Wednesday, October 6, 2010

Gagal faham Islam, punca Islamphobia Najib gagal

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamphobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham Islam yang salah serta mengundang Melayuphobia.

"Ajaran Islam yang sebenar (ialah) ikut cara Rasulullah s.a.w sebenarnya mampu tangani Islamphobia, bukannya faham salah yang Umno (dan) Perkasa bawa (iaitu) galak api perkauman serta guna agama untuk takutkan orang bukan Islam."

"Kalau lihat fahaman ekstrem mereka ini (Umno dan Perkasa), Najib bukan saja susah nak tangani Islamphobia, (malah) Melayuphobia pun belum tentu lagi (boleh ditangani),"

Melayuphobia, adalah faham pelampau yang mengajak rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu supaya takut mempersoal sesuatu yang dianggap menggugat kepentingan politik Umno dalam negara.

Islamphobia dalam konteks Malaysia, menurutnya seperti politik perkauman dan manipulasi agama (Islam) sehingga orang bukan Islam percaya bahawa Islam adalah agama eksklusif untuk orang-orang Melayu sahaja.

Akibat dari salah fahaman tersebut, menurut beliau mengakibatkan lahirnya aksi ekstrem seperti mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam, Ogos tahun lalu.

Fahaman yang salah itu, mengakibatkan orang bukan Islam jauh dari Islam serta takut untuk menyebut kalimah 'Allah', walhal tidak ada nas yang sahih lagi jelas yang mengharamkan orang bukan Islam dari menyebut kalimah suci itu.

Fahaman yang salah itu, turut mengakibatkan beberapa kes vandalisme yang mencemarkan beberapa surau serta rumah ibadat penganut bukan Islam.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w mengajar umat Islam erti keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan.

"Islam yang Rasullah ajar adalah keadilan, kedamaian, kejujuran dan saling berkasih sayang sesama umat Islam (dan) saling menghormati dengan yang bukan Islam, bukan arak kepala lembu, bakar sana dan bakar sini,"

Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w turut tidak mengajar penganutnya supaya menjadi pelampau agama serta taasub pada api perkauman satu-satu kaum.

"Islam yang Rasulullah ajar adalah manusia semuanya bersaudara dan dituntut saling mengenali antara satu-satu bangsa."

"Bukan tindas rakyat tak kiralah Melayu, Cina atau India disebabkan mereka ini tidak sokong faham pelampau parti atau pertubuhan tertentu,"

muafakat politik dalam antara PAS, DAP dan PKR melalui wadah Pakatan Rakyat sebenarnya memecahkan belenggu Islamphobia.

"Siapa boleh percaya bahawa PAS hari ini turut disertai oleh masyarakat India, Cina, Kadasan, Iban, Murut yang dalam pengetahuan saya mereka ini kebanyakannya bukan (beragama) Islam."

"Siapa boleh jangka bahawa seorang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) hari ini boleh beri jaminan keamanan dan hak menyebarkan (agama) Islam kepada rakyat PulaU Pinang, jauh lebih baik dari diperintah oleh pemimpin-pemimpin Umno."

"Siapa boleh percaya bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan) serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) turut menyampaikan tazkirah di semua rumah ibadat, yang dalam masa yang sama pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam diajak kenal tentang keadilan Islam di surau dan masjid-masjid,"

Saya yakin bahawa inisaitif Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sekadar suatu sandiwara politik.

"Yang saya nampak, ada rakyat ditangkap tanpa bicara, Najib ikut telunjuk Apco, dilihat pro Amerika dan Yahudi."

"Janji tangani Islamphobia seperti satu sandiwara adalah,"

Bernama hari ini melaporkan Najib mengajak dunia, khususnya Eropah supaya tidak menganggap Islam sebagai suatu ancaman atau suatu masalah.

Difahamkan, usaha itu sebagai tanggungjawab bersama dalam membantu Amerika Syarikat menangani keganasan global sebagaimana yang pernah berlaku di dunia umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thai sebelum ini.

27 comments:

Arif Omar said...

kau cakap apa ni dato . merapu aje. apa kejayaan yang PAS buat untuk atasi islamphobia setakat ini? Kosong. Hanya cakap bab konsep aje bolehlah. Hudud pun kemetot. Hudud pas pun meniru bulat-bulat kanun kesiksaan, kanun acara jenayah dan akta keterangan undang-undang yang dato kata kafir tu. itupun tergesa-gesa buat bila dicabar oleh tun. 50 tahun dah bercakap bab hudud. Dah kena cabar baru terkial-kial nak gubal hudud pas. akhirnya ciplak undang2 yang dikatakan kafir jugak. sudahlah dato. Cakap aje berdegar.

hilbert said...

