Sunday, May 30, 2010

Lagi 1 tahun 2020, Malaysia bankrap

Kenyataan Idris Jala Malaysia akan Bankrap setahun sebelum 2020 sangat memeranjatkan seluruh rakyat.Malaysia akan bankrap sebelum impian menggunung Malaysia sebagai negara maju melaluli wawasan 2020.Ini bermakna wawasan 2020 selama ini diselogankan hanya bersifat membentuk pemikiran rakyat untuk menaruh harapan yang tak kunjung datang.Tahun 2020 datang,tetapi kedatangannya dalam keadaan Malaysia dah bankrap.
Sebelum ini dari zaman Tun Dr M rakyat dibuai kononnya kemajuan akan bakal mendatang rakyat perlu berkorban hari ini untuk kesenangan hari depan.Pelbagai tuduhan dilemparkan pada pembangkang yang mengkritik dasar kerajaan dengan tuduhan anti pembanggunan dan kemajuan.Rakyat diseret dengan kepentingan politik nepotisme dan kronisma untuk mengenepikan pembangkang kususnya PAS.
Pemimpin umno/bn dan kroni mereka membina kekayaan dari projek projek mega megah hinggalah kepada komisen kapal selam yang kononnya untuk merealisasikan wawasan 2020.Mereka meniti jalan 2020 dengan penyelewengan,rasuah pembaziran dan keborosan serta penyalahgunaan kuasa.Mereka memfaraidkan khazanah kekayaan negara seperti harta mak bapak mereka.Yang menentang mereka diISA.Rakyat ditakut dan dikurafatkan kononnya kalau lain dari Umno/Bn memerentah pembanggunan tiada nagera huru hara. Kini harapan akan diganti dengan kebankrapan impian akan bertukar menjadi kemuflisan.Sekali lagi rakyat diminta demi 2020 hapuskan subsidi kalau tidak Malaysia bankrap.Inilah dia pemimpin bijaksana Umno/Bn yang membina kekayaan dengan airmata rakyat kini cuba merampas kehidupan rakyat

Thursday, May 27, 2010

Sokong semua PBT guna kuasa halang judi bola Najib

PAS menyokong keputusan dan tindakkan yang diambil olih PBT Petaling Jaya,Selayang dan Ampang jaya yang tidak akan membenarkan perimis pengoperasian judi bola sepak piala dunia olih syarikat ascot sport anak syarikat kumpulan berjaya corp yang mendapat lesen judi tersebut dari Datuk Najib selaku Menteri Kewangan Malaysia seperti yang dilaporkan olih Malaysia kini.Keputusan dan tindakkan tersebut menunjukkan satu keberanian dan ketegasan PBT yang memahami kesan yang bakal dihadapi negara dari amalan perjudian.
Apa yang bolih dilakukan olih PBT ialah pertamanya tidak mengeluarkan lesen perimis judi bola ini kepada syarikat kumpulan berjaya corp yang mendapat lesen untuk mengendalikan perjudian ini.kedua ialah seperti mana kenyataan yang dibuat olih Berjaya bahawa mereka akan menggunakan perimis dan kemudahan sport toto yang sedang beroprasi secara sah untuk dijadikan pusat pengoprasian kegiatan judi bolasepak,maka pihak PBT bolih menarik balik lesen perimis yang telah dikeluarkan olih PBT sebelum ini kepada sport toto kerana menjalankan penambahan aktiviti judi tanpa kebenaran PBT.PBT juga hendaklah menolak sebarang permohonan penambahan aktiviti judi yang dikendalaikan diperimis sport toto.Dengan ini kita dapat menghalang kegiatan judi yang sangat besar teranksaksinya yang dijangka rm2 bilion dalam 1 hari.Dengan ini dapat mengelak dari berlakunya peningkatan gejala jenayah seperti curi,rompak,ragut dan kegiatan pinjaman along untuk berjudi yang akan menyebabkan berlakunya keberentakkan rumahtangga dan mengujudkan masaalah sosial pada negara.Tahniah kepada ahli majlis PBT Selangor yang menggunakan kuasa yang ada pada mereka menghalang gejala keburukan judi ini.saya menyeru semua kerajaan negeri khususnya kerajaan PR menjadikan ini sebagai satu permulaan yang baik kearah menghentikan amalan buruk ini.saya menyeru semua ahli majlis PBT dinegeri PR mengambil langkah dan tindakkan yang saya dalam menghalang kegiatan judi bola yang diluluskan PM Najib.
Saya akan menghubungi Pimpinan PR untuk membolihkan satu mesyuarat khas majlis pimpinan PR diadakan dalam kadar yang segera untuk mengambil ketetapan supaya semua kerajaaan negeri dan PBT dinegeri PR memerentah mengambil keputusan yang sama bagi menghalang pengoperasian judi bola yang dilesenkan olih Datik Najib kepada Berjaya corp.

