Friday, December 31, 2010

Raja diminta bersih kabinet dari menteri perogol

Saya memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.

"Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.

"Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.

"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina,"

Saya yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

"Sokongan Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini,"

Saya mengecam keras tindakan Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa.

Saya ingin menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati orang-orang Melayu.

Saya ingin mengingatkan bahawa Pas dan PR akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Tak mampu tenangkan gelora Umno Kedah

PAS dan Pakatan Rakyat Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gandingan 'terbaik' untuk meneraju Umno di negeri ini.

"Perlantikan kedua-dua tokoh itu membuktikan bahawa Umno sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai calon Menteri Besar sekiranya mereka berjaya merampas kembali negeri ini dalam pilihan raya akan datang."

"Ahmad Bashah bukan sahaja dikenali di kalangan ahli-ahli Umno sebagai pemimpin yang kurang berkemampuan, malah mereka juga tak yakin dengan kredibilitinya untuk bersaing dengan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar yang telah berjaya memimpin pentadbiran negeri dengan baik walaupun baru tiga tahun diberi kepercayaan berbuat demikian,"

"Saya melihat Mukhriz yang dilantik sebagai timbalan kepada Ahmad Bashah sebagai 'orang baru' yang diangkat naik bukan dengan keupayaan sendiri tetapi menumpang populariti orang lain, iaitu bapanya Tun Mahathir Mohamed.

"Beliau juga merupakan pemimpin Umno di Kubang Pasu yang jarang sekali menghadiri mesyuarat bahagian kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ yang dikatakan bertanggungjawab dalam komplot menyingkirkan bapanya sebagai perwakilan ke perhimpunan Umno suatu ketika dulu,"

"Saya dihubungi ramai orang-orang lama Umno Kedah, ada di antara mereka yang masih aktif berpolitik dan sebahagiannya telah bersara dan mereka turut berkongsi berpandangan sama dengan saya.

"Walau bagaimanapun, kita amat mengalu-alukan perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno Kedah dan berharap kepimpinan baru ini akan memberi kerjasama sebaik mungkin kepada kerajaan negeri.

"Saya juga harap mereka tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi di samping bersikap lebih terbuka menerima sebarang kritikan,"

Saya sahkan perletakan jawatan pengerusi GLC

Saya mengesahkan peletakan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd.

"Saya mengaku saya telah melatak jawatan dan surat peletakan jawatan telah pun saya hantar,"

"Sebab peletakan jawatan saya, semua pihak kena tanya pihak pengurusan Kedah Sato dan juga lembaga pengarah Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) dan saya tak boleh bagi apa-apa penjelasan kepada media buat masa ini dan saya nyatakan dalam surat, alasannya adalah seperti yang semua sedia maklum,"

"Saya percaya Datuk seri Azizan sudah maklum berkenaan perkara ini kerana saya sudah pun menghantar surat,"

Tahniah Harimau Malaya!

“Kita kalah bermaruah, menang tanpa rasuah… sehinggakan keputusan tidak dapat dicatur penjudi-penjudi bola,”

Wednesday, December 1, 2010

Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara

Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara,"

Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan,"

Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu,"

Sunday, October 24, 2010

hak dan kepentingan Islam dan Melayu terjamin tanpa Umno

KUALA LUMPUR: Orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Umno tidak relevan malah tidak perlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu," tegas beliau.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi membuka jalan kepada Pakatan Rakyat (PR) melalui penekanannya tentang hak-hak orang-orang Melayu yang dijamin perlembagaan walau siapa pun yang memerintah, Mahfuz berkata, PAS akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang perkara itu.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Presiden Umno sendiri tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” kata Najib.

Sehubungan itu, kata beliau, hal ini, hendaklah diketahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik.

“Ini kerana dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas,” kata Najib lagi.

Kata Najib lagi, seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai sembilan Raja Melayu.

Dalam kata lain tegas Najib, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

Wednesday, October 6, 2010

Gagal faham Islam, punca Islamphobia Najib gagal

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamphobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham Islam yang salah serta mengundang Melayuphobia.

"Ajaran Islam yang sebenar (ialah) ikut cara Rasulullah s.a.w sebenarnya mampu tangani Islamphobia, bukannya faham salah yang Umno (dan) Perkasa bawa (iaitu) galak api perkauman serta guna agama untuk takutkan orang bukan Islam."

"Kalau lihat fahaman ekstrem mereka ini (Umno dan Perkasa), Najib bukan saja susah nak tangani Islamphobia, (malah) Melayuphobia pun belum tentu lagi (boleh ditangani),"

Melayuphobia, adalah faham pelampau yang mengajak rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu supaya takut mempersoal sesuatu yang dianggap menggugat kepentingan politik Umno dalam negara.

Islamphobia dalam konteks Malaysia, menurutnya seperti politik perkauman dan manipulasi agama (Islam) sehingga orang bukan Islam percaya bahawa Islam adalah agama eksklusif untuk orang-orang Melayu sahaja.

Akibat dari salah fahaman tersebut, menurut beliau mengakibatkan lahirnya aksi ekstrem seperti mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam, Ogos tahun lalu.

Fahaman yang salah itu, mengakibatkan orang bukan Islam jauh dari Islam serta takut untuk menyebut kalimah 'Allah', walhal tidak ada nas yang sahih lagi jelas yang mengharamkan orang bukan Islam dari menyebut kalimah suci itu.

Fahaman yang salah itu, turut mengakibatkan beberapa kes vandalisme yang mencemarkan beberapa surau serta rumah ibadat penganut bukan Islam.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w mengajar umat Islam erti keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan.

