Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno

PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”

Saya mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

Saya ingin menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.

“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,”

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.

Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.

Ini, dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin.

Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,”

28 comments:

Panglima Perang Cyber said...

sila tarik balik kata kata anda tuduh mufti buat fitnah dan berbohong !!!

merlimau9 said...

Asalamualaikum,
1.Siapa pulak yang pasang perangkap..yang pasti saudaralah yang takut pada bayang-bayang sendiri.
2.UMNO tetap berkuasa tanpa PAS.. jangan di gusarkan.
3.PAS hanyalah parti melukut ditepi gantang...
4.Dato ada cita-cita nak jadi menteri ke?
5.Dato telah dibutakan oleh DSAI.

hilbert said...

Kandungan tulisan didalam artikel diatas tak ubah sepertikata pepatah "Bagai menepuk air didulang, air terpercik ke muka sendiri"...

Pemimpin UMNO tak pernah keluar negara bersujud depan yahudi memohon keampunan dan maaf dari kerabat israel di amerika syarikat gara-gara menyebut perkataan "pencerobohan zionis" yang mengakibatkan pihak yahudi terguris hati..

jadi kenapa pulak BN/UMNO sering dikaitkan dengan israel/yahudi ? ..tak fahamlah aku ~~~

malayjuniors said...

Salam.

Sdr sudah bersedia ke untuk dihadapkan dihadapan ALLAH. Cuba musahabah diri sdr.
Rasanya untuk ALLAH mengunci mulut sdr tu amat mudah bagiNya.
Balasan ALLAH itu jelas dan nyata.

Nasionalis1982 said...

Menyesal aku masuk blog ni.

Dr Rita Coolidge said...

dato hj mahfuz...saya ada nama baru ada..

DATO' MAMPOS!!!!

Godisuno said...

tak Faham kenapa PAS tidak mahu bersatu demi Islam dan Melayu. Tak faham kenapa Melayu tak diterima PAS sedangkan majoriti Islam di Malaysia adalah Melayu. Tak faham kenapa terlalu negatif pandangan PAS kepada UMNO. Adakah kerana berhati-hati atau penyakit-penyakit hati dalam diri. Mana lebih bahaya UMNO atau DAP? UMNO tidak menolak Islam, tetapi DAP jelas-jelas terang-terang menolak Islam. Kenapa boleh terima kerjasama dengan DAP pula??? Adakah kerana cita-cita mahu memerintah negara maka sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun? atau mungkin kerana orang-orang PAS mempunyai sikap lebih mulia dari orang lain? atau adakah PAS menganggap mereka dijamin syurga? ataupun PAS menganggap orang UMNO kafir? atau menganggap orang UMNO munafik? Bukankah ALLAH yang menentukan segalanya? kenapa tidak bekerjasama dengan sesama islam? kenapa mahu bekerjasama dengan Kafir yang jelas menentang Islam? bukankah orang PAS yang dahulu memberikan gelaran Al-Juburi kepada Anwar? Bukankah orang DAP yang mula-mula membawa usul liwat ke parlimen iaitu Karpal Sigh? Adakah kamu buta? atau kamu mementingkan hasad di hati daripada mengakui kebenaran. Saya percaya Allah akan menentukan. Bukan kamu, bukan Nik Aziz, Bukan Haji Hadi. Allah mempunyai ilmu jauh lebih tinggi dari kamu. Dalam Qurannya, Allah meminta Ummat Islam bersatu.

Unknown said...

saudara mahfuz omar,

saudara bolehlah berbuat apa saja saudara mahu dipentas dunia tapi di akhirat kelak saudara akan bertanggungjawab di hadapan Allah.

sudah banyak fitnah, adudomba, memperlekehkan perpaduan yang majoriti umat islam malaysia mahukan dan sebagainya..saudara nampak tidak ambil iktibar sejarah kejatuhan andalusia, kejatuhan kota baghdad ditanggan mongol, yang terdekat singapura..lihatlah apajadi dengan ummah di singapura apabila PAP berkuasa..sejarah pasti akan berulang pada mereka yang 'buta' akal dan fikiran..

cukup-cukuplah saudara. berapa sangat nilai dunia ini dibanding alam akhirat yang kekal abadi.

parai said...

