Thursday, December 3, 2009

Tohmahan terhadap Nik Aziz punya agenda tertentu

Saya ingin menyifatkan tindakan sesetengah pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau mempunyai agenda tersendiri.

Usaha yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ini adalah sebagai salah satu tindakan untuk melihat PAS berada dalam keadaan kucar-kacir.

"Tindakan mereka terhadap Nik Aziz tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada beliau. Malah ahli-ahli PAS akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada beliau bagi memastikan tidak ada pihak yang dapat menjatuhkannya".

"Kekuatan dan kesepaduan yang ada dalam PAS agak sukar untuk mereka daripada BN untuk mengganggu-gugat kedudukan di negeri Kelantan,"

Pemimpin Umno sepatutnya mencari kaedah dan jalan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti mereka dan juga menumpukan tumpuan bagaimana untuk menunaikan janji yang telah mereka berikan kepada rakyat ditepati.

"Mereka sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang sudah jauh terhakis kepada mereka dan bukannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap parti lawan".

"Saya juga berkeyakinan mereka mempunyai agenda tertentu bagi menawan semula Kelantan. Sehubungan itu adalah tidak menghairankan sekiranya mereka membuat pelbagai tohmahan bagi mengeruhkan suasana yang ada di negeri Kelantan,"

3 comments:

hilbert said...

Salam bahagia YB Datuk Mahfuz,

Laaaa... Datuk, kan ke krisis yang sedang berlaku didalam PAS sekarang ini semuanya jelas berpunca dari masalah dalam PAS itu sendiri, kenapa pulak UMNO yang dipersalahkan...aduhai Datuk, tak faham saya.

Hidup sebagai pemimpin memang begitulah Datuk, takkan terlepas dari segala cubaan serta juga dugaan, maka begitu jugalah dengan apa yang sedang dihadapi oleh Datuk Nik Aziz sekarang. Kata orang dulu-dulu "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" dan begitu jugalah dengan ahli politik, jika takut berdepan dengan segala itu...maka lebih baiklah letak senjata atau buat gencatan senjata.

Bagi kepada orang lain pula yang jadi pemimpin...banyak lagi yang berkelayakan..,seperti Datuk sendiri juga punya aura tersendiri dan Datuk mampu jadi pengganti sebab Datuk masih sihat dan muda.

Bagi sayalah Datuk, walaupun saya bukan ahli UMNO, tetapi saya sangat yakin bahawa UMNO tidak terlibat dalam pergolakan yang sedang dihadapi oleh PAS ini, sebabnya ialah UMNO tidak pernah mengamalkan budaya melaga-lagakan pihak lain demi kepentingan parti mereka tidak seperti sesetengah parti yang tertentu di Malaysia ini.

YB Datuk, sebenar saya kagum dengan sifat keterbukaan YB yang bersedia membenarkan sebarang komen tersiar diblog Datuk ini walaupun kadangkala ada komen yang tidak menyenangkan hati Datuk.

Terima Kasih.

Anonymous said...

untuk hilbert... cuma fahami isu sekarang ni. siapa yang menyerang Nik Aziz siang dan malam. 24 jam sehari? dari Perdana Menteri, TPM, menteri, semua suku sakat UMNO menyerang Nik Aziz sampaikan membuar demonstarasi tapi guna nama lain. NGO kononnya. alih-alih dalangnya siapa? Timbalan Ketua UMNO bahagian Pasir Mas. bukankah itu orang UMNO ? ada tak pernah menonton berita di TV komen pimpinan PAS tentang Nik Aziz ? Surat khabar ada siarkan tak komen dari pimpinan PAS ? tak ada. tapi semua media ini, menyerang dan menyiarkan kata-kata pimpinan ahli UMNO sahaja. bukankah itu jelas dan nyata?

tiba-tiba kata PAS ada masalah dalaman, soalan saya mudah je. adakah mana-mana pimpinan PAS, ahli PAS yang keluar PAS kerana masalah dalaman yang kononnya maha hebat ini? ada ke? kalau ada bolehlah jadi bukti PAS menghadapi masalah dalaman. lihat sahaja UMNO, setiap kali ada pemilihan UMNO, berapa ramai ahli dan pemimpin yang keluar UMNO? bila ahli dan pimpinan tetap dalam parti maknanya parti itu masih kukuh dan tiada perpecahan. berbeza pandangan, pemikiran, pendapat, hujah adalah satu lumrah. tapi tak adalah yang sampai keluar PAS.

Lihat MCA sekarang, PPP, MIC pun. semuanya dalam BN yang ditunjangi UMNO. kalau MCA itu bukan BN, siang malamlah ahli dan pemimpin UMNO melalak di TV dan Surat khabar mengkritik itu dan ini. lihat sahaja UMNO bahagian kota tinggi, Ketua Pemuda tidak dipercayai, AJK letak jawatan. selepas itu RASUAH pula datang. Aduhai...

PAS pada pandangan saya tetap sama sahaja. cuma dibezakan oleh pandangan dan pemikiran yang berbeza.. mintalah PM, TPM, dan menteri-menterinya berhenti mengkritik Nik Aziz.

'UMNO tidak pernah mengamalkan budaya melaga-lagakan pihak lain demi kepentingan parti mereka tidak seperti sesetengah parti yang tertentu di Malaysia ini'

- Kenyataan ini sebenarnya hanya akan keluar dari mulut pencinta UMNO. banyak perkara yang UMNO buat supaya PAS, PKR, DAP gaduh.. banyak contoh dah saudara. usah mengarut tak tentu pasal.

al-fakir said...

menyalahkan "musuh" menyerang dan memerangi PAS adalah tindakan yang menutup kelemahan PAS...
PAS kena fikir dan kaji kenapa PAS diserang dan tiada benteng pertahanan? Offensive and defensive perlu ada bukannya kelemahan PAS dikaitkan punca daripada UMNO.....

belajar salahkan diri sendiri dan perbaiki diri sendiri...

catatanhamba.blogspot.com