"Islam yang Rasullah ajar adalah keadilan, kedamaian, kejujuran dan saling berkasih sayang sesama umat Islam (dan) saling menghormati dengan yang bukan Islam, bukan arak kepala lembu, bakar sana dan bakar sini,"

Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w turut tidak mengajar penganutnya supaya menjadi pelampau agama serta taasub pada api perkauman satu-satu kaum.

"Islam yang Rasulullah ajar adalah manusia semuanya bersaudara dan dituntut saling mengenali antara satu-satu bangsa."

"Bukan tindas rakyat tak kiralah Melayu, Cina atau India disebabkan mereka ini tidak sokong faham pelampau parti atau pertubuhan tertentu,"

muafakat politik dalam antara PAS, DAP dan PKR melalui wadah Pakatan Rakyat sebenarnya memecahkan belenggu Islamphobia.

"Siapa boleh percaya bahawa PAS hari ini turut disertai oleh masyarakat India, Cina, Kadasan, Iban, Murut yang dalam pengetahuan saya mereka ini kebanyakannya bukan (beragama) Islam."

"Siapa boleh jangka bahawa seorang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) hari ini boleh beri jaminan keamanan dan hak menyebarkan (agama) Islam kepada rakyat PulaU Pinang, jauh lebih baik dari diperintah oleh pemimpin-pemimpin Umno."

"Siapa boleh percaya bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan) serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) turut menyampaikan tazkirah di semua rumah ibadat, yang dalam masa yang sama pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam diajak kenal tentang keadilan Islam di surau dan masjid-masjid,"

Saya yakin bahawa inisaitif Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sekadar suatu sandiwara politik.

"Yang saya nampak, ada rakyat ditangkap tanpa bicara, Najib ikut telunjuk Apco, dilihat pro Amerika dan Yahudi."

"Janji tangani Islamphobia seperti satu sandiwara adalah,"

Bernama hari ini melaporkan Najib mengajak dunia, khususnya Eropah supaya tidak menganggap Islam sebagai suatu ancaman atau suatu masalah.

Difahamkan, usaha itu sebagai tanggungjawab bersama dalam membantu Amerika Syarikat menangani keganasan global sebagaimana yang pernah berlaku di dunia umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thai sebelum ini.

Umno,Ku Li dan Kukoq Nyoq!

Umno menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah tak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan bila perlu dan diperosok di ceruk bila tidak perlu.

Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara.

"Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukoq nyoq. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus di persosok di ceruk-ceruk dapur,"

Saya yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu.

"Apa yang mesti disedari oleh rakyat terutama para pengundi di Galas ialah keghairahan melampau-lampau Umno untuk menghina Tengku Razaleigh.

"Para pemimpin Umno kini seolah-olah berlumba-lumba untuk menghina bekas Menteri Kewangan itu,"

Jika hari ini para pemimpin Umno berebut-rebut menghina bekas Naib Presiden parti mereka, suatu hari nanti mereka akan berebut-rebut menghina rakyat pula.

"Hari ini mereka membalas dendam terhadap Tengku Razaleigh apabila cuba memaksa beliau bertanding di Galas tanpa mempedulikan kedudukan bekas Naib Presiden Umno itu, selepas ini para pemimpin Umno akan membalas dendam kepada rakyat,"

Para pemimpin Umno berdendam kepada Tengku Razaleigh kerana tidak mahu menjadi pak turut mereka termasuk dalam isu royalti minyak kepada negeri-negeri termasuk Kelantan

"Sama seperti mereka berdendam kepada Tengku Razaleigh, Umno juga berdendam kepada rakyat kerana memalukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya dalam pilihan raya umum 2008 lalu,"

Saya juga yakin tidak mudah bagi para pemimpin Umno menganiaya Tengku Razaleigh yang sudah begitu matang dan mahir dengan sepak terajang mereka.

Monday, October 4, 2010

Perkauman: Umno tiada pilihan lain

Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini.

Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), "

Amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),"

Saya melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

Saya yakin Ku Li tidak mahu galas biawak hidup

Saya yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menerima keputusan Umno untuk meletakkan beliau sebagai calon mereka dalam pilihan raya kecil N45 Galas.

Veteran Umno itu terkenal sebagai seorang berpegang teguh pada prinsip perjuangan menegakkan keyakinannya dalam banyak isu yang timbul khusus di Kelantan terutama royalti minyak.

"Beliau sudah pasti tidak akan mahu galas biawak hidup,"

Dalam perkembangan berkaitan, Ku Li yang ketika ini masih berada di luar negara menyatakan belum menerima kehendak Umno yang beria-ia dan menghebahkan beliau telah bersetuju sebagai pengarah pilihan raya kecil itu.

Sehingga kini beliau masih belum memberikan apa-apa jawapan kepada sesiapapun termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin, tegas Ku Li menerusi laman twitternya sebagai menjawab soalan rakannya.

Menurutnya, beliau hanya akan mengumumkan pendiriannya sebaik pulang ke tanahair pada 9 Oktober akan datang.

Friday, September 24, 2010

Melayu Hilang Kuasa dan Suara Selagi Umno/Bn Perentah Malaysia.

Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno,"

Keadaan itu, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka,"

Walaubagaimanapun saya yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang,

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu,"

Saya ingin menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Saya mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?

Orang-orang Melayu, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.

GNI Rm1.7 trilion dan derma Pada PAS Rm4 bilion Pementasan Penglipurlara negara

Cerita penglipurlara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dalam Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara sumbangan derma RM4 bilion.

"Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

"Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus,"

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggesa SPRM menyiasat sumbangan RM4 bilion yang didakwanya diterima oleh PAS daripada sebuah syarikat.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menjadi bahan tertawaan ramai apabila membuat laporan di balai polis Kota Bharu berhubung 'sumbangan' itu.

"Tidak menghairankan jika Umno begitu teruja dan percaya habis-habisan cerita-cerita penglipurlara seperti itu kerana memang itulah pemikiran mereka.