Siasat percubaan rasuah Samy Vellu oleh PM.

Anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu S Vell Paari mendedahkan seorang Pegawai Khas PM telah datang membawa tawaran dari PM menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon BN untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam piliharaya kecil Hulu Selangor.Dakwaan S Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN diHulu Selangor,tetapi ianya menunjukkan berlaku dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan yang dibuat olih PM yang juga pengurusi BN diterima olih semua peringkat dalam BN.Amalan ini adalah untuk menutup mulut dikalangan pemimpin BN agar tidak membuat kacau yang bolih menjejaskan kepentingan politik BN.
Perbuatan ini satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang bolih mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada peminpin Umno/BN setiap kali berlaku krisis dikalangan dalaman Umno/Bn.
Saya menuntut satu siasatan dilakukan olih SPRM bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara dari difaraidkan untuk kepentingan Umno/Bn.Saya mengajak rakyat menolak parti dan pemimpin Umno/Bn dari menerajui dan menguruskan negara Malaysia demi untuk kepentingan rakyat semua.

Tuesday, May 25, 2010

Polis menjayakan judi bola Piala dunia:Tahniah Polis bekerja untuk umno dan Tan Seri Vincent Tan

Polis Diraja Malaysia PDRM dalam kenyataan yang dibuat olih Pengarah siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri berikrar akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang nak terlibat dengan pertaruhan perjudian sempena pertandingan bolasepak piala dunia hanya dibenarkan melakukannya dengan syarikat Ascot sport milik berjaya corpration yang diberikan lesen olih kerajaan barisan nasional.

Polis juga menyatakan sebarang bentuk kegiatan perjudian bola piala dunia tanpa lesen akan dibenteras.Polis juga kata Datuk Seri Bakri telah menubuh satu pasukkan khas untuk tujuan membenteras judi tanpa lesen.
Satu perkara yang pelik Polis boleh bersetuju pemberian lesen judi bola sepak yang akan meninggalkan kesan buruk kepada masaalah sosial dalam negara.Jenayah rompak,ragut dan bunuh.Dengan bertambah kegiatan judi melalui sukan bolasepak akan menyebabkan rakyat jadi malas hanya bergantung pada nasib dan akan lahir ramai panganggur yang hanya berharap dapat wang dari berjudi.Keruntuhan Institusi keluarga akan meningkat.Apakah pula langkah dan tindakkan Polis selepas ini?.

Kerajaan dalam mengeluarkan lesen memberi alasan kalau tak bagi lesen perjudian bolasepak akan pasti berlaku secara sindiket haram.Tiba hari ini Pengarah siasatan jenayah menyatakan mereka sudah pun mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola tanpa lesen.Maknanya sindiket tanpa lesen akan terus ujud walaupun judi bola berlesen dikeluarkan.Ini menunjukkan kenyataan kerajaan sebelum ini meleset.

