Wednesday, July 22, 2009

Kematian Teoh : Musa Hassan, Said Hamdan disaran tutup mulut

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Ahmad Said Hamdan diminta tutup mulut dari mengulas isu kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Saranan itu dibuat Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar hari ini yang mengulas kenyataan SPRM dan KPN semalam yang mahu orang ramai tutup mulut dari memberi komen berhubung kematian Teoh.

Mahfuz melahirkan rasa bimbang kerana kedua-dua individu itu adalah pihak yang sedang menyiasat (KPN) dan yang disiasat (SPRM).

Beliau mengingatkan bahawa satu ketika dahulu, KPN pernah dikaitkan dengan dakwaan rasuah, dan ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai SPRM telah membuat siasatan ke atas KPN.

Bagaimanapun,siasatan BPR ketika itu kononnya mendapati 'tiada kes' untuk mengaitkan KPN dengan dakwaan rasuah,ujar Mahfuz.

"Kita bimbang yang menyiasat SPRM dengan kes Teoh ini ialah KPN yang sama yang pernah disiasat SPRM dahulu, kita bimbang berlakunya bias,

"Bagi saya satu suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat kes ini, dan bukannya polis kerana masing-masing sejarah kepentingan antaradua pihak," ujarnya.

Rakyat juga pelik mengapa KPN dan Ahmad Said mahu semua pihak menutup mulut dari memperkatakan kes ini,sedangkan beliaulah pihak yang patutnya menutup mulut kerana sedang disiasat.

Mengulas kenyataan kerajaan yang kononnya mahu menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca kematian Teoh,Mahfuz menggesa perkara itu diputuskan di Parlimen.

Beliau bimbang, kini tanggungjawab diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mencadangkan kepada Istana penubuhan suruhanjaya serta keanggotaan dan formatnya.

"Kita bimbang, PM juga adalah pihak yang bertanggungjawab kepada SPRM kerana suruhanjaya ini dibawahnya, tentunya akan berlaku bias dalam cadangan penubuhan ini.

"Ada baiknya jika penubuhan ini dibentangkan dalam sidang khas Parlimen yang dipanggil segera dalam masa terdekat, biarlah Parlimen bahas dan bentuk cadangan dari sudut terma, syarat dan keanggotannya," katanya.

Selain itu beliau melihat, kes Video Linggam yang disiasat suruhanjaya pada dua tahun lalu, akhirnya tiada keputusan yang dibuat.

Malah kes itu senyap sehingga kini, justeru atas sebab itu perlunya satu suruhanjaya yang lebih wibawa yang dilantik melalui pembentangan di Parlimen segera untuk menyiasat kes itu./wann_

Pemimpin Umno dibimbangi dakwa Malaysia lebih baik dari MU

Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar berharap para pemimpin Umno tidak mendakwa bahawa kekalahan tipis pasukan bola Malaysia kepada Manchester United (MU) membuktikan mutu bola sepak kelab itu sudah merosot

"Saya juga berharap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak menyatakan mutu bola sepak di negara ini sudah dipulihkan dan meningkat.

"Maklumlah, bila Barisan Nasional (BN) kalah tipis di Manek Urai baru-baru ini, Najib mendakwa kekalahan tipis itu membuktikan keyakinan rakyat kepada BN sudah dapat dipulihkan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Oleh kerana pasukan Malaysia memakai jersey biru ketika bertemu MU semalam, Mahfuz berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendakwa bahawa sudah terdapat petanda kebangkitan semula "gelombang biru" melanda sukan bola seluruh dunia ketika ini.

"Jangan pula kekalahan tipis itu menyebabkan para pemimpin Umno mendakwa bahawa pasukan bola Malaysia sudah memasuki era baru sehingga menyatakan pengurus dan pemain MU tidak lagi relevan serta tidak lagi sesuai dengan kemajuan serta perubahan semasa permainan bola sepak pada masa ini," katanya lagi.

Mahfuz juga berharap tidak ada professor kangkung yang mendakwa bahawa Alex Ferguson bukan lagi faktor penentu kemenangan MU.

"Maklumlah, dalam apa yang dia sangka sebagai sebagai analisis politik, ada yang mendakwa bahawa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan lagi faktor penentu kemenangan," katanya.

Mahfuz seterusnya berharap tidak ada pemimpin Umno yang menawarkan jurulatih dari negara ini untuk menjadi pengurus MU mengantikan Ferguson.

Bagaimanapun, Mahfuz mengucapkan syabas kepada apara pemain Malaysia yang mempamerkan mempamer keazaman dan semangat juang yang tinggi ketika bertemu MU semalam._

rakyat mahukan suruhanjaya bukan inkues

Penubuhan inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh Beng Hock akan menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kematian tersebut, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock di mana ia termasuk menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh dan semua perkara yang boleh menentukan punca kematian beliau," tegas beliau.

