Langkah menaikkan harga lima hingga enam barang keperluan asasi yang lain bukanlah langkah mengurangkan subsidi.
Sebaliknya, langkah tersebut menurut beliau, patut dilihat sebagai tindakan kerajaan menaikkan harga barang serta membebankan rakyat.
"Jangan terkeliru dengan pembohongan Najib kononnya kerajaan kurang subsidi, sebenarnya kerajaan naikkan harga barang-barang ini.
"Naik harga maknanya naik kos sara hidup, naik kos sara hidup maknanya membebankan rakyat,"Najib menghina rakyat dan institusi rakyat, iaitu Parlimen kerana Najib membuat pengumuman sejurus selesai sesi parlimen, petang semalam.
"Elok-elok selesai sesi Dewan Rakyat, baru dia (Najib) buat pengumuman tanpa membawa isu kenaikan ini dalam dewan.
"Dia hina rakyat, dia hina wakil-wakil rakyat, dia hina Parlimen, dia bohong kita semua kononnya dia sudah mendapat maklum balas positif tentang kenaikan ini,"Alasan Najib kononnya kerajaan berjaya menjimatkan RM750 juta tahun ini dengan kenaikan beberapa bahan keperluan itu.
"Kalau RM750 juta itu satu langkah penjimatan, kenapa rakyat ditimpa rugi dari impak kenaikan harga barang-barang ini.
"Najib suruh rakyat berjimat cermat, sedangkan kerajaan sendiri masih laksanakan tender langsung, melalui Perimekar dapat komisyen RM570 juta beli Scorpene,"
6 comments:
tak kan 5 sen rakyat malaysia tak mampu...???? 5 sen saja la..
Saya lagi faham akan rasionalnya disebalik subsidi yang dikurangkan(bukan ditarik balik) yang menyebabkan harga barangan keperluan tertentu mengalami kenaikan harga.
Takkanlah YB Datuk Mahfuz tidak faham atau memang sengaja tak mahu faham.
Apabila kerajaan berusaha dan berjaya mengurangkan subsidi untuk barangan yang tertentu maka sudah tentu dengan sendirinya kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan dan wang yang datang dari pengurangan subsidi itu akan dapat digunakan untuk keperluan lain atau juga untuk golongan yang sebelum ini jumlah mereka agak besar tidak pernah menikmati subsidi yang pada asalnya memang untuk mereka tetapi golongan kaya pulak yang mendapatnya.
Itu serba sedikitnya...
Baru berapa hari pm najib umum kenaikan harga barang, hari ini isteri najib yang dipanggil wanita pertama paling comee dimalaysia dah cadang kat kerajaan wujud bangunan yayasan untuk wanita disetiap negeri.mana perginya suara menteri pembangunan wanita yang lebih berautoriti?
sebenarnya hal subsidi ni ramai yang tahu rasionalnya kenapa perlu dikurangkan..tapi mcm biasa la peluang nak godam kerajaan ada maka mereka buat la..
dato pun tahukan apa pentingkan subsidi dikurangkan tapi dato nak juga spin sampai rakyat benci dengan kerajaan..
tak baik tau dato..cubalah bertanggungjawab sikit kepada negara..jangan nak dok merosak pemikiran rakyat je kojenya..
berdosa tau dato..orang berdosa kalau saya yang tak berapa tahu hukum ni yang saya tahu neraka tempatnya dato..
kalau dah bergelumang dengan partisan
bijak macamanapun..nak menipu rakyat
biasa...agak-agaklah...nampak kebodohan dato punya post ni...
kerana apa?...lihat jer lah dalam ruang lingkup dato sendiri negeri
PR perintah..polisi baguskah?
jangan double standardlah dato!!
mana pergi janji2 manis PAS nak hapuskan TOL nak kurang kan cuka?
cukai2 kat Kedah semua dah naik apa citer?
Post a Comment