Apa yang sebenarnya dapat disimpulkan ialah kerajaan dan parti umno/bn tak dapat apa apa sumbangan dari sindiket perjudian tanpa lesen.Dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat milik Veincen Tan sudah pasti rundingan telah dibuat untuk pastikan bukan saja pulangan cukai yang diperolihi olih kerajaan tetapi sudah pasti ada bahagian yang akan diperolihi untuk dana politik umno/bn.Jadi Polis dikerah untuk membenteras sindiket tanpa lesen yang tak menguntungkan umno/bn sebaliknya

Polis digerakkan untuk menjayakan dana politik umno/bn melalui perjudian bola sepak piala dunia yang dikendalikan olih taukeh judi negara Tan Seri Vincen Tan.Maknanya Polis bekerja untuk politik umno dan Tan Seri Vincent Tan.Lepas ni bolih lah jadikan balai dan pondok polis seluruh negara bersama sport toto sebagai pusat perjudian bolasepak piala dunia. Tahniah Polis.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.

Thursday, May 13, 2010

Kerajaan mangsakan rakyat dengan ketagihan judi

Saya ingin menyifatkan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak memberi lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya sebagai satu perbuatan zalim ke atas rakyat.

"Kerajaan Najib hakikatnya menzalimi dan memangsakan rakyat dengan ketagihan judi. Setelah diberi lesen oleh kerajaan Malaysia, lebih ramai yang akan jadi kaki judi dan lebih ramai yang akan ketagih berjudi.

"Mula-mula memanglah kaki-kaki judi akan berjudi dalam perjudian yang berkaitan dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010, tetapi mereka akhirnya akan ketagih dan selepas itu akan beralih kepada judi yang tidak diberi lesen pula, mungkin yang berkaitan dengan Piala Malaysia atau apa sahaja sukan asalkan boleh berjudi,"

Kemajuan sukan di Malaysia akan terancam jika kaki-kaki judi, sama ada yang berlesen atau tidak, berjaya mempengaruhi keputusan permainan.

"Bayangkan jika kaki-kaki judi berjaya mempengaruhi keputusan Piala Malaysia dan liga-liga yang berkaitan dengannya, akan hancurlah kemajuan bola sepak negara ini.

"Akhirnya ranking bola sepak merudum teruk, ranking Malaysia sebagai syurga judi pula yang akan naik,"

Kesan dari tindakan kerajaan Umno BN memberi lesen judi itu bukan setakat mengancam kemajuan sukan di negara ini, malah lebih buruk lagi akan mengancam keharmonian institusi keluarga, memiskinkan lagi lebih ramai rakyat ketika Kumpulan Berjaya yang merupakan kroni Umno BN meraih keuntungan malah akhirnya akan menjadi ancaman sosial yang sangat mengerikan.

"Sebab itulah kita tegaskan bahawa tindakan kerajaan memberi lesen judi semasa Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya itu adalah perbuatan zalim yang sangat kejam terhadap rakyat dan keharmonian sosial dalam negara ini,"

Kumpulan Berjaya mungkin akan memohon logo halal pula daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Menteri Kewangan kelmarin secara rasminya memberi lesen judi tersebut kepada Kumpulan Berjaya yang sekaligus bermakna kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) telah menghalalkan aktiviti yang haram di sisi agama dan mengancam keharmonian sosial itu.

"Apabila kerajaan Umno BN telah menghalalkan aktiviti yang haram itu, agaknya Kumpulan Berjaya akan memohon logo halal pula dari Jamil Khir atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang kuasanya,"

Sunday, May 9, 2010

Wednesday, May 5, 2010

Apa salahnya RM4 juta untuk kalahkan Pak Lah

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bahkan, beliau sendiri sanggup untuk melakukan kerja menjatuhkan Umno dan BN yang sememangnya tidak baik itu jika diberikan wang sebanyak itu.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.

Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.

Jika sekiranya tidak benar pun dakwaan Kickdefella itu, beliau berkata, PAS sebagai sebuah parti politik akan tetap berkempen supaya rakyat menolak politik perkauman dan kezaliman yang dilaksanakan oleh para pemimpin Umno dan BN yang menggunakan prasarana kerajaan untuk melawan rakyat.

“Benar tidak benar dakwaan RM4 juta itu, memang saya tidak tahu, tetapi kalau tak benar pun, PAS tetap buat kerjanya berkempen supaya Umno BN kalah dalam pilihan raya depan,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Kalau betul pun, apa salahnya, memang keberadaan PAS dan parti-parti pembangkang yang lain sejak PRU 12 lalu adalah untuk pertahan kerajaan negeri (Kelantan), kuasai negeri-negeri (hatta) kerajaan Persekutuan sendiri,” tegas beliau.

