“Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini,”
Kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang beliau andaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara.
“Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah,”
“Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei.”
Sehubungan itu, andaian ini adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara.
Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.
Beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Ekoran itu, saya mencabar Najib menyangkal andaian ini dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat.
“Najib boleh sangkal dakwaan saya ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal saya dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini,”
4 comments:
Beranikah Najib? Sama sama kita tunggu.
Salam Dato',
Mohon buat semakan sama ada benar atau tidak. Sistem komputer Ascot Sports Sdn Bhd hanya akan sedia pada September ini, adakah ini mungkin menjadi sebab kenapa ianya ditangguhkan sebelum ini.
Salam Dato'
Saya tidak akan lupa taktik Dato' mengaitkan 1Malaysia dgn APCO...dan orang Yahudi.
Saya tidak akan lupa Bro Anwar juga mengaitkan 1Malaysia dgn APCO..dan Yahudi..
Tahukah Dato'..sekarang Bro Anwar sedang meminta maaf dari pihak Yahudi..
Mohon Dato' mengulas isu ini ..ulaslah di blog Dato' dan bisinglah di parlimen seperti isu-isu lain..
JIka Dato' tidak ulas...saya rasa Dato' adalah pemimpin munafik..pemimpin putar belit..dan pemimpin perosak bangsa dan negara..
saya tunggu Dato'!
mana dia Dato" ..
saya sedang tunggu..
adakah Dato' seorang bapuk..atau pondan atau seorang mak nyah seperti saya...?
...walaupun saya seorang pondan...saya tidak sama sekali menjual maruah bangsa, agama dan negara semata-mata politik dunia..
ingatlah dato'..
hidup hanya sementara..
Post a Comment