyalahgunaan berlaku.

Selain itu saya juga menuntut agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan dan berperanan semula mengendalikan industri beras negara ini dengan penuh tanggungjawab sosial dan menjamin hak petani dan pengguna.

Sunday, November 22, 2009

Jangan terperanjat jika Umno derhakai TYDP Agong

Tindakan Sultan Kedah mahu supaya kerajaan pusat berkerjasama dengan kerajaan Kedah membayangkan rasa tidak puas hati baginda terhadap sikap enggan berkerjasama itu.

"Mesti diingat bahawa luahan rasa tidak puas hati Sultan Kedah terhadap tahap kerjasama kerajaan pusat itu hakikatnya merupakan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Sultan Kedah kini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan pusat diterajui oleh Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Jika kerajaan pusat membelakangi titah baginda, ia boleh dianggap penderhakaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong,"

Saya ingin menyifatkan sikap kerajaan pusat yang enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja menentang demokrasi malah menghina perlembagaan Malaysia yang menekankan doktrin federalisme.

Saya juga ingin mengingatkan kerajaan pusat bahawa pendirian kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk berkerjasama dengan kerajaan pusat bukanlah tanda mengalah tetapi disorong oleh rasa hormat kepada pilihan rakyat melalui amalan demokrasi di samping menjunjung kehendak perlembagaan negara.

"Kerajaan pusat yang diterajui Umno telah bertindak melampau menghina amalan demokrasi dan perlembagaan negara yang menekankan semangat federalisme apabila menubuhkan kerajaan dalam kerajaan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR melalui penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Beberapa kementerian di peringkat pusat pula terang-terang menunjukkan keangkuhan apabila enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

"Tindakan itu menunjukkan sikap tamak kuasa yang sanggup bertindak melampau sehingga menidakkan suara rakyat dalam amalan demokrasi,"

Sikap itu jugalah yang mendorong kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi perundangan seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

"Hampir semuanya sudah digunakan oleh Umno dan BN untuk menidakkan pilihan raya melalui amalan demokrasi dan jangan terperanjat jika titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga diderhakai oleh mereka,"

Keputusan tidak rasional: SPR hendaklah dirombak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dirombak setelah mahkamah tinggi menyifatkan suruhanjaya itu tidak rasional dan bertindak bertentangan dengan undang-undang

"Lembaga dan struktur SPR hendaklah dirombak apabila mahkamah tinggi menyifatkannya tidak rasional.

"Rakyat dan sistem demokrasi negara ini tidak sepatutnya berhadapan dengan SPR yang disifatkan tidak rasional oleh mahkamah,"

Dalam keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman membatalkan keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong.

Hakim tersebut menyifatkan SPR melakukan tindakan-tindakan yang tidak rasional dan bertentangan dengan undang-undang ketika membuat keputusan itu.

SPR membuat keputusan tersebut setelah Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menetapkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Saya ingin menyifatkan keputusan mahkamah itu menghakiskan lagi keyakinan umum terhadap SPR.

"SPR tidak dapat lari dari imej pro-Barisan Nasional (BN) dan berkerja untuk kepentingan BN,"

Saya berharap rakyat dapat mengekalkan sokongan terhadap usaha menamatkan pemerintahan BN.

"Jika pemerintahan BN dapat ditamatkan, kita akan pastikan SPR bebas dari cengkaman kuasa parti yang memerintah dan suruhanjaya tersebut akan diletakkan di bawah jawatankuasa khas Parlimen,"

Friday, November 20, 2009

Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli masa'

Saya ingin mempersoalkan kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.

Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

"Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas."

"Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu,"

Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan Ketua Setiausaha Negara (KSU) Kerajaan.

"Pasukan (Khas) Sidek gagal dan tidak berupaya untuk kenal pasti siapa rasuah (dan) siapa eksekutif-eksekutif kerajaan yang salah guna kuasa, sebab dia sendiri KSU, sebahagian dari kerajaan."

"Kalau dia (Sidek) nak siasat, pertama sekali dia akan siasat beberapa individu dalam kabinet...dia akan minta minit kabinet tentang isu PKFZ ini disemak."

"Saya percaya dia Najib) tidak berupaya jadi seorang yang bebas sebab dia KSU, dia setiausaha yang tulis minit kabinet,"

"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."

"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan,"

Wednesday, November 18, 2009

Pembangunan NCER-ECER dipertikai

"Saya setuju dengan (Ahli Parlimen) Arau...sehingga jalan atau stor kenduri pun nak koridor (ECER dan NCER) buat, sepatutnya padan JKKK saja bincang dengan Ketua Kampung."