Menurut Mahfuz, imej Abdullah sememangnya buruk bukan sahaja di kalangan pembangkang, malah di kalangan ahli-ahli Umno.

Maka, media-media pro Umno tidak seharusnya menyalahkan PAS dan pembangkang, sekiranya kelemahan Abdullah itu dijadikan modal berkempen pada PRU 12 lepas.

“Dia (Abdullah) sendiri memang lemah (dan) kelemahannya itu melengkapkan kelemahan yang sedia ada pada Umno itu sendiri (iaitu) mengamalkan rasuah, perkauman melampau dan sebagainya.

“Dia adalah simbol kepimpinan Umno, kalau kita berkempen menyerang Umno, tetapi tidak menyerang Abdullah, itu ajaib namanya,” ujarnya.

Seperti sekarang, fokus PAS sendiri, menurut beliau sudah tentu berkempen kepada rakyat supaya menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sama juga sekarang, Najib adalah simbol kejahatan, simbol korupsi, simbol jenayah berprofil tinggi yang bukan saya saja pertikai, malah dunia sendiri sedang persoalkannya, kalau kita tak berkempen, itu kurang bijak namanya.”

Lanjutan itu, beliau turut meminta pihak berwajib yang dilihat cuba melaga-lagakan PAS dengan penulis Kickdefella, http://kickdefella.wordpress.com supaya menjelaskan motif di sebalik kenyataan masing-masing tentang senario politik tanah air belakangan ini.

“Berapa juta ringgit agaknya yang pemimpin Umno guna wang rakyat untuk rampas kerajaan negeri Perak?

“Benarkah RM100 juta duit rakyat dihabiskan oleh Umno BN untuk rampas semula Hulu Selangor baru-baru ini?

“Yang mereka (Umno) tahu memburukkan Datuk Zaid Ibrahim yang sudah pun bertaubat dengan pelbagai fitnah di media masa.

“Kenapa tindakan Umno menggadai dua telaga minyak kita (Blok L dan M) bernilai USD320 bilion pada Brunei tidak dilaporkan dengan baik?" soal beliau.

Menurut beliau, sepatutnya semua pihak lebih prihatin terhadap inisiatif kerajaan pusat membayar lebih RM77 juta pada firma perunding antarabangsa APCO Worldwide (IAC), firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel demi memperbaiki imej seorang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“RM77 juta dibayar pada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, sepatutnya (isu APCO) ini yang lebih dipedulikan,” jelasnya.

Katanya lagi, sekiranya ada mana-mana jutawan sudi memberi sejumlah wang yang sama, RM77 juta kepada beliau untuk berkempen supaya Umno BN kalah dalam PRU13 kelak, beliau bersedia untuk mengambil duit tersebut.

“Iya...kalau ada jutawan mana-mana yang nak beri saya RM77 juta, bukan beri kepada syarikat pro Zionis-Israel, agar PAS boleh berkempen untuk mengalahkan Umno BN dalam pilihan raya (umum) ke-13 untuk dedah siapa Najib sebenarnya, saya akan terima,” ujarnya dalam nada berseloroh.

“Saya ingat, semua parti pembangkang pun sudi terima sumbangan ikhlas oleh mana-mana pihak kerana mereka pun mahu selamatkan Malaysia dari terus dimusnahkan oleh politik perkauman Umno ini,” katanya.

Beliau berkata, tanpa RM4 juta pun, ahli-ahli PAS tetap akan turun berkempen dalam pilihan raya demi menghadapi Umno BN.

“PAS bukan setakat RM4 juta, nyawa pun mereka akan wakafkan untuk perjuangan Islam, demi menjatuhkan kerajaan yang nyata menerima petunjuk APCO Zionis-Israel.”

Sejak beberapa bulan lalu, Kickdefella dilihat mengkritik Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta beberapa pemimpin PAS Kelantan secara terbuka menggunakan blog peribadinya.

