Sunday, December 6, 2009

Ketua pesuruhjaya SPRM

Sepatutnya ahmad said lebih awal melepaskan jawatan.sprm telah gagal membenteras rasuah malah gagal membina pesepsi yg baik terhadap negara dlm isu yg berkaitan integriti menentang rasuah.sprm telah dilihat menjadi alat kepentingan politik umno/bn utk melindungi dn menyelamat amalan rasuah pemimpin negara.sprm juga dilihat utk menjadi alat memulih imej politik buruk bn dgn memburukkan imej pr.

Apakah pemberhentian awal ahmad said ada kaitan dgn isu kematian teoh beng hock.apakah hasil pos moterm terbaru menunjukkan teoh telah diinanyai olh sprm. Apa pun isu kegalan sprm dlm memerangi rasuah adalah asas yg kuat mewajarkan bukan sekadar beliua melepaskan jawatan tetapi juga mewajarkan PM utk melepaskan jawantan kerana sprm di PM.

Amat wajarPM juga perlu dipertanggunjawap atas kegalan ini kerana campur tangan poltik yg keterlaluan dn melampau menyebabkan index. Pesepsi rasuah msia jatuh merudum.
Apa yg blh diharap pd penggantinya abu kasim hanyalah utk membebaskan diri beliua dn sprm dr sebarang campur tangan politik dlm mengemudikan sprm utk memerangi rasuah.zaman2 dhulu waktu harun hashim hanyalah bertaraf bpr dan bsn tapi mampu bawa kecemerlangan bpr dlm memerangi rasuah hingga keatas kepentingan dn pimpinan politik umno/bn.

Jika Abu Kasim juga gagal membebaskan diri dr menjadi alat kepentingan politik umno/bn dia juga akan dikecam olih raayat.abu kasim harus sedar raayat inginkan negara dn pimpinannya bebas dr rasuah dn raayat inginkan sprm yg berintegriti tinggi.Jika beliau tidak bersedia utk itu saya harap Abu kasim jgn terima jawatan tersebut kerana beliua akan dilihat hanya gila jawatan tinggi.Saya harap Abu Kasim akan bawa cadangan terus kepada agong dn parlimen utk memaksa kerajaan meminda akta sprm bg menstruturkan sprm diletakan dibawah j/kuasa khas parlimen dn membolihkah j/kuasa khas ini yg menapis pemilihan ketua pesuruhjaya dn pegawai tinggi sprm utk mempastika PM mengangkat nama ini utk mendapat perkenan YDP Agong

4 comments:

hilbert said...

tSalam sejahtera Yang Berhormat Datuk Haji Mahfuz Omar,

Sebenarnya saya menjadi bingung apabila membaca tulisan pada artikel ini, entahlah samada ianya ditulis dalam waktu ketika dalam keadaan sedar ataupun dibawah sedar.

Saya menjadi bertambah hairan apabila YB menggesa agar SPRM diletakkan dibawah pemantauan jawantankuasa Parlimen sebabnya setakat yang saya tahu ialah terdapat beberapa orang Ahli Parlimen dari semua parti seperti DAP, UMNO, PAS, MCA, PKR, MIC telah dilantik dalam jawantankuasa khas untuk tujuan tersebut jadi apa masalahnya lagi untuk diwujudkan bermacam-macam jawatankuasa pemantau.

Untuk menuduh SPRM sebagai telah gagal dalam usahanya untuk membasmi penyakit rasuah ini saya rasa adalah sangat tidak adil untuk berkata sedemikian, sebabnya ialah usia SPRM baru setahun jagung sebagai sebuah badan bebas, sama seperti seorang kanak yang baru belajar berjalan pasti kadang kala akan jatuh, lepas tu berjalan lagi, jatuh lagi.., ini adalah pandangan saya selaku rakyat biasa, rakyat yang tidak punya pendidikan tinggi hanya punya pendidikan darjah satu serta tidak tahu tentang undang-undang negara.