"Koridor ini buat benda-benda yang tidak perlihatkan fungsi sebenarnya...contoh di kawasan saya (Pokok Sena), MADA asyik perbesar jalan selepas banjir sedangkan isu sebenar adalah tanah mendap,"

"Saya lihat tidak ada kajian dalam isu pemendapan ini. Kalau macam itu JKKK pun boleh buat, Ketua Kampung boleh cadang."

Saya juga meminta Ahli Parlimen Sungai Dua menjelaskan jumlah gaji sebenar semua Pengarah Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan (COO) koridor tersebut yang didakwa tidak efisyen.

"Kalau gaji tinggi, tapi begini kerja buatnya. Saya ingat elok bagi JKKK saja buat selepas berbincang dengan Tok Penghulu. Ini yang saya persoalkan."

Tuesday, November 17, 2009

SPR dicadang diletak bawah parlimen

Saya mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan dalam jawatankuasa khas di bawah parlimen bagi memastikan ia bertindak mengikut perlembagaan dan proses undang-undang di negara ini.

Seluruh struktur SPR juga mesti dirombak dan disusun semula bagi mengelakkan suruhanjaya itu dipengaruhi oleh badan eksekutif sehingga menyebabkan ia tidak rasional dalam membuat sebarang keputusan.

"Kedudukan SPR harus dirombak bukan sahaja orangnya tetapi strukturnya.Institusi itu mesti dilihat tidak dikuasai oleh eksekutif yang menyebabkan ia tidak rasional.Sebab itu bagi saya SPR harus diletakkan dalam jawatankuasa khas di bawah parlimen untuk pastikan sebarang tindakan yang dilakukan rasional dan mengikut perlembagaan dan proses undang-undang yang terdapat dalam negara kita,"

Keputusan suruhanjaya itu bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong juga perlu dibatalkan.

Alizatul juga dilaporkan juga sebagai berkata, SPR tidak boleh mengatasi kuasa speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

Dalam siri pilihanraya sebelum ini, Pakatan Rakyat seringkali berhadapan dengan sikap tidak rasional SPR yang dilihat tidak serius dalam usaha membaik pulih sistem pilihan raya di negara ini.

"Kita (Pakatan Rakyat) berhadapan selama ini dengan sikap SPR yang tak rasional.Setiap kali kita buat bantahan, buat aduan, SPR kata mereka bertindak mengikut undang-undang.Mereka hanya bersandarkan kepada undang-undang yang tidak diusahakan agar dibaikpulih sistem perundangan berkaitan pilihanraya,"

Mahkamah seharusnya juga membuat keputusan yang sama terhadap permohonan Speaker DUN Perak, V Sivakumar untuk semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang masih mengekalkan kerusi tiga adun yang melompat menjadi adun bebas di negei itu awal Februari lalu.

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Saya juga ingin menyatakan kesediaan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Monday, November 16, 2009

Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat
2. Antara amalan yang paling utama selepas beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya serta berjihad di jalan yang diredhai Allah ialah mengerjakan ibadat haji dengan dengan sempurna (haji mabrur).
3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahnya apalagi sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji kerana ibadah ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya persediaan yang cukup dari segi rohani dan jasmani.
4. Orang yang beramal dan berusaha untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah ketika di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat selagi tempoh hayat masih berbaki.

Keputusan batal ke Mekah, gagalkan usaha musuh

Saya menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membatalkan pemergian beliau ke tanah suci Mekah pada 18 November yang akan datang.

Saya begitu yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.

"Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.

"Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang,"

Ia bukan semudah itu untuk menjatuhkan PAS yang sudah lama matang dengan sepak terajang politik tanah air.

Saya yakin, beberapa isu yang sering ditimbulkan terhadap PAS, langsung tidak menjejaskan parti itu.

Apatah lagi, parti itu mempunyai mekanisma tersendiri menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

"Saya juga sekali lagi yakin dengan kepelbagaian isu yang timbul ini serta kejayaan PAS untuk menepis segala dakyah dan tuduhan membuktikan bahawa segala masalah yang melanda parti ini tidak akan menjejaskan PAS,"

Isu-isu yang bersifat serangan ini katanya kan lebih mematangkan lagi ahli-ahli PAS apabila satu persatu daripada serangan musuh dapat ditangkis dengan mudah.

"Dengan semangat perjuangan yang ada serta kematangan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PAS maka apa jua isu yang cuba dipoltikkan oleh pihak lawan sudah pasti akan dapat diatasi dengan mudah,"

Friday, November 13, 2009

Najib perlu tarik balik kenyataan terhadap CEUPACS

Saya ingin menasihatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdamai dan menarik balik kenyataan beliau terhadap Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) dalam isu tuntutan bonus untuk kakitangan kerajaan.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataan didakwa menghina CEUPACS sebagai tidak bermoral kerana menuntut bonus untuk kakitangan awam dari kerajaan.