Menurut beliau, suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.

"Suruhanja di raja bertangungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja manakala majistret pula tertakluk kepada arahan ketuanya dan ketuanya pula tertakluk kepada arahan lebih banyak lagi ketua," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menggesa rakyat supaya menuntut sidang Parlimen khas diadakan bagi menentukan keanggotaan, bidangkuasa dan prosedur suruhanjaya di raja bagi menyiasat punca sebenar kematian Teoh.

"Untuk menjamin siasatan yang tidak diragui, sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk melantik anggota suruhanjaya di raja itu serta memutuskan bidang kuasa dan prosedur siasatannya," katanya.

Persoalan yang lebih penting, katanya, suruhanjaya di raja itu hendaklah dianggotai oleh tokoh-tokoh yang tidak dipertikaikan integriti mereka.

"Untuk menjamin suruhanjaya di raja itu dianggotai oleh tokoh-tokoh yang tidak dipertikaikan integriti mereka, perlantikan mereka mestilah dicadangkan oleh pihak yang lebih diyakini.

"Sebab itulah saya mencadangkan supaya sidang khas Parlimen yang melantik anggota suruhanjaya di raja itu serta memutuskan bidang kuasa dan prosedur siasatannya," tegas beliau.

Selepas itu, katanya, keputusan itu dicadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut amalan biasa, keanggotaan suruhanjaya di raja seperti itu dicadangkan oleh Perdana Menteri dan kemudiannya mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Masalahnya, bagaimana rakyat hendak meyakini kewibawaan suruhanjaya diraja itu jika keanggotaannya dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)?

"Amat sukar bagi rakyat meyakini kewibawaan anggota suruhanjaya diraja itu jika mereka dicadangkan oleh orang yang tidak henti-henti dipertikaikan kewibawaanya," kata beliau.

Lebih dari itu, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Bolehkah rakyat mempercayai cadangan Perdana Menteri itu bebas dari kecenderungan melindungi badan yang dituduh menjadi talian hayat parti yang dipimpinnya?" Mahfuz mempersoalkan.

Beliau yakin hanya dengan cara itu sahaja rasa tidak puas hati rakyat dapat dikurangkan.

Tarif elektrik: Sehingga bila rakyat dipaksa pelihara kucing gemuk?

Bebanan perjanjian berat sebelah dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) mesti diatasi terlebih dahulu sebelum Tenaga Nasional Berhad (TNB) bercakap hendak menaikkan tarif elektrik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beberapa hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Che Khalib Mohamad Noh dianggap membayangkan kenaikan tarif elektrik apabila menyatakan harga bahan api sekarang lebih mahal dari awal tahun ini.

"Persoalannya, sejauh manakah usaha TNB mengkaji perjanjian yang memihak kepada IPP dan menindas pengguna TNB termasuk golongan miskin?

"Masalahnya sekarang, TNB mesti membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan. Angka hujung tahun lalu sahaja menunjukkan TNB dipaksa membayar RM3 bilion setahun kepada IPP," kata Mahfuz.

Persoalan lebih besar lagi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak kelihatan berusaha bersungguh-sungguh mengatasi perkara itu?

"Adakah IPP tersebut sebenarnya kucing gemuk mereka? Sehingga bila rakyat terus dipaksa menjadi kuli yang membesarkan lagi kucing-kucing gemuk itu!" beliau mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan apa lagi 'hadiah' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat miskin.

"Sebelum ini tambang pengangkutan awam dinaikkan. Mentaliti kerajaan BN tidak berubah, asal ada masalah naikkan harga," katanya.

Mahfuz berharap rakyat dapat menuntut kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pengangkutan awam untuk mencari jalan mengurangkan beban mereka.

"Jawatankuasa itu boleh mencadangkan pelbagai perkara termasuk subsidi minyak khusus untuk kenderaan awam, potongan cukai untuk alat ganti kenderaan awam dan sebagainya," kata beliau.

Anggota suruhanjaya siasat kematian Teoh hendaklah dilantik oleh Parlimen

Rakyat digesa menuntut supaya sidang Parlimen khas diadakan bagi menentukan keanggotaan, bidangkuasa dan prosedur suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

"Untuk menjamin siasatan yang tidak diragui, sidang khas Parlimen perlu diadakan segera untuk melantik anggota suruhanjaya diraja itu serta memutuskan bidang kuasa dan prosedur siasatannya," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Persoalan yang lebih penting, katanya, suruhanjaya diraja itu hendaklah dianggotai oleh tokoh-tokoh yang tidak dipertikaikan integriti mereka.