salam dato. dato, kerana politik dato sanggup kata ts harussani berbohong? dalam politik semua orang tahu, ahli politik lah yang banyak berbohong. kalau dato kata ts harussani ejen umno, dato apa pulak? ejen dap. dato, kaji lah sejarah politik malaysia.. dan buat lah sesuatu untuk agama & bangsa.. bukan untuk poltik dunia saja. sebagai umat islam apa yang di usulkan oleh ts harussani itu banyak baik dari buruk nya.. kalau tak cuba macam mana nak tau..bertaubatlah dato.. sebelum terlambat.. buat lah sesuatu yang dapat menaikkan ummah islam di malaysia.. bukan bercakaran sam sendiri.. yang akhir nya sendiri yang rugi. Wassalam

srikandi negara said...

nanti kuarla statement, blog itu bukan saya yg punya @ blog ini hilang..

pemikiran politikus mmg mcmani, depa je yg baguih, depa yg betul.. kalu depa yg bguih, depa yg betul awat doa2 depa ni xpernah termakbul? haritu siap doa bg pemimpin zalim pecah perut.. sampai ke la ni siha ja..

muhasabah la diri tu sikit..

salam

Unknown said...

Wahai Saudara Mahfuz Binti Fulan, Marabuka... Sesungguhnya sekiranya Masuk PAS janji syurga, aku dah tengok ramai ahli PAS yang mati dan waktu di mandikan, masya Allah, aku dah nampak azabnya akan di dalam kubur. Jadi, bila mu mati, aku nak tengok mu pula seandainya aku berkesempatan. Adakah putih bersih atau hitam sehitamnya kerana sanggup menuduh seorang yang memperjuangkan islam dan mufti sebagai pembohong. Ingat janji Allah, azab didunia akan di tunjuk semasa engkau dimandi dan dikafankan.. Adakah Lim Guan Eng yang engkau samakan sebagai Khalifah Abdul Aziz akan memandikan Mu... Aku nak tengok...

Anak Lenggong said...

Kalau begini lah sikap ko..baik buang je title HAJI tu buat malu jee..Ini kah islam yang ko perjuangkan..menghina ,,menabur fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain..apa bezanya islam PAS dengan islam UMNO..adakah cara sembahyang ..sebutan kalimah serta amalannya berbeza..kalau betul lah nik ajis tu memperjuangkan islam ..sudah tentu lah kelantan yang diperintahnya selama lebih 20 tahun tiada masalah sosial dan mengamalkan islamik country..takde juga..sama jee ..so dimanakah kelebihan islam puak PAS ni ..apa yang dilakukan cuma copy paste dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat...tetapi apa yang terbukti Parti ko ni mengamalkan pengasingan dengan perbuatan memfitnah..memaki hamun dan menjatuhkan maruah orang..ini lah perjuangan parti PAS yang sebenar. susah sangat ke nak satu kan orang melayu...apa yang dilihat puak bawahan boleh bersatu tetapi yang menjadi majal nya pemimpin melayu yang sama seperti ko yang menggunakan islam untuk kepentingan diri sendiri dan tamakkan kuasa..

Sudah2 lah kalau nak mempromasi diri bukan ini caranya..buat lah dengan cara terbaik dan membela nasib kaum pengundi diPOKOK SENA tu..ko pandai menuduh orang tetapi keluarga sendiri ko tak terurus..kalau pandai sangat ..lihat lah apa yang jadi dengan anak jantan ko..

Aku selalu lihat ko kat parlimen ..bukan hujah untuk memajukan negara yang ko jalankan tetapi ko cuma tau buat bising sama seperti si Gopala padang serai tu..cuma tau menjerit tanpa sebarang tujuan..pada aku ko dan gopala tu lebih terok daripada monyet kat hutan (nak bezakan dengan monyet kat dalam zoo tak boleh sebab binatang tu lagi elok perangainya).

Kalau nak kuasa tu membodek biar lah berpada-pada jangan lah sampai nak menjilat pungkuq nuar pulak..puuoooyoooo..baik punya ko jilat..

