Monday, October 5, 2009

Pencalonan Isa: Malaysia terus merudum dalam persepsi rasuah

PAS bimbang kedudukan Malaysia akan terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berikutan pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

"Kedudukan Malaysia dalam indeks itu terus merudum. Sebelum ini berada pada kedudukan ke 43. Sekarang ke 47.

"Sepatutnya kerajaan BN bertindak segera untuk memperbaiki kedudukan yang semakin merudum itu.

"Tetapi, apabila BN memilih Isa sebagai calon mereka di sini, nampaknya parti itu seperti merestui rasuah,"

BN, membuktikan keengganannya untuk memerangi rasuah.

"Umno kononnya hendak mengadakan perhimpunan khas untuk mengatasi politik wang.

"Tetapi sekarang nampak benar parti itu bersifat hipokrit apabila mendakwa mahu membasmi politik wang,"

Kampung Bagan Pinang ialah kampung Isa di mana beliau pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang.

2005 lalu, keahlian bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dalam Umno digantung selama tiga tahun berikutan politik wang.

Saya juga bimbang Malaysia akan dipandang semakin buruk oleh badan-badan integritu dunia jika Isa dipilih oleh rakyat Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil itu.

Menurut laporan terbaru Transparency International (TI), kedudukan Malaysia dalam CPI lebih buruk dari Israel.

Entiti yang dilabelkan sebagai entiti haram pengganas itu berada pada kedudukan ke 33, 14 tangga mengatasi Malaysia di dalam indeks persepsi rasuah itu.

Kejatuhan kedudukan Malaysia dalam CPI itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sejak Malaysia terlibat dengan kajian TI itu, kedudukannya terus merudum.

Kali pertama Malaysia disenaraikan pada tahun 1995, ia berada pada kedudukan ke 23.

Rakyat negara ini menanggung kerugian RM10 billion setahun akibat rasuah. Kos yang sama boleh digunakan untuk membina sebuah universiti bagi memantapkan daya saing rakyat negara ini.

Wang sebanyak RM10 bilion juga boleh digunakan untuk membina lebih 150,000 rumah kos rendah, jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

2 comments:

hilbert said...

Salam sejahtera YB,

Semua sama YB, PAS juga pemuja rasuah, DAP juga pemuja rasuah, PKR jangan kira lagi memang penyemai rasuah.

Dulu UMNO juga kata nak perangi rasuah habis-habisan tetapi apa yang habisnya...(berubah sebelum rebah);;; habisnya tempoh hukuman Isa terhadap kesalahan yang dia lakukan yakni kesalahan politik wang(rasuahlah tu) maka beliau dipungut semula.

Dalam PAS/DAP/PKR pun sama saja...cuma seperti kata orang tua dulu-dulu..."paku dulang paku serpih, mengata orang akulah yang lebih"... "kuman diseberang lautan nampak tapi gajah depan mata tak nampak"

Mana ada lagi parti politik dalam Malaysia ini yang betul-betul bersih dari rasuah... kalau adapun yang bebas dari gejala rasuah, bukan parti politik namanya.

Orang politik semuanya sama saja walaupun parti mereka berlainan ideologi.

Anonymous said...

Kepada cik Hilbert..

Kalau cik kata sudah tidak ada lagi parti yang tidak berasuah,
cik silap. Apa buktinya?? sekadar membuat telahan kosong itu
bukan cara yang baik untuk berhujah, malah ianya boleh
menimbulkan fitnah.

Jangan kerana kita dah biasa mencuri kita mengaanggap orang
lain pencuri macam kita. UMNO dah biasa berasuah jadi dia
akan anggap orang lain sama macam dia.

Kita kena betulkan mind setting kita. Kita kena lebih open
minded.
Apa yang cik cakapkan pun xde bukti. Setakat buat2 borak
kat kedai kopi boleh la.

Satu lagi la nak tanya cik, cik hidup atas muka bumi untuk apa
sebenarnya?? nak cari apa?? nak ke mana selepas mati nanti??