"Sama seperti mereka mempercayai dongeng sumbangan derma itu, seperti itulah juga mereka mahu rakyat mempercayai penglipurlara ETP.

"Bila rakyat mempercayai penglipurlara ETP sama seperti yang mereka percayai, Umno berharap senanglah mereka hendak memperdayakan rakyat supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN),"

Kisah derma RM4 bilion adalah kisah ahli perniagaan yang berangan-angan banyak duit kononnya sehingga US$2.7 trilion yang tidak banyak bezanya kisah Umno yang berangan-angan panjang hendak mencipta pendapatan negara sehingga RM1.258 trilion dengan projek-projek ETP menjelang 2020 ketika Merrill Lynch melaporkan bahawa Malaysia adalah destinasi pelaburan yang paling tidak digemari pelabur di kawasan Asia Pasifik.

"Tidak pula ditunjukkan dengan jelas dari mana datangnya duit untuk melaksanakan projek-projek penglipurlara ETP itu.

"Persoalannya, adakah cerita penglipurlara ETP itu sengaja dibuat untuk mewajarkan lebih banyak lagi pembantaian duit Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya?"

Najib kena tipu dengan anak Lee Kuan Yew

Tanah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar yang sepatutnya digunakan sebagai kuasa tawar menawar Malaysia mungkin akan terlepas begitu sahaja.

Persetujuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa isu caj pembangunan tiga bidang tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, beliau berkata, Malaysia tidak kehilangan tanah-tanah KTMB itu walaupun tidak diadakan rundingan mengenai perkara itu sekalipun.

"Perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTMB adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja.

"Tanah-tanah itu umpama tulang yang terlekat di rengkung para pemimpin Singapura dan Malaysia bukan sahaja tidak perlu tergesa-gesa merundingkan perkara itu malah ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Singapura,"

Apabila rundingan diadakan dan Najib melakukan tindakan yang amat memeranjatkan dan menerima tawaran pertukaran tanah-tanah itu, ia mungkin hilang begitu sahaja dan Malaysia mungkin akan berputih mata sekali lagi setelah berkali-kali berputih mata dengan Singapura.

"Bila Najib mempersetujui caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, dengan pelbagai persediaan yang kita yakin dibuat oleh Singapura seperti yang dilakukannya dalam kes Pulau Batu Putih, bagaimana kalau mahkamah itu mempersetujui caj yang tinggi yang dikehendaki oleh Singapura?

"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah itu yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar jika caj pembangunan yang tinggi dipersetujui oleh mahkamah tersebut,"

Mengapa Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.

"Amat malang sekali bagi rakyat negara ini apabila kerajaan pimpinan Najib bersetuju dengan syarat tersebut.

"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah tersebut boleh hilang begitu sahaja dari tangan Malaysia jika Singapura berpendapat Malaysia melengah-lengahkan tindakan untuk memuktamadkan persetujuan,"

"Apa yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar negara kita tiba-tiba menjadi kuasa tawar-menawar Singapura apabila syarat tersebut dipersetujui.

"Tidak hairanlah jika Najib terpaksa bersetuju isu caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa walaupun Malaysia terpaksa berhadapan dengan risiko membayar caj pembangunan yang tinggi,"

"Najib menerima ketetapan yang merugikan negara apabila dinyatakan bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.

"Masalahnya, caj pembangunan yang tinggi juga akan merugikan Malaysia. Rugi dalam semua keadaan,"

"Lebih penting lagi, Najib perlu menyatakan adakah Malaysia sebenarnya telah tertipu? Kalau tak tertipu, mengapa sehingga ke peringkat perlu merujuk Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa?" soal Mahfuz sambil membangkitkan kembali laporan-laporan yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Putih dengan persediaan Malaysia yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

Wednesday, September 15, 2010

Umno mula rasa Utusan 'senjata makan tuan'

Umno kini mula sedar bahawa akhbar milik mereka, Utusan Malaysia yang selama ini diguna untuk memfitnah Pakatan Rakyat sudah menjadi 'senjata makan tuan'.

"Umno sudah terasa bagaimana peranan Utusan Malaysia mengkucar-kacirkan Umno tapi Umno lupa mereka menggunakan Utusan untuk memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat selama ini,"

Utusan dilihat sedang digunakan oleh pihak pro Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan Utusan itu sebagai kebebasan bersuara tetapi saya milihat satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib.

"Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu,"

Bekas pemimpin Umno suatu ketika dahulu giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk untuk mendesak Tun Abdullah supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah satu ketika dahulu mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan,"

Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk menikam perdana menteri daripada belakang.

Terserah kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Perkasa yang didakwa untuk membela nasib orang Melayu.

"Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk menilai hakikatnya bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk perjuangan membela Melayu tapi hanya menjadi alat untuk politik dalaman Umno.

"Saya tidak nampak mereka membela Melyu dalam isu ini, tapi untuk dapat peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu,"

Suspek bunuh: Polis perlu jelas kepada rakyat

Polis bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat apabila suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan mungkin terlibat dalam pembunuhan sehingga sembilan mangsa.

"Walaupun diumumkan Isnin lalu bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tercapai kerana kadar jenayah turun, rakyat yang semakin gelisah dengan pelbagai jenayah berat yang terus berlaku berhak mendapat tahu sejauh manakah tindakan polis menyiasat kehilangan beberapa orang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan pembantu-pembantunya itu.

"Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan dan berapa laporan polis yang diterima yang ada kaitan dengan suspek itu?"

Polis dilaporkan telah mengakui bahawa mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini? Apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu?"

