Wednesday, July 14, 2010

Umno demam: Lepas tuduh PAS sesat, pelawa pulak

PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.

Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka. "Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin,"

Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup,"

Umno sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu Umno sehingga berani menentang Umno sendiri.

"Perkasa telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap ‘tangan yang menyuap mereka’,"

orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno.

PAS juga, akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain.

Ianya juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.

10 comments:

ghostWRITER said...

Bila Melayu PAS Angkuh, Bongkak, Sombong & Takabur!!!

sitopimerah@android:~$ said...

Mulut kata lain hati kata lain, dah dasar Bohong Niat (BN) segalanya pembohong. Dasar kuku besi menyekat penyaluran kewangan ke negeri di bawah pakatan rakyat, penafian hak royalti minyak, menyempitkan sumber maklumat sampai kepada rakyat marhaen, dsb.

Orang jahat tidak layak berkawan dengan PAS.

joe-kedah said...

Issue yang Yb bangkitkan ini telah menikam diri sendiri dipihak umno. Sampai bila puak-puak umno ni nak sedar?.Peringkat tertinggi umno tidak penting, peringkat grass root umno yang paling penting.berfikir dan renong, kenyataan shafie afdal itu telah membawa padah kepada umno itu sendiri.Sebagai manusia yang dibekalkan Allah akal sewajarnya berfikir lebih matang. Sewajarnya shafie afdal merenong kembali kenyataannya itu, benar atau tidak perjuangan PAS ini telah sesat dan menyimpang?. shafie afdal sewajarnya menunjukan bukti saheh. Bagi PAS, jika kenyataan itu membuktikan perjuangan telah lari dari islam, kita bawa berbincang, memperbetulkan mana yang silap. Kita rasa dukacita, shafie afdal telah membaling batu sembunyi tangan, kerana selepas dia buat kenyataan dikluang johor, dia terus mendiamkan diri, yang melalak mempertahankan dia, yb guar chempedak, ketua pemuda umno kedah, tetapi setelah dicabar ketua pemuda pas kedah, terus diam. memang tidak dinafikan, kepimpinan umno cukup takut kalau dicabar untuk debat. dilihat sekarang kepimpinan umno hanya pandai buat kenyataan tetapi takut untuk berdebat. mengapa begitu dayus sangat?. Banyak issue yang direkacipta mereka telah memakan diri mereka sendiri. tidak ada nasihat yang perlu kita cadangkan kepada mereka-mereka yang ingin popular tetapi tidak harga diri, melainkan dengan bermuhasabah diri, ingat kepada Allah, ingat kepada agama islam, ingat kepada ibu bapa yang membesarkan didalam islam, ingat kepada anak isteri yang diasuh cara islam, ingat kepada bangsa yang dididik cara islam (bangsa melayu bukan 100% islam sekarang, lihat saja yang kristian, yahudi dan yang telah murtad)barulah kita membezakan yang buruk dan yang baik.JANGAN IKUT MULUT NAK CAKAP, KELAK BINASA BADAN.

mohd ali ismail said...

Datok,Bijak jika PAS berwaspada
Perlawaan UMNO bergabong dengan
Mereka sementara itu tak
Payahlah PAS menonjolkan perasaan
Benci terhadap UMNO diluahkan
Sebegitu teruk. PAS
Sendiri ada kepincangan dan
Kekurangannya jadai tak payah caci
Mencaci kerana rakyat pandai menilai
Yang mana intan dan yang mana berlian.

Dr Rita Coolidge said...

PAS memang sesat..!
tak payah nak berselindung...
bertaubat lah..!

ezora said...

Apakah pendapat PAS mengenai keakraban MCA, Gerakan dan DAP? Adakah itu tidak dinamakan tikam dari belakang oleh DAP (sekutu PR). Kaum Cina tidak mengira parti saling bantu membantu demi mencapai cita-cita kaum mereka. Tapi kami rakyat biasa ni merasa sedih kerana orang melayu benar-benar membenci sesama mereka hanya kerana parti politik. Kami tidak mahu parti politik. Kami hanya mahu Melayu bersatu sepertimana Cina bersatu. Susah sangatkah? Saya memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.

zammir irfan said...

itu la susahnya kalau ada manusia macam dato ni..semua benda nak di politikkan..diajak bersatu pun nak dipolitikkan sedangkan itu untuk kebaikan melayu juga..

apa lah lebihnya berpeluk cium dengan DAP dari bersalam dengan UMNO..

sudah la tu dato hj mahfuz..bertaubat la..

aRMaNiZaN said...

tak payahlah di layan UMNO yang nyanyuk tu. Mereka cuba perangkap PAS untuk karam bersama-sama mereka

aRMaNiZaN said...

saudara zammir irfan, lebih baik berpeluk dengan DAP dari bersalam dengan UMNO. DAP kalau tolak Islam boleh terima sebab mereka bukan Isla dan tidak tahu akan Islam. Tapi UMNO, Islam yang tolak Islam. Lebih teruk dari DAP kalau mcm tu. Na'uzubillah

ezora said...

armanizan, untung betul jadi orang kafir ni di mata PAS. Buat apapun takpe, kata apapun takpe sebab bukan Islam, tak faham Islam. Tak aci la macam tu. Ada dua standard piawai pulak.