Saya nak komen dua tiga kerat saja Datuk Mahfuz tetapi lebih baik tanya soalan saja..

kalau benar UMNO dan PERKASA menjadi punca Islamfobia di negara ini jadi PAS pula mana kejayaannya...kenapa Karpal Singh, Lim Kit Siang dan sekutu mereka dalam DAP masih fobia terhadap Islam cara PAS seperti hudud ?

kenapa Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham masih blm masuk Islam sampai sekarang...

mohamad said...

Lato', lu lulus apa mau cakap pasal Islamphobia. Kalau tak tau buat cara tak tau. Kalau pas memerintahpun jalan yang sama dengan apa yang BN buat juga akan diambil oleh pas. buktinya bila jolok sikit pasal hudud, dan dan kata nak bincang. Hai.. lama lagi ka nak bincang? Poooooorah....auta kalu memang pandai...

......... said...

:)

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Mahfuz,

Kalau bercakap pasal Islamphobia di Malaysia ini bukanlah disebabkan pihak lain melainkan politik ala Islam PAS.

UMNO dan BN dituduh menolak hukum Islam tetapi dalam PR (tak berdaftar) king Karpal Singh begitu takut dengan hudud. Bukankah ini adalah Islamphobia?

Apabila tiba saat konvensyen PR (tak berdaftar), beria-ia benar bahawa DAP dan PKR diharap dapat menerima dasar Islam PAS.

Malangnya sekarang ini PAS lupa pula pasal hudud, negara Islam dan lain2 sebab sibuk ikut punggung Anwar hendak pergi ke Putrajaya pada tanggal 16 September 2008.

Itupun bukan ikut depan tetapi ikut pintu belakang.

Sekian.

Wanredone said...

YANG BODOH (YB) HAJI MAMPUS (MAHFUZ) ANAK OMAR..... memang BODOH dan BAHLUL, macam Mr BEAN aka Mr Kacang sebab itulah dia ni suka merapu tak tentu pasal..... macam tuannya nik najis.

ZamVemma said...

YB,

Tlg tgk sat apa cerita dengan isu ayaq kat Kedah ni???Toksah duk bagi byk sangat peluru UMNO nak tembak..saya pun x setuju ayaq naik..apa cerita?
http://tunhisyamuddin.blogspot.com/2010/10/pas-kedah-diambang-perpecahan.html

lonkikinoi said...

kau tak tengok dunia lebih jauh, cakap macam katak bawah tempurung. kau tak baca quran ke? yahdi dan nasrani tak akan berhenti-henti memusuhi orang islam.jangan percayakan sangat guan eng tu? berapa banyak melayu di halau keluar dri pulau atas dasar kemodenan. kau fikir mereka baik, tapi mereka tak fikir yang PAS tu baik seperti mereka.what you are taking is only risk based on assumptions. kalau silap, bukan saja bumi tergadai, malah anak bangsa akan melarat.kenapa lge kiblat kat kuan yew, tak baca ke?tak kaji ke? sejahat-jahat UMNO, tak semesti DAP yang sering membelakangkan PAS dalam tindakan mereka di Penang banyak merosakkan orang Melayu. fikir sebelum bercakap dan jangan jadi pak turut semata-mata.

matjeng said...