Maaf sebab aku menulis dengan membahasakan diri aku ngan ko sahaja sebab pada aku dengan perangai ko sebegini ko tak layak dipanggil YB ataupun pak haji..ko layak dipanggil anjing upahan dan barua jee..sebab ko menggunakan kata2 makian dan fitnah serta menjatuhkan maruah orang lain demi untuk ko berkuasa dan memenuhkan kocek ko sendiri jee

Ezad said...

salam dato,

salah ke kalau kita bersatu?
masuk neraka ke kalau pas bersatu dengan UMNO?
hina sangatkah UMNO, mulia sangat kah pas?

islam sangatkah pas itu?

kalau dato seorang yang tinggi sangat agamanya, buktikan dengan dalil quran yang UMNO itu sesat..
buktikan juga dalil quran yang mengatakan ahli pas masuk syurga..

kalau dulu tak boleh bekerjasama dengan orang kafir, kenapa sekarang boleh..

buktikan dengan dalil quran yang DAP itu kafir yang boleh bekerjasama dengan umat islam

kalau tidak, tak salahkan kalau saya kata, dato ni munafik?

Unknown said...

Saya sangat terkejut membaca artikel ini.

ezora said...

Dato',
Inilah salah satu sebab mengapa kita umat Islam perlu mempunyai sikap syak wasangka terhadap DAP. http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.801
Terima kasih

joe-kedah said...

Salam buat dato dan semua sahabat.Nampaknya semua komen yang saya baca, menampakan kematangan dalam berpolitik sangat lemah, terlalu emosional.Tatasusila Bahasa menunjukan bangsa perlu kita kupas dan halusi sedalam-dalamnya.Sepatutnya isi kata yang dato paparkan ini kita renung sejenak, apakah yang diperkatakan itu benar atau fitnah semata-mata. Tuduh menuduh bukan prinsip kita menegakan bangsa. fitnah memfitnah sesama saudara seagama bukan prinsip dalam islam. Saya melihat, ini cuma sekadar pandangan seorang rakyat marhain, jika hendak menjadi orang tengah untuk perpaduan pas dan umno bukan mufti, tetapi lebelnya yang memerintah, bukan saya yang menurut perintah, maksudnya ialah duli-duli yang maha mulia tuanku sultan wajar jadi orang tengah. Kita perlu beringat, sebelum nasi menjadi bubur. sekian, terima kasih.

faziz ar said...

saya menyokong penuh penerangan yang diberikan oleh YB Dato'...Jika UMNO hancur maka Pas pasti akan mengambil alih...UMNO penuh skandal yang belum dijelaskan...Altantuya..sebab apa dibunuh dan hilang dalam rekod imegresen...sebab apa? APCO apa jawabannya...PKFZ apa sudahnya...Isu Kapal selam bagaimana...Harga hidup kian meningkat...projek mega yang terpaksa ditanggung sebagai biawak hidup oleh rakyat...menara kembar, proton, empangan bakun dll..untuk kroni sapu, rugi rakyat tanggung...tiba masanya rakyat tumbangkan regim ganas ini...asyik rasuah untuk dapat kuasa...negara bankrap tidak diurus dengan baik...masa untuk berubah..dan bri Pakatan peluang..why not...apa yang nak ditakutkan...yang taku adalah pemimpn yang korup...ayuh dato' jangan masuk perangkap mereka...sejarahnya ada...ketika mereka lemas..kalau mereka kuat maka mereka akan gasak dan sapu semua yang ada...

ishak ali said...

Tahniah Dato ats kenyataan yg cukup mantap n bermakna..ahli Pas dah masak dengan drama hindustan UMNOAPCO selama ini..bile UMNOAPCO tersepit,PAslah yg jd bhn permainan diorang.sy teliti komen2 y ader dlm artikel dato ni,mreka yg benci n hentam dato ni mcm pencacai UMNOAPCO jugak,jd Dato jgn layan mereka..teruskan berjuang DAto hinga UMNOAPCO tumbang..

ishak ali said...

sy stuju jugak dgn kenyataan Dato,UMNO ni mcm org yg sakit mati pucuk,lemah tenaga batin..kater kuat,tp tiap mlm pi berurut,mkn ubt kuat..UMNO ni mcmtulah,kater kuat,kukuh n xperlukan sokongan org lain tp akhirnya mintak talian hayat dgn PAS,ajak PAS bekerjasama..xpyhlah UMNOAPCO,blh jln..

Nazri said...

Dato' ni mmg umat akhir zaman, mmg x reti nk hormat ulama langsung...Mufti perak tu ulamak, kalau mufti Perak sokong Anwar supaya x perlu bersumpah atas kes liwat, puak2 PAS ni sokong gila, bila mufti tegur PAS, maki dia...mmg Puak Pas bodoh sombong....