Perkara tersebut penting dijelaskan kerana akhbar The Star melaporkan mungkin sembilan orang dibunuh dan dihapuskan dengan cara yang sama, Utusan Malaysia pula melaporkan sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini dipercayai dapat diselesaikan dengan berikutan pengakuan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Sosilawati bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu manakala Kosmo! pula melaporkan bahawa "ahli perniagaan terbabit mahir 'menghilangkan' pelanggannya".

"Yang lebih membimbangkan ialah apabila Kosmo! juga melaporkan bahawa 'maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan'.

"Laporan-laporan tersebut dibuat oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah pihaik polis bertanggungjawab mententeramkan kebimbangan orang ramai dengan menjelaskan sejauh mana siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat terhadap apa yang dilaporkan sebagai 'sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini'.

"Kita tidak mahu lagi membaca laporan ada penjenayah yang 'terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan' selepas ini,"

Saya percaya, jika polis telah menyelesaikan empat aduan sebelum ini, mungkin tidak berlaku pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,”

Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya - PAS

PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya,"

Sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas,"

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya,"

Saturday, September 11, 2010

PDRM : Institusi di Bawah Raja-Raja dicabuli!

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja hendaklah menggunakan apa sahaja peruntukan undang-undang bagi memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tentang campur tangan pihak luar dalam tugas polis.

"Antara lain, Musa mendakwa wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang dan beliau menyebut mereka khususnya dari Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan ada pihak lain khususnya Kementerian Dalam Negeri yang mencabul institusi yang berpayung di bawah Raja-Raja Melayu.

"Sebab itulah saya menggesa Majlis Raja-Raja supaya berani menggunakan walau sekecil mana pun alasan dan laluan perundangan yang boleh mereka gunakan untuk memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu,"

Jika raja-raja Melayu tidak ada kuasa langsung untuk mempertahankan kewibawaan dan integriti institusi diraja, siapakah yang merampas kuasa mereka?

"Siapa rampas kuasa raja-raja? Umno? Barisan Nasional (BN)?"

Oleh kerana kerajaan BN khususnya Kementerian Dalam Negeri yang dituduh campur tangan dalam tugas polis, beliau tidak nampak kerajaan BN bersedia menubuhkan suruhanjaya siasatan itu.

"Sebab itulah kita meminta Raja-Raja Melayu yang memastikan penubuhan suruhanjaya diraja menyiasat dakwaan Musa itu,"

Suruhanjaya siasatan itu amat penting untuk membolehkan Musa memberikan keterangan dengan bebas bagi menyatakan apakah bentuk campur tangan yang berlaku, siapa yang memberi arahan, arahan apa yang diberikan dan juga menyatakan secara spesifik kes yang beliau maksudkan.

Bagi saya, apa yang dibangkitkan oleh Musa itu amat serius kerana sejak Mac lalu Ketua Polis Negara yang akan bersara itu telah berkali-kali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan luar dalam urusan polis.

"Sebab itulah suruhanjaya yang telus dan bebas amat diperlukan supaya rakyat tahu kepentingan peribadi siapa dan kepentingan politik pihak mana yang menyebabkan campur tangan itu berlaku,"

Kontroversi Penyiaran Iklan Hari Raya Oleh TV3

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan sempena Hari Raya tahun ini oleh TV3.

"Pada 12 Disember 2005, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu Dewan Negara bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di TV swasta negara ini,"

Dari jawapan Shaziman itu, jelaslah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan kerana pengakuan telah dibuat di dalam Dewan Negara bahawa kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu oleh SKMM dan LPF sebelum disiarkan oleh TV swasta negara ini.

Sambil berterima kasih kepada umat Islam yang membantah iklan penuh kontroversi itu, beliau menyifatkan perkara itu mungkin berlaku kerana sikap keterlaluan yang amat jelas diperlihatkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam memantau apa sahaja bahan dalam Internet yang tidak disenangi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerana sikapnya yang amat jelas memperlihatkan beliau sibuk sangat hendak menjadi polis di dalam Internet, Rais ternyata tidak melakukan pemantauan yang sepatutnya terhadap iklan yang dengan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam itu walaupun TV3 menayangkannya berkali-kali sejak Khamis lalu.

"Jika Rais sendiri pernah menonton iklan itu, mungkin sensitivitinya sudah terlalu tumpul sehingga kita tidak mendengar sebarang bantahan atau tindakan darinya dan TV3 ternyata mengambil inisiatif sendiri untuk menghentikan penyiaran iklan itu.

"Maklumlah, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah syarikat-syarikat berkaitan Umno atau Umno linked companies dan Rais mungkin tidak ada hasrat langsung untuk melakukan pemantauan secara on air terhadap bahan-bahan yang disiarkan oleh media yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan Umno,"

"Apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa para pemimpin Umno menilai sesuatu perkara itu dari sudut kepentingan politik mereka.

"Kalau orang lain melakukan sesuatu yang tidak mereka senangi, mereka akan histeria serta merta dan jika diberikan penjelasan yang bersumberkan nas dan sirah Rasulullah sekalipun, mereka akan beria-ia pula memutar kata-kata untuk menegakkan benang basah.

"Tetapi kalau kroni mereka yang melakukan perkara yang dibantah dengan meluas oleh umat Islam, tidak ada langsung sebarang laporan mengenai bantahan dari para pemimpin Umno jauh lagi sebarang tindakan,"

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H
Maaf Zahir dan Batin




Wednesday, August 18, 2010

Kase terus berjuang hingga saman dihapuskan

Perjuangan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan tetap diteruskan sehingga kerajaan menghapuskan terus saman yang membebankan rakyat.

"Kase akan tetap meneruskan kempen menyedarkan rakyat bahawa keputusan kabinet yang tetap akan menyenarai hitam nama pesalah jalan raya selepas 28 Februari 2011 hakikatnya mencabar Perlembagaan Persekutuan,"

Keputusan kerajaan itu nyata bersifat angkuh dan melanggar Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan yang melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sengaja mahu bertindak mengatasi Perlembagaan.

