Friday, September 25, 2009

Tangkap anggota kabinet yang lulus kos tambahan tidak wajar PKFZ

Pihak polis sepatutnya menangkap anggota kabinet yang terlibat memberikan kelulusan yang membawa kepada peningkatan kos Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ)

Saya kesal dengan tindakan polis membazirkan wang rakyat dengan membuang masa hendak memburu mereka yang terlibat membocorkan kertas kabinet mengenai perkara itu.

"Kenyataan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebelum ini bahawa dalam kes PKFZ, apa-apa yang boleh dimaklumkan akan dimaklumkan, tetapi (ia) bukan alasan untuk mendedahkan Kertas Kabinet membuktikan bahawa kertas kabinet yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen tulen.

"Lebih dari itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sendiri dipetik oleh akhbar Kwong Wah Yit Poh bahawa beliau tahu mengenai kebocoran tersebut sebelum menjadi menteri lagi.

"Polis jangan buang duit rakyat dengan menghabiskan masa untuk menyiasat siapa yang membocorkan kertas itu,"

Kesalahan kabinet meluluskan peningkatan kos PKFZ seperti yang dicatatkan oleh kertas tersebut adalah lebih besar dari dari kesalahan membocorkan kertas kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Saya bimbang dengan sikap kerajaan dan polis membesar-besarkan isu kebocoran itu akan berakhir dengan dakwaan bahawa kertas yang disiarkan oleh Malaysia Today itu adalah dokumen palsu dan bukan kertas kabinet.

"Jika polis mendakwa kertas tersebut bukan kertas kabinet, akhirnya tidak ada siapa yang ditangkap kerana melakukan kesalahan meluluskan kos peningkatan PKFZ yang dibuat dalam bentuk syubhat dan bertentangan dengan peraturan kewangan kerajaan itu,"

Saya juga bimbang dengan keghairahan polis membesar-besarkan isu kebocoran kertas kabinet itu bertujuan mengalihkan siasatan ke atas perkara yang sepatutnya disiasat, antaranya untuk menyiasat adakah benar Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan bagi beberapa penerbitan bon.

"Adakah polis akan menyiasat adakah benar perkara itu berlaku kerana jika ia berlaku, jaminan Menteri Pengangkutan itu boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri. Itu peraturan kewangan kerajaan,"

Saya juga menuntut polis menyiasat benarkah Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut tanpa merujuk kepada agensi pusat sedangkan, setelah dilaksanakan projek tersebut didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 sedangkan anggaran kos asal hanya RM1.088 bilion sahaja.

"Polis juga sepatutnya menyiasat adakah pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan atau tidak,"

Saya melihat tumpuan polis untuk menyiasat kebocoran kertas kabinet itu semakin menguatkan jangkaan umum bahawa tidak ada siapa pun akan dihukum berikutan skandal PKFZ itu.

4 comments:

hilbert said...

Salam sejahtera YB,

apa komen YB tentang kemelut yang sedang dihadapi oleh Datuk Dr Hassan Ali dengan beberapa ADUN selangor juga dari pakatan DAP/PKR?

Bukankah itu semuanya hanya lakonan semata-mata antara PAS/DAP/PKR menjelang setiap diadakan pilihanraya kecil...bergaduhlah konon.

...dulu-dulupun begitu juga...semuanya lakonan.

nahwanturki said...

Dato

tahniah kerana saranan ttg PKFZ...

Dato

Saya baru pulang beraya dikg>>>kg kepala bendang/nawa/kolam/kuan buang dan sekitar dgnnya...rata2 rungutan dari rakyat...ttg dato and ADUN Lada tak turun padang tanya masalah rakyat....padi tak menjadi..getah tak dapat motong...budak2 dadah curi cable.....

nampaknya AJK Pas cawangan pun dah tak dapat nak cover line Dato.....

luangkan sedikit masa dgn rakyat...hadirlah jemputan sekiranya dijemput....jaga hati rakyat......

tqvm

adi_jagat said...

salam YB...
sy cuma ingin brtanya 1 soalan..knapa YB xprnah jawap atau balas setiap soalan/kritikan yg rakyat berikan d dlm blog YB ni?adakah saudara YB takut utk mghadapi kbnaran?adakah YB takut segala kritikan 2 akan mmbuatkan pecah tembelang...........klu YB ni seorg wakil rakyat yg berjasa tau yg berpegang teguh kpd slogan 'berani kerana benar' silalah jawap setiap maklumbalas dr kami selaku pelayar2 'setia' blog saudara YB...........
Saya selaku anak jati P.Sena amat bersetuju dgn nahwanturki......betoi 2!betoi...

Anonymous said...

...adalah tidak rugi kalu dato and Adun Lada turun padang.....rakyat pokok sena ni bkn nak duit...Dato datang memberi sokongan moral utk hidup dah cukupmemadai....sebab depa ni dah lama susah dan cari makan sendiri....
Lagipun Dato bukan susah pun nak lawat kawasan tu...semua tempat dah boleh sampai dgn motor cupcai....
Masih belum terlewat....
Hari khamis (1 hb oct 09) ada org meninggal accident di kg kepala bendang.....tak nampak plak wakil rakyat yg datang.....kabarnya berita tu dah dimaklum kepada pej wakil rakyat..?

jengok2 le muka keluarga hamba allah tu....saya sempat sembang2 dgn bapa kepada arwah tu..dia masih mampu bersembang ttg kehebatan PAS masakini sungguhpun pada ketika tu anaknya ditimpa musibah.....


tqvm