Kenyataan itu hanyalah agenda politik Umno untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
"Kenyataan ini merupakan agenda politik menakut-nakutkan masyarakat Melayu seolah-olah meletakkan kaum Cina ini sebagai ancaman terhadap kelangsungan kuasa politik orang-orang Melayu,"
Angka yang dinyatakan itu tidak tepat dan dikeluarkan kerana menyedari sokongan rakyat terhadap parti itu semakin berkurangan. "Angka pun tidak tepat. Ini agenda politik perkauman untuk menarik orang-orang Melayu kembali menyokong mereka sebab mereka sedar semua kaum sedang menolak mereka,"
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar disalahkan kerana gagal menjalankan kempen bagi menggerakkan daftar pemilih di kalangan semua kaum. "Dari segi SPR harus menyalahkan diri mereka sendiri bahawa masalah kekurangan dalam daftar pemilih ini ialah lemahnya gerak kerja SPR dalam menggerakkan kempen kesedaran untuk masyarakat Malaysia membuat pendaftaran pemilih termasuk pengundi Melayu,"
SPR wajar dilabelkan sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, bukan lagi Suruhanjaya Pilihan Raya.
Saya ingin menggesa kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik bagi remaja yang berumur 21 tahun bagi mengatasi masalah pengundi tidak berdaftar.
"Sepatutnya kerajaan termasuk Umno sudah boleh membuat pindaan sama ada kepada perlembagaan atau kepada apa-apa perundangan berkaitan pilihan raya iaitu untuk mengadakan pendaftaran automatik bagi remaja berumur 21 tahun,"
1 comment:
YB, usahlah dikisahkan samada betul atau tidak nisbah yang dikeluarkan..bagi pendapat saya gerakkan banyak usaha untukmenarik lebih ramai bumiputera daftar mengundi kerana kekuatan bangsa Melayu hanya ada didalam politik sahaja..jika bergaduh bangsa lain yang akan lebih untung..
Post a Comment