"Kerajaan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa ia boleh bertindak sesuka hati dengan mengetepikan Perlembagaan.

"Perlembagaan melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka tetapi bila kenderaan disenarai hitam tidak boleh memperbaharui cukai jalan, ia bermakna kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka,"

Keputusan kabinet itu bukan sahaja tidak mempedulikan kesusahan rakyat malah ia sekaligus merupakan perisytiharan perang terhadap Perlembagaan Malaysia dan keputusan mahkamah.

Sebelum ini mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009, Mahkamah Tinggi Sarawak secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

"Keputusan kabinet itu nyata tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

"Keputusan itu juga nyata penuh dengan keangkuhan yang enggan mempedulikan suara hari rakyat yang mahu dimansuhkan terus tindakan menyenaraihitamkan kenderaan mereka itu,"

Kase akan terus membuat pemantauan untuk memastikan kerajaan mematuhi undang-undang negara.

Kase juga, sedang berusaha mengadakan rundingan bersama kementerian terbabit bagi mengatasi terus masalah kontroversi saman ekor.

“Kami ingin mendapat peluang untuk mengadakan dialog dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Dalam Negeri. Harap Kerajaan dapat adakan rundngan dengan semua poihak bagi cari penyelesaian,”

Surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan diserahkan dalam masa terdekat bagi mengadakan perjumpaan.

Tidak tahan dengan kemarahan rakyat, kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik buat sementara waktu bermula 11 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama kepada mereka yang disenaraihitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya,”

Wednesday, August 11, 2010

PAS perlu popularkan pemikiran baru

PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru sekiranya parti itu mahu merealisasikan satu komuniti Islam yang kuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya melakukan 'rancangan jangkauan panjang' atau long range planning kalau dilihat pada ekspedisi Hijrah ar-Rasul ke Yathrib (Madinah). "Inilah ilmu pemikiran strategik yang Rasulullah s.a.w. tinggal pada kita di mana ekspedisi hijrah ke Madinah itu adalah long range planning, satu persiapan untuk melengkapkan persiapan yang lain, iaitu pembukaan Kota Makkah,"

Kerangka dinamik itu sudah tentu menuntut PAS mempunyai 'pendekatan bertahap' (step by step approach) yang tersendiri.

"Persiapan masyarakat sivil Madinah sendiri menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kerakyatan orang-orang Aus dan Khazraj sebelum wujud masyarakat Ansar di samping Muhajirin yang datang dari Makkah.

"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu,"

PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.

"Buat apa kita takut dengan tohmahan pemimpin tertentu dalam Umno, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bersedia memeterai perjanjian politik dengan tiga kaum Yahudi serta Majusi untuk menghadapi kezaliman pemimpin-pemimpin Arab di Makkah yang akhirnya membawa pada penubuhan negara Madinah yang cukup moden dan kuat,"

PAS juga wajar meluaskan hubungan tidak langsung dengan kaum profesional supaya cara berfikir kepemimpinan PAS senantiasa ajaib dan di luar kotak.

"Untuk memenangi Peperangan Khandaq, cadangan golongan profesional seperti Salman al-Farisi gali parit sebagai benteng pertahanan yang cukup ajaib sendiri akhirnya diterima Rasulullah s.a.w.

"Untuk pilihan raya umum depan, PAS tidak boleh lagi menggunakan strategi-strategi lalu, kena ada sesuatu yang saya anggap thinking outside the box,"

Dengan konsep berfikir di luar kotak, mampu membuntukan serta melemahkan serangan Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping memecahkan muafakat politik dalaman BN pada pilihan raya umum depan.

Dari segi yang lain, PAS mesti dilihat menguasai ilmu pemikiran literal supaya rakyat lebih yakin dengan kepemimpinan PAS berbanding Umno.

"Kalau dahulu, Khalifah Umar al-Khattab mengambil langkah inovatif berijtihad solat tarawih dari 8 rakaat pada 20 rakaat berjamaah, masyarakat kita sekarang popularkan pula budaya tazkirah, takkan PAS mahu dilihat tidak mahu dilihat berfikir lebih literal dalam urusan agama, dalam pentadbiran negara lebih dari itu.

"Apa yang penting yang nak saya ketengahkan bukannya jumlah rakaat solat tarawih tetapi ialah lateral thinking yang dibawa oleh seorang khalifah,"

Tuesday, August 10, 2010

Taklimat Status Saman Ekor

Taklimat status saman ekor oleh Panel Peguam dan Saya sendiri .

Tarikh : 11 Ogos 2010

Jam : 2.30pm

Tempat : Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena Km 8 , Jalan Langgar Alor Setar Kedah.

Kepada mangsa saman ekor dan orang ramai dijemput hadir.

Anjuran : Jawatankuasa bertindak kempen anti saman ekor (KASE)

Perjuang diskaun rumah mewah tetapi lupa subsidi dipotong

Saya ingin membidas pengampu-pengampu pemimpin Umno yang hanya memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera tetapi berdiam diri terhadap pemotongan subsidi.

"Sikap mereka yang membisu seribu bahasa terhadap pemotongan subsidi yang ternyata membebankan rakyat terutama menjelang musim perayaan ini membuktikan sikap mereka yang bukan sahaja tidak prihatin malah tidak peduli sama sekali terhadap penderitaan rakyat terutama yang berpendapatan rendah,"

Mereka bersekongkol dengan tindakan kerajaan yang hanya berani merampas subsidi dari rakyat dan mengumumkan kenaikan harga barang sebaik sahaja sesi Parlimen selesai bersidang.

Beliau mendedahkan, tidak ada sebarang pandangan diminta mahupun perbicangan secara khusus dibuat bersama-sama Ahli Parlimen sepanjang Parlimen diadakan.

