Thursday, July 29, 2010

Kempen anti saman ekor. (KASE)

Lujnah Pengguna PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 28 julai 2010 telah bersetuju mambentuk satu jawatan kuasa bertindak bagi menanggani masaalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam olih JPJ yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan olih pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.

Jawatan kuasa bertindak kempen anti saman ekor (KASE)dipengurusikan olih saya sendiri selaku Naib Presiden yang juga pengurusi lujnah pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat akan bermesyuarat pada 2 Ogos diibu pejabat PAS jln Raja Laut jam 11 pagi untuk merumus tindakkan yang akan diambil keatas kerajaan BN bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.satu sidang media akan diadakan pada 2 ogos jam 12.30 tgh hari diIbu pejabat PAS pusat jalan Raja Laut. Semua pihak media dan bloger dijemput hazir.

3 comments:

ts farid al hussain said...

Salam, terima kasih dato kerana nk menganjurkan KASE. Saya antara yang terniaya. tidak pernah, dpt saman. chek2 jer ada 12 saman yang perlu dibayar, antaranya 8 saman ekor. Dato bayangkan lah nk bayar saman nak amik duit kt mana? Berpuluh2 surat saya telah tulis ke utusan, berita harian mahupun ke PDRM, namun tiada jawapan. Teruskan usaha murni dato, Insya-allah jutaan rakyat yang teraniaya akan bersama-sama dato! insya-allah!

kamaruzzaman said...

nak jawapan cepat bawak je ke tribunal pengguna confirm terjawab

Mlatkovic said...

salam dato',

rakyat konon nya diberi peluang sehingga Februari 2011 bagi menjelaskan saman ekor.
Tapi sebenarnya, kalau yg ada saman ekor sekarang memang la boleh renew roadtax, tapi utk 6 bulan shj.
Adik saya baru2 nie baru je renew roadtax, pastu JPJ ckp boleh renew 6 bulan je. kalau nak renew 1 tahun kena jelaskan semua saman2 ekor tu..