"Saya minta Perdana Menteri berdamai dan tarik balik kenyataannya kata CEUPACS tidak bermoral bila mereka tuntut bonus,"


Saya juga ingin menasihatkan Najib agar menjelaskan pertimbangan kerajaan menolak tuntutan CEUPACS itu.

"Dia (CEUPACS) nak tuntut itu haknya, kerajaan jelaskanlah kenapa tak boleh (beri bonus)...jelaskanlah kalau kerajaan hadapi penguncupan ekonomi,ketirisan, rasuah dan sebagainya kalau itu punca kerajaan tidak mampu beri bonus pada mereka."

"Saya tidak mahu menuduh Najib tidak berupaya menyanggah tuntutan itu (tuntutan bonus) kerana dia adalah Perdana Menteri 1Malaysia, takkan dengan CEUPACS pun tak berani nak bersemuka. Kalau macam ini, 1CEUPACS pun tak layak."

"Saya nampak apa saja yang dituntut rakyat, Najib akan anggap sebagai tidak bermoral. Mungkin sebab itu, Najib menafikan hak kerajaan negeri (dan) rakyat Kelantan untuk dapat royalti minyak sekarang ini,"

"Sedangkan ini (pemberian royalti minyak) adalah hak yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas, kerajaan persekutuan dan negeri."

Mewakili seluruh kepemimpinan PAS, saya menyokong tuntutan CEUPACS agar seluruh kakitangan kerajaan diberikan bonus demi menempuhi kemelesetan ekonomi tidak lama lagi.

Thursday, November 12, 2009

Tiada jaminan keretakan MRR2 tidak berulang

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal memberi jaminan bahawa keretakan jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak akan berulang.

Bercakap pada sesi soal jawab lisan di dewan rakyat semalam, Shaziman hanya memberi keyakinan jejambat berkenaan hanya selamat digunakan buat masa ini dan tidak mampu memberi jaminan keretakan tidak berulang.

"Apakah jaminan kerajaan bahawa perkara yang sama tidak akan berlaku pada pier (tiang) yang lain, kalau boleh berlaku pada pier 28, tidak mustahil akan berlaku pada 32 tiang yang lain?

"Saya difahamkan perunding antarabangasa yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya iaitu Halcrow telah memberi nasihat kepada kementerian supaya tidak menggunakan kaedah CFRP,"

Bekas setiausaha Umno Terengganu, Dato' Dr Rosli Mat Hassan dan bekas bendahari, Senator Dato' Roslan Awang Chik didakwa terlibat dalam kes rasuah pembinaan MRR2.

Kedua dua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 10 Jun lalu namun dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

"Apa tindakan SPRM terhadap dua tokoh Umno Terengganu itu, saya percaya masalah MRR2 ada kaitan dengan kepimpinan Umno,"

Wednesday, November 11, 2009

melawat pusat pemindahan mangsa mangsa banjir di kawasan Pokok Sena

Melawat mangsa-mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sekitar kawasan Pokok Sena.
Turut bersama isteri beliau..

















Monday, November 2, 2009

1,800 pesara tentera berhak dapat pingat dan pencen

1,800 pesara tentera yang dikenal pasti berjasa pada negara supaya diberikan anugerah dan elaun yang selayaknya.


Cadangan itu dibuat ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pingat Gagah Perkasa (PGP), di Parlimen hari ini.

"Tidak bolehkah 1,800 orang yang dikenal pasti ini dianugerahkan pingat gagah berani dan pingat gagah perkasa disebabkan jasa mereka," tegasnya.

Ujarnya lagi, inisiatif kerajaan memberikan anugerah serta elaun tententu kepada hanya 99 pesara tentera sahaja sebelum ini adalah tidak memadai.

Sebaliknya, kesemua pesara yang lain juga sepatutnya layak kerana berjuang bersama-sama dalam hutan suatu ketika dulu.

"Ada (pesara) yang dipotong kaki, bukan kerana kemalangan atau masalah kesihatan...maknanya ia hilang upaya sewaktu berdepan dengan musuh mempertahan negara dari pengkhianat, tapi tiada apa-apa bantuan."

"Kalau mereka (pesara) ini tidak boleh diiktiraf (oleh) kerajaan kerana berjuang di hutan dulu, kita nak panggil mereka apa," soalnya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mempersoal keberkesanan Tabung Kebajikan Tentera yang saban tahun mengutip dana daripada rakyat untuk menampung kebajikan pesara tentera sebelum ini.

Beliau turut meminta kerajaan memeprtimbang untuk memberikan elaun yang munasabah kepada pesara yang lain, termasuk mangsa kes kapal terbang Nuri terhempas beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Pendang, Dr. MOhd Hayati Othman yang mencelah, meminta kerajaan mempertimbangkan untuk memberi anugerah dan elaun juga kepada para pesara polis yang layak, disebabkan keberanian dan berjasa pada negara.