"Selepas tamat sesi Parlimen, kerajaan terus umum kenaikan harga barang tanpa berunding dengan rakyat. Masa bila kerajaan berunding dengan rakyat?"

Pengampu-pengampu pemimpin Umno yang membuat bising menentang pemotongan diskaun rumah mewah itu juga lansung tidak peduli terhadap nasib hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja di negara ini yang memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700.

"Bila harga minyak dan harga barang makanan dinaikkan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), bukan harga barangan tersebut sahaja yang naik harganya tetapi, seperti yang berlaku sebelum ini, ia akan mengakibatkan kesan berganda dan barangan lain juga naik harga.

"Kenaikan harga minyak akan mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan dan dengan sendirinya harga begitu banyak barangan lain akan naik harga.

"Kenaikan harga gula pula akan mengakibatkan kenaikan harga makanan dan minuman lain. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan, pergilah ke pasar-pasar Ramadhan dan lihat sendiri adakah pelbagai juadah yang menggunakan gula sebagai bahan akan tetap sama harga?

"Kalau tidak dinaikkan harga pun, biasanya para peniaga terpaksa mengurang kuantiti atau mengecilkan saiz,"

Para pemimpin Umno dan pengampu-pengampu mereka tidak peduli penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang itu.

"Saya yakin, sebahagian besar dari 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja di negara ini yang memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700 itu adalah adalah orang-orang Melayu Islam yang akan menyambut Ramadhan kali ini dengan penderitaan akibat kenaikan harga barang.

"Malang bagi mereka kerana orang-orang Umno hanya sibuk dengan memperjuangkan diskaun untuk pembelian rumah mewah kepada Bumiputera.

"Maklumlah, mereka yang hendak beli rumah-rumah itu kerana pekerja yang berpendapatan bawah RM700 sebulan tentu tidak mampu membeli rumah-rumah mewah itu,"

Monday, August 9, 2010

Awang Selamat rasa tak selamat

Penulis ruangan Bisik-Bisik Mingguan Malaysia, Awang Selamat sudah merasa tidak selamat dengan kuasa politik Umno sehingga terpaksa menghentam PAS dan pemimpinnya.

Awang Selamat sudah mula merasai dan menjangka bahawa Umno bukan sahaja akan hilang kuasa politik malahhilang sokongan Melayu itu sendiri.

"Saya tak nak layan sebab dia tengah meroyan, kita biar dia tenang dulu.

"Apapun ini menunjukkan Awang Selamat sudah rasa tak selamat kerana dia tahu Umno akan hilang kuasa politik,"

Awang Selamat digunakan Umno sebagai orang upahan atau lebih tepat 'juak Umno' untuk menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin Umno dah tak ada yang berani bersuara, dia hantar juak-juak dia sahaja untuk berkokok termasuk Awang Selamat.

"Saya nak bagitahu Awang Selamat, InsyaAllah Melayu Islam termasuk kaum lain akan lebih selamat tanpa Umno,"

Friday, August 6, 2010

Saman ekor: PAS mula kumpul rekod

PAS akan mula mengumpulkan rekod dan maklumat diri penerima saman ekor - yang tidak dapat memperbaharui lesen memandu ekoran disenarai-hitam - sebagai persediaan awal bagi kemungkinan mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan.

Usaha itu akan dimulakan dalam pertemuan pertamanya dengan mangsa saman ekor dan pemilik kenderaan di Ampang Jaya pada Isnin depan.

"Kita minta mangsa membawa dokumen berkaitan, kita daftarkan. Jika kerajaan enggan membenarkan mereka memperbaharui cukai jalan, kita akan ambil tindakan undang-undang.

"Itu kita kena ada rekod,"

Saya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kementerian dalam negeri, termasuk mengadukan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perkara itu.

Sekiranya semua usaha tersebut tidak berjaya, KASE boleh menggembleng 1.7 juta penerima saman ekor bagi mengambil tindakan undang-undang kepada agensi kerajaan berkaitan.

Dalam kes Lim Yaw Chiang lawan pengarah JPJ pada 2009, mahkaman telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai-hitamkan kenderaan yang tidak membayar saman ekor adalah salah di sisi undang-undang.

Saya akan dibantu beberapa peguam - diketuai peguam KASE Zulhazmi Shariff - bagi memberikan penjelasan tentang prosedur sebenar saman ekor dan tindakan yang boleh diambil mangsa sekiranya tidak dapat memperbaharui cukai jalan.

'Polis tidak faham isu'

"Kalau JPJ enggan perbaharui cukai jalan, kita jalanlah. Insurans sudah bayar. Cuma beliau akan berdepan kemungkinan satu lagi sama kerana tiada cukai jalan,"

"Cukai jalan cuma RM250, (tetapi) kalau dia kena bayar saman RM3,000 macam mana (hendak bayar)?"

Siri kedua pertemuannya akan diadakan di Paroi untuk kawasan Melaka dan Negeri Sembilan sehari selepas program di Kuala Lumpur.

"Kemudian kita akan bermesyuarat untuk tentukan tarikh (pertemuan) di tempat-tempat lain,"

Pasukan keselamatan itu "tidak faham isu".

"Isunya bukan tentang kadar tetapi hendak bayar cukai jalan tak boleh (sebab disenarai-hitam). Sedangkan mangsa saman ekor belum dibuktikan bersalah,"

Thursday, August 5, 2010

MEMORANDUM BANTAHAN TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

MEMORANDUM BANTAHAN

TINDAKAN SENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN

Kepada

Dato' Seri Kong Cho Ha

Menteri Pengangkutan

Daripada

Dato' Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena

Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap

Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 Ogos 2010


MEMORANDUM BANTAHAN

TERHADAP TINDAKAN MENYENARAI HITAM KENDERAAN DAN PEMILIK KENDERAAN

1) LATARBELAKANG

Pada 30 haribulan Jun 2010 dalam jawapan kepada soalan lisan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu) di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bin Bakri menyatakan bahawa “Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.”