"Untuk menjamin suruhanjaya diraja itu dianggotai oleh tokoh-tokoh yang tidak dipertikaikan integriti mereka, perlantikan mereka mestilah dicadangkan oleh pihak yang lebih diyakini.

"Sebab itulah saya mencadangkan supaya sidang khas Parlimen yang melantik anggota suruhanjaya diraja itu serta memutuskan bidang kuasa dan prosedur siasatannya," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Selepas itu, katanya, keputusan itu dicadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut amalan biasa, keanggotaan suruhanjaya diraja seperti itu dicadangkan oleh Perdana Menteri dan kemudiannya mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Masalahnya, bagaimana rakyat hendak meyakini kewibawaan suruhanjaya diraja itu jika keanggotaannya dicadangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)?

"Amat sukar bagi rakyat meyakini kewibawaan anggota suruhanjaya diraja itu jika mereka dicadangkan oleh orang yang tidak henti-henti dipertikaikan kewibawaanya," kata beliau.

Lebih dari itu, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Bolehkah rakyat mempercayai cadangan Perdana Menteri itu bebas dari kecenderungan melindungi badan yang dituduh menjadi talian hayat parti yang dipimpinnya?" Mahfuz mempersoalkan.

Beliau yakin hanya dengan cara itu sahaja rasa tidak puas hati rakyat dapat dikurangkan.

Friday, July 17, 2009

PAS desak kerajaan laksanakan liberalisasi politik

PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan liberalisasi politik dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

Liberalisasi ekonomi yang dilaksanakan tidak mencukupi dalam usaha kerajaan mahu memulihkan ekonomi negara.

Untuk melaksanakan liberalisasi politik, kerajaan perlu memulihkan sistem kehakiman negara yang bukan hanya diragui oleh rakyat tempatan tetapi turut terkesan kepada pelabur-pelabur luar.

"Bagaimana pelabur luar mahu datang ke negara ini jika sistem kehakiman negara diragui kerana mereka bimbang jika berlaku sesuatu perkara, keadilan tidak dapat ditegakkan akibat krisis badan kehakiman negara.

"Selain dari itu, amalan rasuah yang bermaharajalela juga memberikan kesan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada dalam keadaan kritikal.

"Liberalisasi ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak berjaya menarik perhatian pelabur luar kerana hingga kini mereka masih tidak datang biarpun peluang sudah dibuka,"

Selain dari memulihkan sistem kehakiman dan menghapuskan rasuah, kerajaan juga perlu memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan tentang ketidak berkesanan kerajaan dan mengkritik dasar yang dibuat kerajaan.

Membenarkan media bebas mengkritik dan mendedahkan kegiatan rasuah akan membantu kerajaan mentadbir negara dengan lebih berkesan dan akan menambah keyakinan kepada pelabur luar untuk datang ke negara ini

Friday, July 10, 2009

PPSMI, pemimpin Umno/BN lembab befikir, keputusan belum boleh dipercayai

Keputusan yang diambil kerajaan Umno/BN memansuhkan PPSMI hanya berkuatkuasa 2012 ini menunjukkan mereka lembab berfikir, dan hanya bermotifkan politik.

Keputusan ini adalah kejayaan rakyat menekan kerakusan dasar kerajaan yang hanya mementingkan soal keuntungan sebilangan kecil kroni, walhal dasar itu adalah memangsakan rakyat.

"Semasa Tun Mahathir Mohamad mengumumkan dasar itu dahulu, merekalah (Dato' Seri Najib, Muhyiddin Yassin, Hishamuddin Tun Hussien dan semua pemimpin BN yang buat keputusan memansuhkan PPSMI) juga yang mengampu dan mencanangkan bahawa dasar PPSMI itu baik,"

Mereka ini juga yang menyokong bersungguh-sungguh dan mempertahankan satu dasar yang merugikan rakyat dan menggadai masa depan anak bangsa.

Namun, ketika itu mereka ini lambat berfikir, tidak mempertimbangkan kesan buruk, akhirnya selepas enam tahun barulah dasar itu hendak dimansuhkan.

Lebih malang lagi, pemansuhan yang hanya akan berlaku tiga tahun lagi akan terus memangsakan lebih ramai pelajar yang kini sedang mengalami masalah kerana dasar yang 'tidak bijak' ini.

Walhal, ketika dasar itu diumumkan Tun Mahathir, pemimpin PAS, ahli bahasa dan kalangan pembangkang telah membantah keras pelaksanaannya, dan pendirian itu konsisten hingga kini.

Saya melihat tindakan kerajaan yang hanya mahu memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 adalah bermotifkan politik semata, walhal sepatutnya ia dihentikan segera pada tahun hadapan.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini.maknanya tahun hadapan dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, lap top dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini,"

Belum tentu dimansuhkan pada 2012?

