Sunday, November 22, 2009

Jangan terperanjat jika Umno derhakai TYDP Agong

Tindakan Sultan Kedah mahu supaya kerajaan pusat berkerjasama dengan kerajaan Kedah membayangkan rasa tidak puas hati baginda terhadap sikap enggan berkerjasama itu.

"Mesti diingat bahawa luahan rasa tidak puas hati Sultan Kedah terhadap tahap kerjasama kerajaan pusat itu hakikatnya merupakan titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong kerana Sultan Kedah kini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan pusat diterajui oleh Umno yang mendakwa memperjuangkan bangsa Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu. Jika kerajaan pusat membelakangi titah baginda, ia boleh dianggap penderhakaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong,"

Saya ingin menyifatkan sikap kerajaan pusat yang enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja menentang demokrasi malah menghina perlembagaan Malaysia yang menekankan doktrin federalisme.

Saya juga ingin mengingatkan kerajaan pusat bahawa pendirian kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR untuk berkerjasama dengan kerajaan pusat bukanlah tanda mengalah tetapi disorong oleh rasa hormat kepada pilihan rakyat melalui amalan demokrasi di samping menjunjung kehendak perlembagaan negara.

"Kerajaan pusat yang diterajui Umno telah bertindak melampau menghina amalan demokrasi dan perlembagaan negara yang menekankan semangat federalisme apabila menubuhkan kerajaan dalam kerajaan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR melalui penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Beberapa kementerian di peringkat pusat pula terang-terang menunjukkan keangkuhan apabila enggan berkerjasama dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR.

"Tindakan itu menunjukkan sikap tamak kuasa yang sanggup bertindak melampau sehingga menidakkan suara rakyat dalam amalan demokrasi,"

Sikap itu jugalah yang mendorong kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi perundangan seperti yang berlaku di Perak dan Selangor.

"Hampir semuanya sudah digunakan oleh Umno dan BN untuk menidakkan pilihan raya melalui amalan demokrasi dan jangan terperanjat jika titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga diderhakai oleh mereka,"

8 comments:

Tan Loo Ley said...

Tak mengejutkan kerana UMNO jugalah yang telah menabalkan Sultan mereka kerana marahkan istana Kelantan sedikit masa dahulu.

UMNO jugalah yang melucutkan kekebalan raja-raja.

UMNO jugalah yang menelanjangi sultan-sultan dengan berbagai perkara yang mengaibkan raja-raja.

Jadi tak hairanlah jika UMNO menderhakai titah TYDPA .

Budak_Perak said...

Asslamamualaikum.. YB,
saya ingin bertanya pada YB , apa kah fungsi baitulmal dan ada kah baitulmal di malaysia ni.. mintak penjelasan YB ..

Tinta Hitam said...

Isu derhaka tak timbul sebab UMNO /Istana adalah satu mekanisme.They need each other

sisibukit said...

UMNO dari dulu,kini dan selamanya derhaka kepada DYM Raja-raja Melayu.

hilbert said...

Salam YB Datuk Mahfuz,

"Paku Dulang, Paku Serpih"

="Mengata orang dialah yang lebih"

...oleh itu cerminlah dulu keadaan parti sendiri sebelum mengata parti lain itu ini begitu begini.

"kuman diseberang lautan nampak tetapi gajah didepan mata pula tidak nampak" ...hmmm macam mana ni?

...dulu kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi sekarang PAS bekerjasama dengan DAP pula... apa komen? apa alasan? ...hmmm cakap tak serupa bikin...

"sama seperti meludah ke langit"

...niat hendak men"jahane"kan UMNO tetapi PAS sendiri yang menanggung akibatnya. ...hmmm jadi lebih kurang begitulah erti pepatah tersebut... lihat saja apa yang sedang berlaku di Kelate sekarang.terutama di PMBK.

SuaraMuda said...

Assalamualaikum,

Itu sebab kene pangkah Barisan Nasional, Kerajaan Negeri senang nak berurusan dengan Kerajaan Pusat.

Yang terang-terang durhaka adalah Nizar n Da Geng sampailah saat ini.

Durhaka bersama DAP.

Anonymous said...

kepada Tan Loo Ley..

Kenyataan anda tersalah dan berat sebelah. Rakyat perlu berterima kasih kepada Umno berkaitan isu kekebalan Sultan mengikut peruntukan Perlembagaan. Sila rujuk kes Sultan Johor yang sesuka hati zalim kepada rakyat. Jika ini tidak dineutralkan pasti banyak kejadian dan ketidakadilan akan berlaku.

