Wednesday, July 28, 2010

FDI merudum angkara pentadbiran anak beranak

Penjelasan Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Datuk Seri Nazir Tun Razak mengenai merudum pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini mengingatkan rakyat kepada pentadbiran nepotisme.

"Kenyataan jurucakap baru kabinet (Datuk Seri) Najib, iaitu adiknya sendiri, mengingatkan rakyat Malaysia kepada budaya pentadbiran nepotisme yang dipelopori di zaman Tun Dr Mahathir atau pentadbiran 'anak beranak' yang dipraktikkan oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi). "Mungkinkah Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ini wajar dipanggil 'pentadbiran adik beradik' pula?"

"Mereka adalah ibarat burung unta yang menyembunyikan kepala masing-masing dalam tanah. Tunggu masa sahaja sebelum mereka ditendang keluar oleh rakyat,"

Memandangkan tidak ada komen atau apa-apa kenyataan langsung daripada anggota-anggota kabinet Najib atau beliau sendiri berkenaan kejatuhan pelaburan langsung asing sehingga 81 peratus itu, sekurang-kurangnya kenyataan Nazir itu menunjukkan, maka kerajaan Najib mengakui benarnya kejatuhan itu.

"Jelaslah ia ia bukan rekaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau sebab-sebab yang tidak munasabah lain yang diberi,"

Saya mengucapkan tahniah kepada Nazir kerana perlantikannya sebagai jurucakap kerajaan abangnya.

10 comments:

Nasionalis1982 said...

Setelah memalukan diri sendiri kerana gagal membelasah DS Najib, engkau pegi tala Nazir pulak? kah kah kah...terbaik punya lawak.

Unknown said...

Amenda la merepek ni pak cik mahfuz oii..

kalau nak kira anak beranak..tu ha..khalifah kesayangan hangpa tu semua tu..

gong eng,kit sial pastu menantu dia lagi.

Oh..ada lagi.keropok singh dengan gobing sing diooooo...

oh..paling hebat sekali..sapa lagi..nuar beghahim,kak jijah dengan anaknya sekali.

Oh lupa,nuar tak apa,dia mana daftar masuk parti pun.melilau kat luar ja.

hahaha..

cakap berterabur.

Tu tak masuk adik beradik ustaz azizan kat kedah lagi tu...

Tolong lah...tolong telus.Geng sendiri senyap.Kena kat BN..riuh!

joe-kedah said...

Yb Dato, Saya lihat dalam blog dato ni banyak komen dari puak-puak umno.Saya lihat dari segi bahasa, sudah dapat kesan yang tulis komen tu orang dari puak umno. Apa pun kita sanjung tinggi kepada mereka yang sanggup berbincang. Realitinya hari ini, banyak dikalangan ahli-ahli politik tidak kira sebelah mana pun, ujud family. Silapnya bukan dari mereka, silapnya adalah dari kita sendiri sebagai pengundi. kalau dah tahu dia guna family, buat apa disokong lagi.Bukan salah ibu yang mengandong tetapi salah diri kita sendiri. maaf dato kut kut kena batang hidong sendiri.

helmilim said...

Salam Dato'...apa yang Dato' sakit hati pulak dengan Nazir Razak tu..dia pakar ekonomi./.bukan lagu Dato' duk melalut tak tentu pasai..baru tau pasai term 'FDI' ke...Saya peringatkan sekali lagi..saya adalah pengundi Dato' Pokok Sena...Kampung saya Kg Chepoh...Ada Dato' pernah mai ka...saya nagaji kat CBS..Curtin Business School...so tak payah la duk sembang pasai ekonomi kalau kita bukan ahlinya...Dan kalau Dato' duk cerita pasai kerajaan adik beradik Apa cerita Ustaz Azizan punya menantu saudara Yusrin Zakri Adnan tu...Ajk Dewan Pemuda Lagi...Jadi Punaisihat kat (SLC)...State Laise Company...Dia jadi lagu mana ye Dato' ? OOOO saya lupa Kalau Pas buat semua betui...Tapi kalau Umno buat semua haram...ingat Dato...bukak Youtube tengok dan lihat sendiri apa nik aziz habaq pasai Demonstrasi...Dia habaq Solat 5 waktu sama dengan kita berdemonstrasi..solat Jumaat sama dengan kita berdemonstrasi...So pakat keluaq la dari Pas ni...yang baik datangnya dari ALLAH yang buruk, hina dan keji datangnya dari saya sendiri..(helmi kg Chepoh)

helmilim said...

Salam Dato' saya harap Dato boleh tengok sendiri ucapan penuh Nik Aziz mengenai Demonstrasi di link ini :


http://www.youtube.com/watch?v=MfRlBMSFeU4

nome said...

YB Dato'

Sekali lagi..apa yang Dato tuliskan adalah seperti meludah kelangit. Nepostima berleluasa dalam UMNO..dan juga dalam PAS, PKR dll. So..jangan sebut pasal tu kalau dato nak dilihat sebagai ahli politik yang berwibawa.
Don't dig your own grave.

AK said...

Saya dok tengok yang beri komen tak menyentuh pasal topik utama yang dilontarkan oleh YB Pokok Sena. Mungkin tak faham kot apa itu FDI, apa kesannya pada rakyat, pada pencari-pencari kerja, pada peniaga, usahawan dan lain-lain lagi. Cuba kita baca blog-blog orang Cina yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Nampak sekali pandangan-pandangan kita masih di takok lama. Mereka maju kerana mereka berfikiran terbuka dan jauh ke hadapan.

Nazri said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

@ helmilim... apa hang nak mahfuz pegi rumah hang buat program masakan macam chef wan buat tu ka setiap hari?

mengaji jer luar negeri, tapi otak bodoh macam tempurung kelapa jer..

UMNO? kalau ajak berbincang, dia punya akai sama dengan kepala lutut jer mahfuz ooi.. bodoh tak boleh nak ditolong...

helmilim said...

(cymraeg)...kita tunggu pilihanraya umum la...jangan waktu tu baru dia nak singgah rumah tegur atau paling koman tukar bumbung zink rumah buruk saya..kalau ang rasa saya bodoh pun apa yang buleh saya buat...cuma terjemahannya akan direalisasikan pada pilihanraya akan datang la...cuma saya ingin ingatkan penyokong pakatan kesamarataan jangan riak sangat...