Jelasnya, pengalaman melawat Balai Polis Bukit Jenun, Pendang, menyaksikan polis terpaksa beroperasi dalam kontena secara tidak selesa, sedangkan mereka bertugas secara berani dan berjasa pada negara.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kedah meminta kerajaan memperuntukan sejumlah dana tertentu untuk membiayai pesara tentera yang mengalami penyakit kronik, termasuk perkhidmatan dialesis secara percuma.

Menjawab perbahasan itu, Ahli Parlimen Sandakan VK Liew tidak mahu memberikan respon balas kerana mahu fokus pada beberapa perkara yang lain.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan, kerajaan mempertimbang untuk menarik balik anugerah PGB daripada pesara-pesara yang dikenal pasti terlibat dalam acara jenayah, sebagaimana yang dibangkitkan semalam.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Alor Setar Alor Setar Chor Chee Heung (MCA) mendakwa segelintir pemimpin Pakatan menyokong pengkhianat negara serta tidak menghargai pengorbanan tentera dulu.

Ianya disebabkan Pakatan mengkritik tindakan kerajaan menghalang pemimpin utama Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke tanah air.

Kerajaan juga mendakwa tindakan pembangkang itu sebagai mengkhianati pengorbanan tentera serta tanah air.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bangun kemudiannya, menegaskan bahawa dakwaan Chor itu sebagai suatu perbahasan kosong.

Dakwanya lagi, kerajaan sepatutnya mendahulukan perdamaian dengan bekas pemimpin PKM itu, sebagaimana yang pernah dimeterai antara kerajaan Malaysia dan PKM suatu ketika dulu.

Tegasnya lagi, Chin Peng berhak pulang ke tanah air kerana hak tersebut adalah termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan kerajaan meninggalkan amalan balas dendam, yang dianggap tidak berprikemanusiaan.

Semalam, kerajaan memaklumkan bahawa sebanyak 11 pesara tentera dianugerahkan pingat Gagah Perkasa yang membawa elaun RM2,000 setiap bulan.

11 pesara yang lain dianugerahkan pingat Gagah Berani yang membawa elaun RM1,500 setiap bulan._


Monday, October 26, 2009

Tiada faedah Akta 'Whistleblower' jika perasuah dilindungi

Akta yang melindungi pemberi maklumat tidak akan dapat memerangi rasuah jika pelaku rasuah dilindungi.

"Apa maknanya pemberi maklumat dilindungi kalau perasuah juga kebal dari sebarang tindakan,"

Saya tidak percaya rasuah boleh diperangi dengan tindakan-tindakan kosmetik sahaja sedangkan pada masa yang sama "perasuah-perasuah terus menjadi pembesar negara dan dipilih pula sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan beliau kembali ke dalam arus perdana politik.

"Semua itu hanya tindakan kosmetik untuk memperbaiki ranking Malaysia yang semakin merudum dalam indeks rasuah antarabangsa.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) amat terdesak kini dan memerlukan kosmetik seperti itu untuk meyakinkan pelabur,"

"Sebelum ini, ketika (Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak) Jamaluddin Mohd Radzi berada di dalam Pakatan Rakyat (PR), saksi utama Mohd Imran Abdullah menyatakan Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu di Pusat Bandar Seri Iskandar.

"Tetapi apabila Jamaluddin melompat menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan tuduhan rasuah terhadapnya, Mohd Imran yang dilaporkan sebagai agen Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) tiba-tiba mendakwa bahawa Jamaluddin tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek itu.

"Apa yang berlaku itu memberikan gambaran yang jelas bahawa sokongan atau kesetiaan kepada BN bukan sahaja boleh membebaskan seseorang dari rasuah malah akan dipilih pula sebagai calon BN dalam pilihan raya serta apa yang dilakukannya diisytiharkan sebagai bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini,"

Ketika membentangkan Belanjawan 2010 Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperkenalkan Akta 'Whistleblower' tahun depan manakala 14 Mahkamah Sesysen Khas Rasuah dan empat Mahkmah Tinggi Khas Rayuan akan ditambah untuk memerangi rasuah.

Akta 'Whistleblower' bertujuan melindungi pemberi maklumat.

Tidak diketahui apa yang berlaku kepada Akta Perlindungan Saksi yang dilaporkan akan dibentang sebelum ini. Akta 'Whistleblower' mungkin versi baru zaman Najib kepada Akta Perlindungan Saksi sebelum ini.

Sunday, October 11, 2009

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah


Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah

Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.

Kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.


Rasuah: Pengundi Bagan Pinang perlu pertahankan maruah

Rakyat Bagan Pinang pasti akan mempertahankan maruah dan harga diri mereka dengan menolak Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dihukum oleh partinya sendiri kerana politik wang yang merupakan amalan rasuah.

