Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu.
Sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.
"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara,"
Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu.
Gesaan itu dibuat setelah Ketua Pembangkang semalam mengumumkan Ku Li bersedia untuk bersama dalam kaukus tersebut.
Saya menasihatkan Muhyiddin agar meninggalkan amalan politik secara primitif itu.
"Dia (Muhyiddin) patut tinggallah politik primitif itu sebab negara sekarang sedang menuju pada suatu yang disebut politik baru, berasaskan maklumat, keadilan perlembagaan serta meletakkan kepentingan rakyat adalah segala-galanya."
Tindakan Muhyiddin itu menggambarkan bahawa beliau lebih pentingkan Umno dari rakyat.
"Kalau Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia yang pentingkan rakyat, dia takkam halang Kuli...inilah wajah sebenar Muhyidiin (iaitu) lebih penting parti dari rakyat,"
Saya juga menganggap Muhyiddin cuba mengkhianati prinsip persekutuan-negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa hari lalu, Ku Li dicadangkan mengetuai Kaukus Parlimen demi menyiasat keputusan kerajaan untuk memberi 'wang ehsan' hasil Royalti Minyak kepada rakyat Kelantan, tanpa melalui Kerajaan Negeri.
Cadangan tersebut setelah Ahli Parlimen Pembangkan kecewa dengan keputusan kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati royalti minyak di negeri mereka.
Kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan era 1970an dan pernah mengikuti siri perjanjian persefahaman (MoU) Akta Pembangunan Petronas meletakkan beliau layak memimpin badan bebas di bawah kuasa Parlimen
1 comment:
Salam YB Datuk Mahfuz,
MP Pokok Sena.
YB kena ingat, pada "pada zaman batu" manusia iaitu yang tergolong dalam species "mamalia" tidak tahu erti sebenarnya "meminta pihak lain untuk berfikir terlebih dulu" sebelum membuat sebarang keputusan tetapi apa yang mampu manusia pada zaman batu boleh ketika itu ialah apabila ada berlaku perbezaan pendapat dikalangan mereka ialah mereka akan bertengkar, bergaduh sesama mereka seperti bertumbuk, bertampar sehingga ada yang sampai berbunuhan.
Maka itulah cara bertindak manusia yang hidup pada masa zaman batu beribu-ribu tahun yang lampau, tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.. mereka bukannya tahu erti undang-undang jauh sekali untuk menghormati undang-undang sama juga apa yang selalu dilakukan oleh sesetengah ahli-ahli politik dari parti-parti yang tertentu di negara ini yang sering melanggar undang-undang dan peraturan walaupun pada hakikatnya bahawa mereka itulah juga yang terlibat didalam menggubal undang-undang untuk diguna-pakai oleh mahkamah serta badan-badan penguatkuasaan yang lainnya sebelum diluluskan oleh Dewan Parlimen atau Dewan Rakyat.
Jadi gelaran yang diberi oleh YB Pokok Sena terhadap YAB TPM dengan mengatakan bahawa beliau sebagai berfikiran primitif hanya kerana perkara itu saya rasa keterlaluan jika dikira dari segi adat ketimuran kita. TPM Tan Sri Muhyiddin memang berhak untuk mengingatkan mana-mana rakan dalam parti sekiranya beliau merasakan perlu untuk beliau berbuat begitu jika ianya melibatkan kepentingan parti.
Saya juga terpikir seandainya perkara seperti itu berlaku dikalangan Pakatan Pembangkang umpamanya ada seseorang YB dalam PAS ke, DAP ke atau PKR ke ditawarkan oleh kerajaan BN untuk berbuat sesuatu di negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan P.Pinang bagi kepentingan pihak BN semata, maka sudah pasti saya rasa akan heboh satu negara dengan suara-suara sumbang pihak Pakatan Pembangkang membantahnya. Tetapi dalam hal ini saya lihat Tan Sri Muhyiddin terutamanya dan BN amnya telah mengambil pendekatan yang biasa diamalkan iaitu berhemah dan berlembut tanpa menekan mana-mana pihak...cuma beliau meminta YB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berfikir dahulu sebelum menyambut tawaran pihak Pakatan Pembangkang itu.
Post a Comment