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Dato’ Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010, bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan. Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Ekoran langkah tersebut, rakyat dan pengguna jalanraya telah mengalami kesulitan bagi memperbaharui lesen kenderaan dan juga lesen memandu mereka kerana nama mereka telah disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

2) PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG

Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah suatu akta yang digubal antaranya adalah untuk mengawalselia kenderaan-kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan. Akta ini juga telah memperuntukkan prosedur-prosedur bagi pihak berkuasa (JPJ) menjalankan kuasa yang diberikan oleh Akta ini.

Seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987

17. (1) Seseorang Pengarah adalah tidak dikehendaki memberi sesuatu lesen kenderaan motor bagi permohonan yang dibuat melainkan jika

(d) dia berpuas hati bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Jabatan Polis berhubungan dengan apa-apa perlanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya: dan

Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

29. (1A) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada lesen memandu boleh diberikan kepada mana-mana pemohon melainkan jika dia memuaskan hati Pengarah bahawa pada tarikh dia memohon dia tidak mempunyai perkara atau hal yang belum selesai dengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis berhubungan dengan apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang bertentangan dengan Akta ini atau Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Kedua-dua seksyen ini memberikan kuasa kepada PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN untuk tidak memperbaharui lesen kenderaan dan/atau lesen memandu jika PENGARAH telah “BERPUAS HATI” bahawa pemohon tidak mempunyai perkara-perkara atau hal-hal yang masih belum selesai dengan JPJ dan/atau PDRM.

Tiada sebarang peruntukkan di dalam kedua-dua Seksyen tersebut memberikan kuasa kepada PDRM. Persoalannya :

APAKAH JPJ PERLU MENURUT ARAHAN PDRM UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU DAN LESEN KENDERAAN?

Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan sebagai keterangan

115. (1) Jika pemandu suatu kenderaan motor dikatakan atau disyaki melakukan suatu kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor—

(a) pemunya kenderaan motor itu hendaklah memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang dia dikehendaki memberi oleh seorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mengenai identiti dan alamat orang yang telah memandu kenderaan motor itu pada masa atau lebih kurang pada masa kesalahan yang dikatakan itu, dan mengenai lesen atau lesen-lesen yang dipegang oleh orang itu, dan jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya dia adalah melakukan suatu kesalahan melainkan dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dia tidak mengetahui atau tidak boleh dengan usaha yang munasabah memastikan maklumat yang dikehendaki; dan

(b) mana-mana orang lain yang telah atau sepatutnya menjaga kenderaan motor itu hendaklah, jika dikehendaki seperti yang tersebut dahulu, memberi apa-apa maklumat yang dalam kuasanya untuk memberi, dan yang boleh menyebabkan pengenalan pemandu itu, dan jika, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh maklumat itu dikehendaki daripadanya, dia gagal berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan.

(2) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undangundang bertulis, apa-apa maklumat yang diberikan di bawah seksyen ini oleh mana-mana orang yang dipertuduh dengan mana-mana kesalahan yang berkaitan dengan pemanduan suatu kenderaan motor boleh digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan terhadap pertuduhan itu.

(3) Walau apa pun yang terkandung di dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pegawai polis bahawa sesuatu kenderaan motor tertentu telah dipandu oleh atau dipunyai oleh orang itu atau ia dipunyai oleh suatu perkongsian yang orang itu juga menyatakan bahawa dia telah menjadi pekongsinya atau suatu perbadanan yang dia menyatakan bahawa dia telah menjadi pengarah, pegawai atau pekerjanya pada suatu ketika tertentu boleh diterima sebagai keterangan bagi maksud menentukan oleh siapa kenderaan itu telah dipandu atau kepada siapa kereta itu dipunyai.

Seksyen ini memperuntukkan bahawa suatu notis kepada pemilik dikeluarkan menghendaki pemilik memberikan maklumat tentang pemandu kenderaan yang dikatakan melakukan kesalahan lalulintas. Maklumat yang diberikan tersebut juga boleh digunakan sebagai bukti semasa pertuduhan ke atas pemandu.

Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah

53. (1) Jika seseorang pegawai polis, warden lalu lintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) gagal hadir dengan sendiri atau melalui peguam, maka, melainkan jika didapati adalah tidak mungkin semunasabahnya bagi orang itu untuk hadir sedemikian, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis itu telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi penangkapan orang itu melainkan dalam hal suatu kesalahan yang boleh dikompaunkan, orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Peruntukkan ini jelas bahawa setiap orang yang disyaki melakukan kesalahan hendaklah diserahkan suatu notis di dalam borang yang ditetapkan (Saman) untuk diminta hadir ke Mahkamah bagi menjawab tuduhan. Kegagalan menghadiri Mahkamah membolehkan Mahkamah mengeluarkan waran Tangkap bagi memerintahkan seseorang hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Walau bagaimana pun pihak PDRM tidak mengeluarkan Saman di bawah Seksyen 53 ini tetapi hanya menganggap bahawa setiap orang yang disyaki sebagai pesalah.

3) TINDAKAN MENYENARAI HITAM PEMILIK KENDERAAN ADALAH BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG.

A) Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Dato’ Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pada 9 haribulan Julai 2010 telah menyatakan bahawa tindakan menyenaraihitam pemilik kenderaan dibuat di bawah peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes LEONARD LIM YAW CHIANG vs DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK & ANOR [2009] 6 CLJ 280.