AK said...

Assalammualaikum,

UMNO ni dah jadi barang antik, macam Radio Klasik Nasional. Memang dia ada peminat setianya, orang lama yang masih nak bernostalgia pasal kehebatan zaman Hang Tuah dengan keris Taming Sari nya. Peminatnya sekitar 5 % sahaja.Biarkan lah mereka dengan labu-labunya. Trik lama dan usang dah TAK boleh pakai lagi. Orang muda la ni kata SYIOK SENDIRI.

Pas dan PR kena jalan terus.Biarlah UMNO dengan mimpi syiok sendiri mereka. La ni zaman IT, BUKAN SEMUA ORANG BOLEH DILEMBUKAN.

AK said...

Sepatutnya dalam era globalisasi ini minda rakyat Malaysia terbuka luas. Sejarah dunia pun telah memaparkan bahawa kuasa sesabuah Kerajaan tidak akan kekal lama. Ini adalah hukum ALAM. Firaun,Khmer Rouge,Hitler,Golkar, Parti Komunis USSR dan banyak lagi semuanya telah jatuh dan digantikan dengan KERAJAAN LAIN. Kalau kita kata UMNO-BN TIDAK BOLEH JATUH DALAM PRU KE 13, kita telah mendahului ketetapan Allah SWT. Terimalah hakikat bahawa puak-puak yang masih menyokong UMNO-BN adalah kerana kepentingan duaniawi, bukan ikhlas nak jaga orang Islam. Orang yang ikhlas akan tetap menerima ketetapan Allah SWT.

helmilim said...

Salam Dato; Mahfuz, Saya Helmi dari kampung Chepoh Alor Setar,pengundi bagi Parlimen Pokok Sena dan Dun Derga no.2549..saya pernah katakan bahawa saya dan sanak saudara saya pernah mengundi Dato' pada pilihanraya yang lepas...Atas dasar Undi Protes...Akibat dari ketakburan Dato' kita pakat tunggu je la apa nak jadi lepaih ni yakni PRU 13 nanti...Ingat Datuk Abdul Rahman pernah dihukum oleh pengundi..jangan duk pikiaq orang tak buleh hukum kita pulak...kita pakat tunggu dan lihat ja la...8-9 undi tu...tak banyak tapi rugi tu...

nome said...

Assalamualimum YB..

Judging from comments posted here, I think your message is backfiring. Most people find it disgusting. Message like yours are making the Malays turning their back on PAS. You are making it easier for UMNO to win support of the people, you are doing the job for UMNO and not helping PAS a bit.

Think about it YB before you loose Pokok Sena. If PAS wishes to win the support of the Malays, please change the game plan. The people now are more informed and educated.

Unknown said...

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

"Langkah mayat saya dulu" kata karpol..

Ha,tak melalak la pulak kalau Karpol cakap macam tu.

Nak algi terer,siap cakap dalam perlembagaan PAS takda sebut nak buat negara islam.

hahaha....

Badut la hangpa semua PR ni.

Merepek!

Nazri said...

ISLAM itu Agama,
Pas itu parti politik,
Tolak Pas bukannya bermaksud tolak agama.
Kalau kata tolak Pas sama macam tolak Islam, ermmm sesat laa kut...

Unknown said...

mahfuz oh mahfuz!
kalau hg x nampak lg la
aku x tahu nk kata apa

aku x nampak apa masalahnya kalau PAS & UMNO bersatu
yg pasti umat Islam di Msia akan bertambah lg kuat
yg PAS nk sgt beromen dgn DAP tu apasal?
nik ajis pun dh x betul
fartwa2 dia semuanya menghalalkan tindakan PAS walaupun terang2an salah

org2 kt bawah ni sebenarnya dh fedup dgn pemimpin2 atas ni
org2 bawah ni elok je boleh bersatu
yg jadi perpecahan ni org2 atas

lg satu mahpoz
hg tu ilmu agama sebesar kuman
belajar pun srp
nk lawan ilmu ts harussani
kt mana kredibiliti hg???
mulut hg mmg mulut taik ayam
berak berterabur

kot hg terasa
aku betui2 mintak maap
tp aku mmg betul2 panas
bila hg kutuk harussani
apa kredibiliti hg kutuk dia?
hg senyap lg bagus dr bercakap
kurang sikit nampak x bijak tu...

Unknown said...

MAHFUZ BEAN