"Biasanya, selain mempertahankan harta bendanya, seseorang manusia akan mempertahankan maruah dan harga dirinya. Malah, maruah dan harga diri dipertahankan melebihi harta benda,"

Para pengundi di Bagan Pinang terutama anak-anak Bagan Pinang di perantauan yang sudah mula pulang beramai-ramai untuk mengundi akan menebus maruah rakyat Malaysia di mata dunia yang begitu tercemar dengan isu rasuah.

"Selamatkanlah maruah kita semua sebagai rakyat Malaysia dan maruah negara ini dengan memilih calon PAS yang tidak pernah dikaitkan dengan rasuah dan menolak calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didapari bersalah oleh partinya sendiri kerana terlibat dengan politik wang.

"Politik wang sebenarnya merasuahkan para perwakilan Umno supaya memilih seseorang calon menjadi pemimpin. Pemimpin naik dengan rasuah dan sebab itulah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata Umno sudah menjadi parti perasuah,"

"Adakah kita akan memilih menantu yang bersih dari jenayah dan kesalahan atau kita mahu memilih menantu yang menjadi pencuri atau penyamun serta pernah dihukum pula kerana melakukan kesalahan?"

"Dr Mahathir berpesan demikian kepada para perwakilan mesyuarat agung khas MCA.

"Saya ingin bertanya kepada para pengundi Melayu di Bagan Pinang yang ada di sini. Adakah pemimpin masyarakat Cina sahaja yang perlu bersih?

"Adakah pemimpin Melayu yang tidak bersih kita biarkan menjadi pemimpin orang Melayu dan kita pilih pula untuk menjadi wakil rakyat di tempat kita?"

Jika orang-orang Cina akhirnya memilih pemimpin yang bersih dan orang-orang Melayu pula memilih para pemimpin yang tidak bersih, di manakah maruah dan harga diri orang-orang Melayu sedangkan kita beragama Islam yang menekankan kepmpinan yang bersih serta memerangi rasuah,"

Saya ingin mengingatkan, tugas dan tanggungjawab para pengundi di Bagan Pinang bukan sahaja untuk menebus maruah dan harga diri mereka sendiri yang disogokkan oleh calon yang pernah dihukum kerana politik wang malah mereka juga bertanggungjawab mempertahankan maruah negara dan rakyat Malaysia seluruhnya.

"Negara kita semakin merudum dalam indeks rasuah. Dari kedudukan ke 43 jatuh lagi ke kedudukan ke 47 setelah jatuh demi jatuh sebelum ini. Kita sebagai rakyat Malaysia pula rugi lebih dari RM10 bilion setahun kerana rasuah.

"Adakah setelah Dr Mahathir kata Umno sudah menjadi parti perasuah, kita akan dengar pula tuduhan bahawa Malaysia negara perasuah atau syurga perasuah?

"Sebab itulah saya katakan para pengundi Bagan Pinang mesti menyelamatkan negara ini dari dituduh syurga perasuah,"

Wednesday, October 7, 2009

Kepimpinan

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”
Riwayat Muslim

Huraian
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.


Monday, October 5, 2009

Pencalonan Isa: Malaysia terus merudum dalam persepsi rasuah

PAS bimbang kedudukan Malaysia akan terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berikutan pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Kedudukan Malaysia dalam indeks itu terus merudum. Sebelum ini berada pada kedudukan ke 43. Sekarang ke 47.

"Sepatutnya kerajaan BN bertindak segera untuk memperbaiki kedudukan yang semakin merudum itu.

"Tetapi, apabila BN memilih Isa sebagai calon mereka di sini, nampaknya parti itu seperti merestui rasuah,"

BN, membuktikan keengganannya untuk memerangi rasuah.

"Umno kononnya hendak mengadakan perhimpunan khas untuk mengatasi politik wang.

"Tetapi sekarang nampak benar parti itu bersifat hipokrit apabila mendakwa mahu membasmi politik wang,"

Kampung Bagan Pinang ialah kampung Isa di mana beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang.

2005 lalu, keahlian bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dalam Umno digantung selama tiga tahun berikutan politik wang.

Saya juga bimbang Malaysia akan dipandang semakin buruk oleh badan-badan integritu dunia jika Isa dipilih oleh rakyat Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil itu.

Menurut laporan terbaru Transparency International (TI), kedudukan Malaysia dalam CPI lebih buruk dari Israel.

Entiti yang dilabelkan sebagai entiti haram pengganas itu berada pada kedudukan ke 33, 14 tangga mengatasi Malaysia di dalam indeks persepsi rasuah itu.

Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam CPI itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak Malaysia terlibat dengan kajian TI itu, kedudukannya terus merudum.