· Yang Arif hakim Datuk Abdul Aziz Rahim telah memutuskan seperti berikut : -

o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

o (2) The exercise of discretion by the 2nd respondent not to issue the motor vehicle licence to the applicant in respect of the said vehicle had violated the principle of “Wednesbury unreasonableness”. In public law, it is one of the well recognised grounds upon which a decision of a public decision-maker may be challenged in the courts. The recent trend of cases applying the “Wednesbury unreasonableness” principle in judicial review shows that it is not confined only to the examination of the process of decision-making but also to the merits of the decision. (para 44)

Keputusan ini jelas menunjukkan tindakan JPJ adalah salah di sisi Undang-Undang. Malah Peruntukkan Seksyen 17 dan Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak memberikan apa-apa kuasa kepada PDRM untuk menyenaraihitam pemilik kenderaan. Kenyataan Ketua Pasukan trafik tersebut jelas menunjukkan beliau tidak faham kedudukan beliau dan kedudukan undang-undang negara. ADAKAH BELIAU TIDAK DINASIHATKAN OLEH PEGUAM NEGARA DAN/ATAU PENASIHAT UNDANG-UNDANG PDRM SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN? Adalah amat malang bagi negara mempunyai Ketua Pasukan Trafik sebegini.

B) Dato’ Abdul Aziz seterusnya menjelaskan, sebelum menyenarai hitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu. Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM. "Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.

Notis yang dimaksudkan beliau adalah notis di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menghendaki pemilik kenderaan memberikan maklumat pemandu yang memandu kenderaan beliau yang dikatakan melakukan kesalahan. Setelah maklumat diterima atau tidak diterima, pihak PDRM dan/atau JPJ perlu mengeluarkan Saman di bawah seksyen 53 Akta yang sama untuk menghendaki pemilik dan/atau pemandu hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan kesalahan yang dikatakan telah dilakukan.

Walau bagaimana pun Saman di bawah Seksyen 53 Akta ini tidak dikeluarkan sebaliknya PDRM terus menganggap pemilik kenderaan melakukan kesalahan dan perlu membayar kompaun ataupun denda mandatori. Ini terbukti dengan kenyataan Dato’ Abdul Aziz bahawa "Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan,". ANGGAPAN PDRM TERSEBUT ADALAH JELAS BERTENTANGAN DENGAN PRINIP KEADILAN DI MANA SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH MELAINKAN DIBUKTIKAN BERSALAH (presumed innocent until proven guilty). Sesuatu kesalahan tidak boleh dianggap telah dilakukan dengan hanay kegagalan memberikan maklum balas. Pihak PDRM perlu, wajib membuktikannya di Mahkamah menerusi saluran Kehakiman negara bukan hanya dengan menganggap sebegitu mudah.

· Yang Arif datuk Abdul Aziz Rahim di dalam kes di atas menyatakan :-

o (1) The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant. (paras 39 & 40)

o (4) The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty. (para 47)

C) Pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat. Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.

Jika PDRM mempunyai bukti kesalahan dilakukan, MENGAPA PESALAH TIDAK DISAMAN DI MAHKAMAH UNTUK MENJAWAP PERTUDUHAN TERSEBUT?

D) Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut.

Seksyen 53 menyatakan pegawai PDRM, Warden lalulintas dan pegawai JPJ boleh mengeluarkan saman menghendaki seseorang tertuduh hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan. Di bawah peruntukkan manakah orang ramai dikehendaki merujuk kepada PDRm untuk mengetahui samada mereka disaman atau tidak?

Prinsip SAMAN ialah ianya perlu diserahkan kepada pesalah (tertuduh) bukannya tertuduh perlu memeriksa samanada mereka ada kesalahan atau tidak. Adalah tugas pihak berkuasa membawa tertuduh ke Mahkamah untuk dibicarakan dan bukan sebaliknya.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Yang Arif Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut :-

(5) Under s. 15(1) of the RTA usage of a motor vehicle on public roads requires a motor vehicle licence, and sub-s. (4) of the same section makes it an offence for using or permitting to be used a motor vehicle without a motor vehicle licence. Therefore, to deny a person a motor vehicle licence to which he is entitled upon complying with the requirements of the law is to deny the person the use and enjoyment of his motor vehicle. Such denial would also be in contravention of art. 13 of the Federal Constitution, under which a person cannot be deprived of his or her property except in accordance with the law. The meaning of deprivation in art. 13 should be interpreted liberally and broadly to include any act that would deprive a person of the use and enjoyment of his property. (paras 48, 49 & 50)

(7) Thus, the decision of the respondents to blacklist the applicant and not issue him with a licence for the said vehicle was not only unreasonable but also unlawful. (para 56)

PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DAN JAWATANKUASA BERTINDAK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE) DENGAN INI MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI :-

· Mengarahkan JPJ di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengeluarkan dan memperbaharui lesen kenderaan tanpa sekatan dan bukannya menyekat pembaharuan lesen kenderaan.

· Mengarahkan PDRM membatalkan semua saman yang tidak dan/atau gagal diserahkan.

· Mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membenarkan pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu memperbaharui lessen kenderaan dan lesen memandu mereka tanpa sekatan.

· Menarikbalik arahan menyenarai hitam nama pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu selagi kesalahan tidak dibuktikan.

· Menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan JPJ menyenaraihitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

Sekian, terima kasih

Dato' Mahfuz Omar

Naib Presiden PAS/ Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat (LPAS) Merangkap

Pengerusi JK Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

5 hb Ogos 2010

25 SYA’ABAN 1431H

INDEKS RUJUKAN

a) Hansard Parlimen bertarikh 24/06/2010 muka surat 21.

b) Hansard Parlimen bertarikh 30/06/2010 muka surat 16 – 18

c) Keratan Akhbar Utusan Online bertarikh 09/07/2010

d) Seksyen 17 (1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987

e) Seksyen 29(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

f) Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987

g) Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987

h) Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280