Wednesday, October 6, 2010

Umno,Ku Li dan Kukoq Nyoq!

Umno menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah tak ubah seperti kukur kelapa yang dipergunakan bila perlu dan diperosok di ceruk bila tidak perlu.

Buruk sungguh cara para pemimpin Umno melayan pemimpin veteran mereka yang selama ini mereka sanjung-sanjung jasa dan sumbangannya kepada parti itu, orang-orang Melayu dan negara.

"Orang-orang Umno memperlakukan Tengku Razaleigh seperti kukoq nyoq. Nak pakai, ditunggangi, kalau mereka terluka ketika mengukur kelapa, kukur dimaki dan setelah habis dipergunakan, basuh pun tidak terus di persosok di ceruk-ceruk dapur,"

Saya yakin, rakyat tentulah menerima layanan yang jauh lebih buruk lagi dari Umno kalau pemimpin veteran mereka pun dilayan seburuk itu.

"Apa yang mesti disedari oleh rakyat terutama para pengundi di Galas ialah keghairahan melampau-lampau Umno untuk menghina Tengku Razaleigh.

"Para pemimpin Umno kini seolah-olah berlumba-lumba untuk menghina bekas Menteri Kewangan itu,"

Jika hari ini para pemimpin Umno berebut-rebut menghina bekas Naib Presiden parti mereka, suatu hari nanti mereka akan berebut-rebut menghina rakyat pula.

"Hari ini mereka membalas dendam terhadap Tengku Razaleigh apabila cuba memaksa beliau bertanding di Galas tanpa mempedulikan kedudukan bekas Naib Presiden Umno itu, selepas ini para pemimpin Umno akan membalas dendam kepada rakyat,"

Para pemimpin Umno berdendam kepada Tengku Razaleigh kerana tidak mahu menjadi pak turut mereka termasuk dalam isu royalti minyak kepada negeri-negeri termasuk Kelantan

"Sama seperti mereka berdendam kepada Tengku Razaleigh, Umno juga berdendam kepada rakyat kerana memalukan parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang dikepalainya dalam pilihan raya umum 2008 lalu,"

Saya juga yakin tidak mudah bagi para pemimpin Umno menganiaya Tengku Razaleigh yang sudah begitu matang dan mahir dengan sepak terajang mereka.

2 comments:

lonkikinoi said...

tengku razaleigh tak fikir begitu.dia fikir tanggung jawab. apa yang kau fikir tengku hendak lagi. dia sedar dia dah senior bukan nak menongkah langit. kalau dia di perlukan dia akan lakukan demi parti dan tanggung jawab di kawasannya. jangan nak samakan dengan PAS yang sanggup menongkah sampai mati. ini dunia bukan untuk nak mahsyur, tapi semua nak mati dan akan di pertanggungjawabkan.kalau setakat berceramah, jangan ingat tak akan di pertanggung jawabkan. sama macam PAS dulu musuh DAP, sekarang ni dah berpelukan.juga akan di pertanggungjawabkan. yang penting buat sesuatu yang baik,bukan setakat cakap2 rhetorik yang tak guna akal yang sempurna.

Esperalzi said...

Alahh..setakat UMNO guna Ku Li sbg kukoq nyioq no hal lah. Sekurang2nya pakai kukoq dapat jugak nyoq. Lagi pun dia org UMNO, dia pula dari Gua Musang, Galas pula di Gua Musang, jd logik lah UMNO guna khidmat Ku LI. Yg perut hangpa org PAS ni busuk sangat UMNO guna Ku Li ni apa pasai? Takut kalah ker?

Hangpa PAS lagi teruk, guna Islam utk kabui mata rakyat. Hangpa putaqbelit Islam habis2an utk dapatkan undi Cina dan India..

Hangpa perkenalkan banyak budaya pelik2 yg tak pernah orang Melayu amalkan, semua ni kerana nak menang undi kafir. Kalimah Allah boleh share dgn Kristian lah, pompuan Cina boleh masuk masjid tak payah tutup aurad lah, boleh doa utk Lim Guan Eng kat solat Jumaat lah, ahli politik DAP yg kafir boleh baca Quran kat ceramah PAS lah konon dia nak dekati Islam lah..dan macam2 lagi..

Bila kita teqoq PAS ttg budaya2 pelik ni, hangpa nanti kata ada "nas" dan "dalil2" Quran dan dan hangpa peleceh org2 yg komplen. Dulu kalau UMNO lah yg buat macam tu, berbuih mulut hangpa kapiaqkan UMNO..

Ni, kalau hangpa nak menang lagi undi Cina dan India, hangpa guna lagi Islam cara pelik2, aku gerenti org2 kapiaq akan undi hangpa. Tp kami org2 Islam akan tolak PAS di PRU13 nanti, termasuk di Pokok Sena!