Kali pertama Malaysia disenaraikan pada tahun 1995, ia berada pada kedudukan ke 23.

Rakyat negara ini menanggung kerugian RM10 billion setahun akibat rasuah. Kos yang sama boleh digunakan untuk membina sebuah universiti bagi memantapkan daya saing rakyat negara ini.

Wang sebanyak RM10 bilion juga boleh digunakan untuk membina lebih 150,000 rumah kos rendah, jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Tuesday, September 29, 2009

SEMINGGU BERHARI RAYA

Kemeriahan di Aidilfitri
Saat yang dinantikan oleh anak-anak
Bersama Isteri ketika melancarkan "Tabung PRK Dun Bagan Pinang"
Press Confrence
Berucap meraikan tetamu yang hadir
Menyambut tetamu yang hadir
Di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pokok Sena ( Dun Derga ) , di Perkarangan Masjid Taqwa Taman PKNK

Di Istana Anak Bukit , Mengadap Tuanku Sultan Kedah Darul Aman

Friday, September 25, 2009

Tangkap anggota kabinet yang lulus kos tambahan tidak wajar PKFZ

Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ)

Saya kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.

"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.

"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.

"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu,"

Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Saya bimbang dengan sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.

"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu,"

Saya juga bimbang dengan keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan,"

Saya juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.

"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak,"

Saya melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.

Respons Najib pengakuan dokumen PKFZ tulen

Respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tindakan laman web Malaysia Today mendedahkan dokumen yang meminta diluluskan kenaikan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan satu pengakuan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang tulen.

Najib kelihatan menggelabah dengan pendedahan dokumen kabinet itu berhubung kelulusan peningkatan kos PKFZ.

Perdana menteri dalam kenyataannya semalam memberi amaran tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi berhubung pembocoran dokumen itu.

"Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut.

"Jika dokumen itu tulen, Perdana Menteri jenis apa mendiamkan diri terhadap pembelasahan lebih RM3.5 bilion wang rakyat berdasarkan peningkatan kepada lebih RM4.6 bilion dari kos asal RM1.088 bilion.

Ini bukan belasah satu ringgit. Belasah satu ringgit pun wang rakyat tanpa mengikut peraturan yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Perdana menteri jenis apa menjahit mulutnya terhadap pendedahan pembelasahan berbilion-bilion wang negara?

Saya juga ingin menyifatkan Najib mahu mengalihkan isu apabila hanya membesar-besarkan isu pembocoran dokumen itu.

"Najib boleh cuba untuk mengalihkan isu dengan membangkit-bangkitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk bertindak balas terhadap mereka yang membocorkan dokumen itu.

"Tetapi jangan lupa, rakyat juga hendak bertindak balas terhadap Najib dan semua anggota kabinet yang terlibat memberi kelulusan yang dicadangkan dalam dokumen itu, jika dokumen itu tulen.

"Saya yakin, selain menuntut ditubuhkan suruhanjaya di raja supaya penyelewengan tersebut disiasat, ada tindakan lain yang akan diambil oleh rakyat,"

Jika dokumen yang didedahkan oleh itu tulen, isunya bukan setakat penyelewengan syarikat pemaju, badan berkanun kerajaan atau mana-mana menteri, tetapi penyelewengan seluruh kabinet Malaysia.

"Sebab itulah kita tidak boleh menerima sama sekali sandiwara memburu pembocor maklumat untuk menyembunyikan penyelewengan kabinet termasuk Najib sendiri,"

Jika dokumen itu tulen, kabinet penyeleweng yang membelasah wang rakyat itu mesti mesti dihukum kerana telah merugikan berbilion-bilion wang rakyat.

"Walaupun dokumen itu telah didedahkan dan ia sememangnya tulen, tetapi kita tidak percaya kerajaan berani mendeklasifikasikannya kerana ia tidak mahu wujud bukti yang sah di sisi undang-undang tentang penyelewengan kabinet itu.

"Sebab itulah, seluruh rakyat Malaysia mesti menuntut penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara itu sehinggalah seluruh kabinet penyeleweng itu dihukum mengikut undang-undang negara."

Saya ingin menggesa semua pihak yang prihatin berganding bahu untuk memastikan semua anggota kabinet penyeleweng itu diheret ke muka pengadilan.

Saya juga ingin mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman daripada kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah daripada KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK sejak 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh Price Waterhouse Coopers , syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Monday, September 21, 2009

Kepimpinan Umno lemah, terpaksa minta tolong Dr M

Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kini terbukti paling lemah dalam sejarah apabila terpaksa mendapatkan khidmat Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum berani membuat keputusan.