Berbalik kepada soal SPRM yang telah dikatakan sebagai gagal berfungsi dengan jayanya, saya berpendapat usaha untuk sama-sama melihat gejala rasuah dapat dipatahkan dari terus menjadi virus dalam apa-apa jua kegiatan kita, tidak sepatutnya usaha itu diletakkan 100% ke atas bahu SPRM semata-mata dan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab maka kita juga punya peranan untuk membantu SPRM dalam usaha mereka itu.

Membantu yang saya maksudkan ialah kita harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM jika peranan kita diperlukan ketika sesuatu kes sedang disiasat dan jangan sementara SPRM masih dalam membuat siasatan akan ada pula pihak-pihak yang tertentu yang akan menimbulkan bermacam-macam isu dengan niat untuk menghalang SPRM dari meneruskan tugas siasatan.

Antara perkembangan berkaitan dengan SPRM yang boleh kita ambil sebagai contoh ialah apabila baru-baru ini SPRM tidak dibenarkan lagi untuk menyoal siasat sesiapa juga yang yang disyaki terlibat dengan rasuah sebelum jam 8.30 pagi dan selepas jam 5.30 petang.

Jadi persoalannya disini ialah bagaimanakah SPRM dapat melaksanakan tugas mereka sesuai dengan statusnya sebagai sebuah badan bebas atau Suruhanjaya Bebas jika pergerakkan mereka telah dibatasi?

Adalah sangat mustahil bagi SPRM untuk dapat mencapai matlamat bagi membenteras aktiviti rasuah dengan jayanya sekiranya masih ada pihak yang terus mempertikaikan tanggungjawab mereka dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas umpamanya menuduh SPRM telah diperalatkan oleh BN/UMNO walaupun tuduhan seperti itu sebenarnya sengaja diada-adakan.

Tiada mana-mana parti politik pun yang memperalatkan SPRM tetapi ada beberapa parti politik yang tertentu yang telah memperpolitikkan SPRM ini dengan tujuan yang yang mereka sendiri faham.

Terima Kasih YB.

Anonymous said...

Salam Datuk..(tak perlu siarkan mesej saya)

Boleh tak Datuk sampaikan saranan Datuk yang meminta YDP perbadanan menteri besar kelantan melalui saluran yang betul...kenapa melalui media?...malaysiakini.com..

saya kecewa dengan sikap Datuk sebegini...saya faham tujuan Datuk baik tapi apasalahnya Datuk sarankan terus kepada Pas kelantan tanpa melalui media arus perdana..

Khalid Mersing.

anak muallaf said...
This comment has been removed by the author.
die_hard_PAS said...

salam YB...
saya merupakan seorg penyokong PAS sejak lbh kurg 15 thn lamanya...sy tdk prnah brhasrat utk melompat kemana2 parti lain tmbh2an lagi UMNO yg sdh terang2an menolak Islam..cuma apa yg sy gusarkan d sini adalah mengenai kelulusan lesen mmbina pub&karaoke d bndaraya a.setar skrg...adakah ini d luluskan oleh kerajaan PAS kedah?minta jasa baik YB mmberi penerangan jelas brkenaan kelulusan pusat maksiat ini wlaupun pd dasarnya saudara bknlah anggota DUN,tetapi demi PAS yg kita sayangi tolonglah saudara pulihkanlah kembali reputasi parti ini dari terus menjadi bahan cacian@tohmahan penduduk2 kampung di negeri Kedah skrg(para penyokong PAS sendiri)....pada saya,inilah usul yg menjadi bonus kpd BN utk kmbali mndapat sokongan rakyat d kedah..minta jasa baik saudara berilah penerangan yg jelas berkenaan isu in d dlm blog saudara..mdh2an Kota Siputeh akan mnjadi milik kita sekali lagi...ttp jika perkara ini tidak d perjelaskan sebaiknya maka kita perlulah bersedia mengucapkan selamat tinggal kpd Kota Siputeh mahupun negeri Kedah sendiri pd pilihanraya yg akan dtg..terimalah kenyataan ini....