Tidak timbul soal melucutkan kekebalan raja-raja kerana mengikut perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, sebarang pendakwaan terhadap raja atau sultan boleh dijalankan melaui Mahkamah khas yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja. Jelas undang-undang yang digubal untuk kepentingan rakyat.

Bercakap dan mengkritik memang mudah, senang lagi hanya menelan pembohongan pemimpin politikus yang hanya pandai berhujah tetapi tidak pandai mentadbir negeri apabila tanggungjawab diberikan.

Perlu difahami apa itu politik, politik adalah satu idealisma atau perjuangan, untuk itu masing-masing ahli politik akan cuba sedaya mungkin untuk mempolitikan sesuatu isu untuk mempengaruhi masyarakat dan mengekalkan momentum penyokongnya. Kita sebagai masyarakat perlulah membuat telahan dan analisis serta tidak hanya menerima bulat-bulat maklumat tersebut yang mana ini menjadikan kita tidak jujur/adil/berat sebelah dalam menghakimi sesuatu isu atau dengan kata lain menyokong dengan dengan membuta tuli. Kita hanya mendengar apa yang kita hendak dengar dan kita akan marah apabila tidak suka. Ini tidak adil untuk diri kita dan tidak membantu untuk kelansungan pemikiran rakyat.

Sekadar pandangan, maaf jika ada yang masih tertutup hatinya.

"PAKU BELAH PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH"

p/s: Mohon YG jengok-jengoklah Parlimen Pokok Sena, asyik masuk media je tapi kawasan dipinggirkan. Masih banyak yang perlu diberi perhatian dan tindakan segera. Bertindak atau terima kesan pada PRU akan datang. pilihan ditangan YB?

medalien_taman bandar baru, pokok sena.

siberangan said...

YB Dato' Mahfuz, kalau bercakap macam oghang gila macam YB Dato' saperti sekarang dalam Perlimen, tak payah bawak lah mengenai apa yang kita orang nak cakap.

Mengenai apa YB Dato' yang Kerajaan Pusat 'TIDAK BAGI KERJASAMA' kapada Kerajaan Negeri?. Di Kedah niii.. apa dia?. YB Dato' tak sebut. Jangan main politik murahan YB Dato'. Jangan mainkan Istana. Tak elok.

Fasal Jabatan Persekutuan yang ada dinegeri PR perintah?. Dimana2 negeri pun, hingga sekarang masih ada Jabatan Persekutuan. Jabatan Persekutuan bukan ma'na 'KERAJAAN DALAM KERAJAAN'. Dari dulu pun ada Pejabat Pembangunan Negeri. Pejabat Pembangunan Negeri dulunya pejabatnya di Wisma Darulaman. Tapi dihalau oleh Kerajaan PR, Jabatan tersebut berpindah ka Komplek Kerajaan Pesekutuan di Anak Buki.

Komplek tersebut dibina disana, adalah idea KBDYMM Sultan. Setakan hari ini Jabatan tersebut berfungsi saperti dahulu juga dan sudah membelanjakan beratus2 juta ringgit untuk membangunkan negeri Kedah. YB Dato' harus berterima kasih dengan peranan Jabatan ini.

Macamana yang YB Dato' kata Jabatan Persektuan dibawah urusan Kerajaan Pusat pemerintahan BN yang tonggaknya UMNO menderhaka KDYMM Timbalan Yang Dipertuan Agong, iaitu Sultan Kedah?.

YB Dato' dalam blog sendiri, tidak seharusnya menimbulkan isu begini, elok YB Dato' mencari isu lain yang lebih reliven. Nampak benar YB Dato' nak bermain politik dengan istana.

YB Dato' sendiri tidak sedar, bahawa pihak YB Dato', termasuk Dato' Mat Sabu yang memang hebat memainkan peranan menuduh, malah kadang2 menghina Polis Diraja Malaysia dengan mengatakan mereka anjing UMNO lah, Pak Turut UMNO lah dan berbagai lagi. Begitu gayanya adalah menghina Yang Dipertuan Agong.

Saya cadangkan, jika YB Dato' nak bercakap dalam Parlimen, contohilah gaya dan cara Allahyarhan Zulkifli Muhamad berbahas dalam Parlimen. 3 jam dia bercakap kesemuanya bertujuan membina tentang apa yang seharusnaya Kerajaan buat, iaitu membina Islam, bangsa dan Negara. Semasa beliau berucap tak ada saorang pun anggota Kerajaan pada masa itu membuat gila saperti yang pernah YB Dato' dan anggota DAP lakukan dalam sessi sidang Parlmen yang berjalan sekarang atau yang lepas2. Pemerintah PERIKATAN pada masa itu, menggunakan setiap teguran beliau untuk membina negara.

Sekian, terima kasih.