"Memang pemimpin tertinggi Umno hari ini paling lemah dalam sejarah. Contohnya dalam isu calon (pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang, (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (timbalannya, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) tak berani langsung hendak menyatakan mereka tak mahu (Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd) Isa (Abdul Samad).
"Pemimpin-pemimpin Umno yang paling lemah dalam sejarah itu terpaksa memperalatkan keberanian Dr Mahathir,"

Bekas Perdana Menteri sebelum ini mengingatkan Umno dan BN supaya jangan meletakkan Mohd Isa sebagai calon di Bagan Pinang kerana bekas Naib Presiden Umno itu pernah disabitkan dengan kesalahan politik wang.
Mohd Isa digantung keahliannya di dalam Umno selama tiga tahun pada 2005 lalu kerana kesalahan tersebut.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Umno kerana selepas ini mereka mempunyai alasan untuk menolak Mohd Isa sebagai calon di Bagan Pinang.

"Tahniahlah sebab pemimpin Umno sudah dibantu oleh bekas presiden parti mereka untuk menghadapi Isa.

"Ketika mereka kelihatan begitu takut untuk menyatakan pandangan mereka mengenai Isa, tiba-tiba Dr Mahathir memberikan mereka alasan untuk menolak Isa.

"Selepas ini bolehlah Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidur lena. Ada Dr Mahathir tolong buat kerja untuk mereka,"

"Bagi Isa, jika (Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd) Ali Rustam yang juga dihukum kerana kesalahan politik wang boleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri malah dilantik pula sebagai Ahli MT, mengapa pula beliau tidak boleh menjadi calon di Bagan Pinang.

"Sedangkan, kedudukan sebagai Ketua Menteri dan Ahli MT jauh lebih tinggi berbanding kedudukan sebagai calon BN di Bagan Pinang,"

Mohd Isa juga, tentu melihat pilihan raya kecil Bagan Pinang boleh menjadi "pusat pemulihan" kepada kerjaya politiknya jika beliau dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya itu.

"Apabila kerjaya politiknya telah dipulihkan, Isa yang sebelum digantung merupakan Naib Presiden Umno paling kanan tentu mahu mendapatkan kedudukan sebagai Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya boleh beliau menangi jika bertanding kalau tidak digantung keahliannya sebelum ini,"

"Barangkali untuk menjauhkan pertembungan seperti itulah yang menyebabkan Timbalan Perdana Menteri tidak berani bercakap terus-terang untuk menolak Isa dan sifat vokal Dr Mahathir mesti mereka peralatkan,"

Saturday, September 19, 2009

Gelabah Najib petanda dokumen didedahkan MT adalah tulen

Kegelabahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tindakan Malaysia Today (MT) mendedahkan dokumen yang meminta diluluskan kenaikan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) merupakan satu pengakuan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen yang tulen.

"Orang menggelabah bila bersalah. Sebab itulah Najib sengaja bising-bising hendak memburu pihak yang membocorkan dokumen itu dan mengunci rapat-rapat mulutnya terhadap pendedahan tindakan kabinet meluluskan pembelasahan wang rakyat semata-mata untuk menutup salah laku dalam projek tersebut.

"Jika dokumen itu tulen, Perdana Menteri jenis apa mendiamkan diri terhadap pembelasahan lebih RM3.5 bilion wang rakyat berdasarkan peningkatan kepada lebih RM4.6 bilion dari kos asal RM1.088 bilion.

"Ini bukan belasah satu ringgit. Belasah satu ringgit pun wang rakyat tanpa mengikut peraturan yang sah adalah salah di sisi undang-undang. Perdana Menteri jenis apa menjahit mulutnya terhadap pendedahan pembelasahan berbilion-bilion wang negara?" kata beliau yang sebelum ini menuntut Najib dan semua anggota kabinet yang terlibat meletakkan jawatan masing-masing jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu tulen.

Saya juga ingin menyifatkan Najib mahu mengalihkan isu apabila hanya membesar-besarkan isu pembocoran dokumen itu.

"Najib boleh cuba untuk mengalihkan isu dengan membangkit-bangkitkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk bertindak balas terhadap mereka yang membocorkan dokumen itu.

"Tetapi jangan lupa, rakyat juga hendak bertindak balas terhadap Najib dan semua anggota kabinet yang terlibat memberi kelulusan yang dicadangkan dalam dokumen itu, jika dokumen itu tulen.

"Saya yakin, selain menuntut ditubuhkan suruhanjaya di raja supaya penyelewengan tersebut disiasat, ada tindakan lain yang akan diambil oleh rakyat,"

Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu tulen, isunya bukan setakat penyelewengan syarikat pemaju, badan berkanun kerajaan atau mana-mana menteri, tetapi penyelewengan seluruh kabinet Malaysia.