Ekoran kritikan tersebut, beberapa pihak seperti Datuk Nik Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan), Fadli Shaari (Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri) serta blogger Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib (pemilik blog MalaysiaWaves) bertindak mencabar beliau mendedahkan dalang di sebalik aktiviti korporatnya melalui Global Media Channel.

Demi membuktikan diri terlibat mempertahan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan Umno, Kickdefella mendedahkan bahawa beliau menerima RM4 juta dari pihak tertentu untuk menjalankan kerja-kerja mempertahankan kerajaan negeri.

Kini beliau disiasat oleh SPRM dan telah mendedahkan bagaimana dan daripada siapa wang itu diterimanya.

Dalam sidang medianya tengah hari tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS terlibat memberikan wang itu kepada Syed Azidi namun beliau tidak tahu kalau-kalau ada pemimpin PAS terlibat.

Serah dua telaga minyak suatu penderhakaan

Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

“Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

“Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara,”

Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga,membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, saya menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, saya juga ingin turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

“(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

“Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan,”

Saya bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.

Tuesday, May 4, 2010

Datuk Khalid Abu Bakar ketua Polis Selangor tolong tutup mulut jangan celupar sangat.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang meminta ahli Politik jangan campur tangan dalam kes tembak mati yang dilakukan oleh Polis keatas Allahyarham adik Aminulrasyid amat dikesali.Kenyataan beliau seolah olah ahli Politik cuba mencampuri dan menggangu urusan Polis.

Kenyataan beliau dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan Integriti PDRM yang begitu buruk.kejadian tembak mati yang berlaku keatas adik Aminulrasyid memburukkan lagi pesepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan Polis.Sedangkan tindakkan yang diambil oleh ahli Politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambahkan lagi pesepsi negatif rakyat terhadap Polis.Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan yang celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena.
29 april 2010

Enam tuntutan keadilan dan pembelaan keatas Allahyarham adik Aminulrasyid tg ditembak mati olih PDRM.

Takziah untuk keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid yang terbunuh oleh tembakkan anggota PDRM pada Isnin 26 apr 2010.Tindakkan menembak yang dilakukan olih anggota PDRM keatas mangsa adalah tak dapat diterima sama sekali.Ini berdasarkan mangsa tidak memiliki senjata dan tidak pun mengancam dan menggugat keselamatan anggota PDRM yang bertugas.Apa yang memalukan ialah apabila PDRM dan media membuat tuduhan dan mendakwa mangsa ialah penjenayah.

Tindakkan Polis serta kenyataan2 yang dibuat oleh ketua Polis Selangor dan menteri dalam negeri telah menimbulkan rasa kecewa dan marah keluarga mangsa dan orang ramai. Kenyataan itu meyakinkan rakyat ada sesuatu yang cuba melindungi imej buruk Polis dari terus dipersoalkan.

Ingin saya tegaskan pembelaan untuk adik Aminulrasyid adalah sangat penting untuk mengelak daripada orang lain terus menjadi mangsa kecuaian dan kebebalan Polis.Pembelaan ini juga sangat penting untuk memperbetul kembali keadaan agar Polis tidak bertindak sewenang2nya sebalik perlu bertindak dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan akal yang waras.

Enam tuntutan keadilan untuk adik Aminulrasyid.
1.Polis dan media kena tarik balik tuduhan dan tanggapan mangsa adalah penjenayah.
2.Polis dan media perlu pohon maaf secara terbuka pada keluarga mangsa atas tuduhan mangsa adalah penjenayah.
3.Gantung tugas anggota Polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati keatas mangsa untuk mengelak dari pada berlakunya percubaan memadam bukti.
4.Reman anggota yang terbabit untuk elak dari kemungkinan kejadian menggugut saksi khususnya kawan kawan mangsa.
5.Suhakam hendaklah menjalankan siasatan sesuai dengan sifat sebagai badan hak asasi manusia untuk menegakkan keadilan.
6.Menuntut Kebawah duli Yang DiPertuan Agong membentuk satu Suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes ini yang telah mencemar nama baik DiRaja yang memayungi PDRM.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok SenaM
29 april 2010.