Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dirombak setelah mahkamah tinggi menyifatkan suruhanjaya itu tidak rasional dan bertindak bertentangan dengan undang-undang
"Lembaga dan struktur SPR hendaklah dirombak apabila mahkamah tinggi menyifatkannya tidak rasional.
"Rakyat dan sistem demokrasi negara ini tidak sepatutnya berhadapan dengan SPR yang disifatkan tidak rasional oleh mahkamah,"
Dalam keputusannya, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman membatalkan keputusan SPR sebelum ini yang menetapkan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong.
Hakim tersebut menyifatkan SPR melakukan tindakan-tindakan yang tidak rasional dan bertentangan dengan undang-undang ketika membuat keputusan itu.
SPR membuat keputusan tersebut setelah Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menetapkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.
Saya ingin menyifatkan keputusan mahkamah itu menghakiskan lagi keyakinan umum terhadap SPR.
"SPR tidak dapat lari dari imej pro-Barisan Nasional (BN) dan berkerja untuk kepentingan BN,"
Saya berharap rakyat dapat mengekalkan sokongan terhadap usaha menamatkan pemerintahan BN.
"Jika pemerintahan BN dapat ditamatkan, kita akan pastikan SPR bebas dari cengkaman kuasa parti yang memerintah dan suruhanjaya tersebut akan diletakkan di bawah jawatankuasa khas Parlimen,"
1 comment:
Asalaamu 'alaikum YB,
Politik bernegara merupakan antara tuntutan WAJIB di dalam Islam, kerana tanpa negara, hukum-hukum syarak (syari'at) tidak berlaku sebagai sistem yang mengatur urusan kehidupan (deen) secara kaffah.
Di dalam sistem politik yang mengusung ideologi demokrasi - di Malaysia dikenal sebagai demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan - tanpa adanya SPR, sesebuah kerajaan tidak akan terbentuk. Hanya institusi ini yang ada otoriti melaksanakan tugas mengangkat para penguasa melalui pilihan raya. Mana-mana parti yang hendak mengambil bahagian di dalam urusan/politik bernegara melalui pilihan raya, wajib akur akan kewujudan SPR dan segala perkara yang berkaitan dengannya, sekalipun institusi ini tidak bertujuan untuk mendirikan pemerintahan Islam; sekalipun parti itu sebuah parti yang hendak mendirikan pemerintahan Islam.
Tidak ada nash atau dalil syari'i
yang membolehkan kaum Muslim mengangkat para penguasa mengikut kaedah yang dilaksanakan mengikut kaedah SPR ini. Ertinya, mereka (SPR dan parti-parti politik itu) telah melakukan sesuatau yang Rasul mereka tidak pernah ajarkan kepada mereka. Etinya, umat ini telah mengambil politik sebagai satu persepsi; mengambilnya melalui tanggapan, dzon dan agakan-agakan semata-mata. Walhal, di dalam Islam, politik bernegara dan pemerintahan ADALAH PWERKARA QATH'I hukumnya. Sunnah Rasulullah saw yang menjadi satu daripada sumber Islam telah menetapkannya begitu. Bagi umat Islam, politik bernegara dan segala perkara yang berkaitan dengan perjalananya wajib diimani sebagai muktamad hukumnya, BUKAN PERKARA KHILAFIAH atau perkara IJTIHADIAH, dengan Sunnah Rasul saw sebagai tolok ukur yang menentukan sah atau batalnya sesuatu perbuatan.
Demikianlah, politikus Muslim pun telah mengambil jalan SPR sebagai jalan yang sah-sah sahaja, tanpa melihat kaedah yang dicontoh-teladankan oleh Rasulullah saw untuk umatnya di kemudian hari, bagaimana sesebuah kerajaan, apatah lagi kerajaan yang mendukung Islam, dibentuk. Walhal kaedah Rasulullah saw itulah satu-satunya sunnah yang menjadi metod pendirian negara, sunnah yang wajib diambil dan dilaksanakan oleh umatnya, sebagaimana mereka mengambil sunnah-sunnah baginda saw yang lain, seperti solat, puasa, haji, dll. Bukankah jika solat, puasa atau haji yang dilakukan dengan kaifiat yang selaian daripada sunnah Rasulullah saw itu, solat, puasa, dan hajinya tidak sah?
Oleh kerana para penguasa umat Islam generasi pasca Perang Dunia I, lahir dan dibesarkan selepas runtuhnya Daulah Islamiah (pada 1924M), maka kaifiat melantik pengauasa, iaitu seorang Khalifah, yang memerintah sebuah negara untuk seluruh umat Islam ,iaitu Khilafah dengan hukum-hkum syarak (syari'at Allah) semata-mata, sudah tidak mereka ketahui. Apa yang mereka lakukan selepas itu sehingga sekarang di dlm amalan mendirikan pemerintahan & metod bernegara tidak lain adalah apa yang penjajah kafir telah ajarkan dan pusakakan kepada mereka.
Semoga dengan tertegaknya Daulah Khilafah di bawah seorang Khalifah yang DILANTIK MELALUI BAI'AH, segala kekeliruan dan kekelabuan ini dapat dibersih-sucikan dari benak umat Islam.
Post a Comment