Paling membimbangkan, keputusan ini juga tidak boleh dipercayai akan pelaksanaanya tiga tahun lagi memandangkan dasar kerajaan sering bertukar.

Saya bimbang, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang (ke-13), keputusan pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Mahathir enam tahun lalu,"

"Kena bagi signal bukan sahaja kita menolak PPSMI, kita juga menolak pemimpin yang hipokrit dan kerajaan yang tidak memikirkan kepentingan, masa depan rakyat,"

Saya percaya rakyat hari ini sudah tahu akan tembelang kerajaan Umno/BN, dan pastinya keputusan ini (memansuhkan PPSMI) tidak akan dilihat rakyat sebagai sumbangan kerajaan, sebaliknya ia adalah kegagalan kerajaan sejak dahulu dalam memikirkan masa depan rakyat secara serius.

Monday, July 6, 2009

'Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan'

Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Tindakan kerajaan Kedah menutup pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star adalah mengambil kira aduan dan sensitiviti orang ramai yang tidak selesa kerana ianya berada di tengah-tengah kawasan perumahan atau kampung orang Melayu dan bersebelahan dengan pasar.

Sungguhpun begitu, sebelum merobohkan, kerajaan negeri telah memberi tempoh yang munasabah untuk mereka yang terbabit berpindah namun tidak diendahkan.

Setakat ini, Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat.

"Kini, sekali lagi kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menyedia tapak baru yang lebih baik untuk pusat penyembelihan babi yang dirobohkan.

"Menteri Besar Kedah sentiasa komited dan akan mengumumkan kawasan baru itu dalam tempoh masa yang terdekat ini dan kita anggap isu ini sudah hampir selesai,"

Ini menunjukkan, PAS berjaya menyelesaikan masalah berbangkit yang 'ditinggalkan' kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak 30 tahun lalu di mana segala bantahan dan aduan orang awam tidak dipedulikan lantaran Umno menjadi boneka MCA dan Gerakan berhubung isu itu.

"Orang bukan Islam juga tidak mempunyai masalah tentang penutupan itu yang mengambil kira faktor persekitaran, pencemaran dan kesihatan. Cuma yang mereka pentingkan ialah bekalan daging babi itu sentiasa cukup,"

Adalah tidak wajar isu yang berkait faktor persekitaran dan kesihatan ini dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu sehingga cuba menimbulkan pula isu perkauman dan masalah yang lain pula. Ini termasuklah membangkitkan tuduhan kononnya kerajaan negeri bakal merobohkan kuil dan tokong.

"Jika benarlah Kerajaan Negeri menghalang orang bukan Islam daripada melakukan amalan agama mereka sendiri, sayalah orang yang pertama keluar daripada parti dan menentang kerajaan negeri.

"Kerana saya yakin kerajaan negeri akan melaksanakan apa yang dituntut oleh agama Islam iaitu memberi kebebasan kepada penganut agama lain untuk melaksanakan ibadat dan ajaran masing-masing,"

Saya ingin menasihatkan semua pihak agar tidak terperangkap dengan isu-isu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecah-belahkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Kedah.

Saya juga berharap agar rakyat berbilang kaum supaya sentiasa menjaga keharmonian di Kedah agar tidak diserap oleh eleman sempit agama dan perkauman yang akan mengugat kestabilan negeri itu.

"Saya juga harap DAP akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejayaan yang diimpikan oleh rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan kita yang berlandaskan kepada pembelaan nasib dan keadilan terhadap rakyat,"

Wednesday, July 1, 2009

Ahli Parlimen PAS akan mengadakan 'perkampungan' di Manik Urai

Ahli-ahli Parlimen PAS akan adakan program berkampung selama tiga hari di lokasi (dalam Dun Manik Urai) yang ditetapkan oleh pihak sekretariat bagi kempen pilihan raya kecil Dun Manik Urai.

Program 'berkampung' itu akan bermula pada 6, 7 dan 8 Julai ini sebaik selesai proses penamaan calon.

Program itu akan menumpukan kepada gerak kerja kempen aktiviti kemasyarakatan khas di tempat yang telah dikhususkan. Selepas program 'berkampung' itu, ahli-ahli Parlimen PAS bebas untuk berkempen di mana-mana kawasan lain di Manik Urai.

Program yang dikelolakan oleh Pengarahnya, Dr Hatta Md Ramli akan menumpukan kepada aspek khidmat masyarakat, program kesihatan, motivasi pendidikan, keagamaan dan program jumpa pengundi.

"Kita juga akan buat program hari keluarga untuk mendekatkan hubungan dengan rakyat di Manik Urai,"

Program yang julung kali dibuat ini diharapkan mampu menjana kemenangan PAS yang lebih besar 14 Julai ini