Penyiasat persendirian (PI) Balasubramaniam mungkin bakal difitnah sebagai agen asing sebagaimana beberapa pemimpin Umno mengfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'agen CIA'.
Saya membuat jangkaan ini ekoran kesediaan Bala mendedahkan skandal rasuah berkaitan kapal selam Scorprene kepada sekumpulan penyiasat di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefacture, 8 malam ini iaitu jam 2 petang waktu Perancis.
"Itulah permainan pemimpin Umno, mereka nak tutup rasuah yang membelit kapal tak boleh selam ini dengan tuduh beberapa individu ini sebagai agen asing.
"Saya percaya Bala ini akan difitnah seperti Datuk Seri (Anwar),"
Permainan itu semata-mata untuk mengelirukan rakyat dari melihat isu sebenar - kapal selam Scorpene bernilai EURO1.084 bilion yang dibeli dari Perancis masih menghadapi masalah teknikal hatta tak boleh menyelam.
Sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih awal membuka kertas siasatan berhubung skandal pembelian kapal selam yang dikatakan membabitkan Datuk Abdul Razak Abdullah Baginda (bekas panacea Datuk Seri Najib Razak) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibom menggunakan C4).
"Suatu yang memalukan apabila Perancis pentingkan integriti, mereka tak mahu ada dakwaan kononnya ada agen misteri dalam negara mereka amalkan rasuah.
"Suatu yang pelik, SPRM hanya bersedia serah soalan siasatan kepada peguam Bala saja,"
"Dua hari lalu, dia fitnah Anwar upah CNN, kemudiannya dia fitnah Anwar 'agen CIA' pula, isunya kalau Anwar 'Agen CIA' hari-hari dia boleh masuk CNN dengan tak perlu bayar sebab CIA bayar," ujar beliau sambil menganggap permainan media yang pro Umno tertentu itu semata-mata bertujuan membendung kebencian rakyat pada kerajaan.
"Dulu masa PKR tak ada, mereka tuduh PAS agen asing, sekarang tuduh Anwar.
Disebabkan itu, saya tidak menolak kemungkinan bahawa CNN mungkin akan menyaman kerajaan Malaysia dan beberapa media terbabit.
"Dia ingat CNN ini macam TV3, itu bukan tuduhan pada Anwar, sebenarnya tuduhan itu boleh mendorong CNN saman media arus perdana (dan) mereka yang terbabit,"
Sedangkan suatu firma misteri di Amerika Syarikat sebelum ini terbukti membayar sejumlah wang tertentu pada New York Times demi memastikan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dimahsyurkan sebagai 'First Lady' dalam akhbar tempatan Amarika Syarikat pada 16 April lepas.
3 comments:
Kesangsian awal yang perlu kita teliti ialah perkara-perkara berikut:-
1. Bala adalah sakti utama dalam kes pembunuhan warga monggolia.
2. Selepas mahkamah menjatuhkan hukuman kepada 2 orang detektif pdrm, bala telah membuat laporan polis berkaitan issue ini.
3. Tak sampai 24 jam sekali lagi bala membuat penafian (Siapa dibelakang bala yang boleh berubah kenyataan itu?).
4. Setelah kenyataan kedua dibuat, selepas itu bala telah menghilangkan diri (Siapa yang bertanggong jawab, bukankah malaysia kita ini ada pintu masuk dan dikawalketat oleh pihak berkuasa?)
5. begitu juga dengan razak baginda, setelah mahkamah membebaskannya, dia dan keluarga terus berangkat ke london dan menetap disana (Apa motif, hingga razak baginda tidak mahu menetap dimalaysia, sedangkan dia rakyat malaysia)
6. Banyak lagi rakyat malaysia ingin tahu berkaitan dengan PI bala ini dan rakyat juga tersentak, bala ini boleh jadi penyiasat bebas, apa peranannya, adakah dia juga dibekalkan senjata api.
Sememangnya bala sekarang berada diluar negeri, siapa pembiayanya?
Hakikatnya, Allah itu maha besar, maha bijaksana, maha mengetahui, maha pencipta, lambat laun terbongkar juga yang mungkar. Bagi kita dimalaysia ini, hanya rakyat yang berfikiran matang saja akan menilai pentadbiran negara sekarang.BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM KAMU DIHUMBAN KEDALAM API NERAKA, AMIN!
mr bala berada di luar negara..
duduk tempat mewah..travel sana sini..
sama seperti raja petra..
di sana..mana dia dapat duit untuk stay luar negara???
siapa biaya bala dan raja petra...?
fuckatan rakyat???
banyak juga duit fuckatan rakyat ye..
dapat duit dari mana....??
dari brader anwar barang kali..
wah..banyak nya duit dia..
dia dapat dari mana..
brader anwar baru balik dari US..mintak maaf dari org2 Yahudi..
(aku tak nak subahat...aku tak nak masuk neraka dengan memangkah fuckatan rakyat)...
dato nampaknya serba tahu isu berkaitan PI bala, kapal selam, razak baginda, altantuya dan semua konspirasi yang melanda negara seolah-olah dato sentiasa dekat dengan mereka yang terlibat...
dari kata-kat dato sepertinya semua perkara itu jelas dihadapan mata dato seperti jelasnya TV LCD 42 inci yang menjadi kegilaan ramai sekarang..
sebab pada saya dato sebagai Naib Presiden PAS iaitu parti yang bertunjangkan Islam tak boleh sewenang-wenangnya berkata sedemikian kerana jika dato sekadar dengar cakap orang dato pun tentu tahu yang dato boleh terjerumus ke lembah fitnah yang maha besar..bukan calang-calang nak cakap orang rasuah berjuta RM dan membunah atau mengebom orang..
cakap-cakap dato pasti didengar dan dipercayai oleh penyokong PAS kerana dato kan naib persiden..
jadinya kalau tuduhan dato tu tak betul saya tak dapat bayangkan betapa besarnya dosa yang dato bakal pikul..
lepas tu pulak fitnah itu akan terus berlegar-legar dikalangan penyokong PAS dan akan bertebaran ke sana sini maka bertambah la saham dosa dato..ish ish ish..nauzubillah..
Post a Comment