"Sebab itulah kita tidak boleh menerima sama sekali sandiwara memburu pembocor maklumat untuk menyembunyikan penyelewengan kabinet termasuk Najib sendiri,"

Jika dokumen itu tulen, kabinet penyeleweng yang membelasah wang rakyat itu mesti mesti dihukum kerana telah merugikan berbilion-bilion wang rakyat.

"Walaupun dokumen itu telah didedahkan dan ia sememangnya tulen, tetapi kita tidak percaya kerajaan berani mendeklasifikasikannya kerana ia tidak mahu wujud bukti yang sah di sisi undang-undang tentang penyelewengan kabinet itu.

"Sebab itulah, seluruh rakyat Malaysia mesti menuntut penubuhan suruhanjaya di raja untuk menyiasat perkara itu sehinggalah seluruh kabinet penyeleweng itu dihukum mengikut undang-undang negara."

Saya ingin menggesa semua pihak yang prihatin berganding bahu untuk memastikan semua anggota kabinet penyeleweng itu diheret ke muka pengadilan.

"Jika dokumen itu tulen, Najib dan sebahagian anggota kabinetnya kini berada dalam kabinet penyeleweng itu, mereka mesti dihukum.

"Rakyat negara ini tidak sepatutnya dibiarkan dizalimi dan dianiaya dan terus diperintah oleh anggota-anggota kabinet penyeleweng itu,"

Saya juga ingin mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Siap sedia awal hadapi Bagan Pinang

Saya menyeru kepada seluruh jentera pilihan raya parti itu bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada 11 Oktober ini meskipun masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidifitri.

Jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS harus mengambil perhatian serius mengenai pilihan raya itu dengan turun lebih awal ke lokasi untuk bertemu dengan para pemilih.

"Saya harap PAS setiap negeri dapat menghantar jentera pilihan raya secepat mungkin untuk persediaan gerak kerja walaupun mungkin masing-masing masih dalam mood raya, "

Saya juga ingin turut menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara agar turut membantu PAS untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini. "Saya sangat berharap agar seluruh rakyat yang menyokong Pakatan agar menunjukkan satu kesepakatan dalam menghadapi pilihan raya kecil kali ini,"

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober sebagai hari penamaan calon manakala hari membuang undi pada 11 Oktober iaitu pada hari Ahad, berbeza dengan pilihan raya kecil sebelum ini yang diadakan pada hari bekerja.

Sehubungan itu tegasnya, tiada alasan untuk para penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat untuk tidak terlibat dengan gerak kerja kempen atau pulang mengundi memandangkan kedua-dua tarikh penamaan calon dan pembuangan undi jatuh pada hari cuti.

Saya kesal dengan keputusan kerajaan yang hanya memberi bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, dan dibayar dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan selebihnya pada Disember nanti.

Kerajaan seharusnya mencontohi kerajaan Pakatan Selangor dan Kedah yang memberikan bantuan khas itu secara sekaligus sebelum Aidilfitri.

Kerajaan Selangor memperuntukan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan pada tahun ini kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam kumpulan sokongan di negeri itu.

Manakala Kedah pula memperuntukkan RM2.65 juta untuk bayaran bonus berkenaan, RM2.47 juta kepada kakitangan berjawatan tetap dan selebihnya kepada kakitangan kontrak, sementara dan sambilan

"Bagi saya keputusan kerajaan dalam pemberian bantuan khas ini sangat mengecewakan. Sudahlah hanya sebanyak RM500 yang diberi. Itu pun dibayar separuh-separuh. Ini menunjukkan kerajaan hadapi masalah kekurangan wang tunai,"

Keputusan kerajaan itu juga tidak membantu meringankan beban rakyat apatah lagi rakyat sedang berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan khususnya menjelang musim perayaan ini.

Kerajaan juga dilihat masih berpihak kepada golongan usahawan dan peniaga apabila gagal mengawal kenaikan harga barang sehingga menyebabkan pengguna menjadi mangsa.

"Sudahlah gagal kawal kenaikan haga barang, bonus pun tak boleh bagi kepada semua kakitangan awam. Ini langsung tak selari dengan slogan '1Malaysia Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan,'

Saya ingin mengingatkan seluruh rakyat agar bijak mengawal perbelanjaan ketika ini dan mengamalkan kesederhanaan dalam persiapan yang dilakukan.

Kepada mereka yang tinggal di bandar-bandar dan ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung, beliau berpesan agar berhati-hati ketika memandu dan memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

"Pesan saya kepada sesiapa yang nak balik kampung, pastikan rumah dikunci dengan sempurna, dan minta tolong jiran tengok-tengokkan rumah sepanjang peninggalan,"

Saya juga berharap amalan rumah terbuka yang diadakan dapat dijadikan sebagai tempat untuk menjalinkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan sahabat handai.

"Kalau buat rumah terbuka, manfaatkan ia sebagai ruang untuk saling mengenali dan merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain,"