aiya lato': selesaikalah dulu Islamphobia dalam DAP. Toksah nak cerita tazkirah kat kuil atau tokong selagi DAP tak faham.. Kalau DAP faham, tak payah pergi tokong atau kuil.akan hilang Islam phobia di kalangan kafir DAP atau PKR.
Tak payahlah nak ajar UMNO/ PERKASA atasi malam Islamphobia/ Melayu phobia. Dengan DAP pun tak selesai! Pok Nik kata merokok haram, berapa kerat penyokong PAS berhenti merokok? Pok Nik kata boleh berkawan dengan syaitan, kira berapa ramai pengikut PAS berperangai macam syaitan, demo sana demo sini.. terpekik terlolong macam polong, baring sana baring sini protes sampai ke IPT (hak kapir tak gitu!) Itulah menjadi punca Islamphobia!
Nak mengata orang cermin diri dulu dato', masih ramai manusia cerdek, rasional, sabar dan tidak buta hati kat Malaysia ni..jangan perasan semua orang sokong PAS dan PKR walaupun tak berapa suka UMNO atau atas pagar.. tetapi pasai agama bangsa, masih sayangkan keadaan sekarang..sayang untuk perjudikan dengan mereka yang melacurkan agama untuk diri dan politik! Tazkirahlah anak buah banyak benda kena rasional dan pejelaskan betol2, lebih2 lagi ajaran Islam..Quran dan hadis! Ceritakan habis...
Dalamilah ayat quran tentang yahudi dan orang kafir.. banyak peringatan tuhan beri. Jangan kerana politik korbankan semua..hanya dendamkan UMNO(sekarang+ Perkasa) sangup runtuhkan kekuatan Islam Malaysia.
Kalau Melayu cakap tentang bangsa rasis! puak-puak kafir bercakap..itu hak mereka!PAS menikus! Apa Melayu tak ada hak di negara sendiri? Tu sebab pok nik tak bangga jadi Melayu! Sampai begitu hinanya Melayu! Dato'bangga tak jadi Melayu? Tak ikut Pok Nik kerr?
Saya bangga! sebab Melayu ni kalau diberi peluang dan tunjuk ajar, akan berjaya! Kena ingat bertuankan Melayu di Malaysia bermakna bertuankan Islam.. Amalan agama masing-masing yang buat. Kita dengan tuhan! kalau kafir memerintah, jelas dah bertuankan kafir! PAS nak gitu kerr? Rela DAP jadi Tuan Kita?. Boleh harap ke Anuar n Zahid Ibrahim tu.. Dengan Najib mana lebih baik? Mampu ke dato'tadbir Malaysia nih? Hukum hudu Kedah, Kelantan, Terengganu pun lain-lain.. Untuk seluruh Malaysia guana pulak.. Kena fikir hak tu sebab nanti dilanyak oleh DAP dengan PKR! Hindraf pun akan layak jugak kot!
Kesimpulannya, banyak lagi kerja memperbetulkan dalaman PAS tu sebelum nak jaga tepi kain orang lain! Bukan sekadar syok berceramah jerr!! Amalan pengikut pun kena tengok jugak!

matjeng said...

Aiya lato'; cuba hapuskan Islamphobia dalam DAP dulu, barulah bercakap tentang UMNO atau PERKASA! Dgn Karpal pun tak terjawap, ni nak cari dengan orang lain! Bersekongkol dengan kafir lakna tak apa pulak! dengan sesama islam bukan main nak tunjuk hebat!
Puak-puak PAS: Nik Aziz keluar fatwa merokok haram, berapa kerat pengikut PAS berhenti merokok? Nik Aziz berkata boleh berkawan dengan syaitan, cuba tengok berapa benyak pengikut PAS macam syaitan.. demo sana demo sini..terpekik terlolong macam polong.. baring atas jalan sampai berjangkit ke IPT..mengutuk mencaci.. itu ajaran yang PAS berjaya.. yang lain kepetingan politik peribadi..
Cuba kutuk ajaran songsang, kes rempit, dadah, buang bayi, rogol, ragut, samun! Ni nak hentam UMNO/BN. MCA MIC tak kutuk, takut DAP berasa hati! Berani hentam Melayu je lato' Hampes! Masalah sosial serah kat UMNO BN jer, korang cuci tangan.. dakwah apa! Islam phobia dalam diri PAS tok leh buang ni nak ajar orang! Cakap jer berdegar-degar, habuk larak!

Nor Azhar said...

kte xyah nak bahas isu2 besar...jom tengok isu2 kecik ni...

contoh pertama:
islam apekah pemimpin UMNO ni sedangkan isteri dan anak2 pun x tutup aurat.

contoh kedua:
Islam apekah UMNO ni sedangkan pemimpin mereka pun xpenah nk bertazkirah mengenai ayat2 Quran mahupun hadis2 Nabi kpd rakyat.
pnahkah dorang ni mnta rakyat terutamanya laki2 wat solat jemaah kt msjid?

contoh ketiga:
konsert2 liar oleh artis2 barat xpnah pun dihalang oleh kerajaan.gnelah kuasa tu untuk mengawal maksiat.

bnyk lg nk tulis tp setakat ni je dulu. nampak x? x nampak, tnye.

shah said...

assalammualaikum..... maaf jika saya mengutuk orang PAS dari PRESIDEN Majlis Ulamak hinggalah ke simpati PAs...apa yang saya nampak PAS sendiri tidak tahu apa kah acuam ISLAM yang hendak dibawa : Adakah ISLAM ala Kelantan atau ala Kedah Atau Ala Trengganu atau Ala Iran atau Ala Wahabi?? Apa yang saya lihat Kelantan sudah 20 tahun dibawah PAS.... tidak ada langsung keberkatan ,,,,maksiat makin bertambah ....huru hara makin menjadi (spt kes istana kelantan) Ahli PAS Sendiri yang hafal alquran pun hanya yang masok sekolah tahfiz..dan langsung tidak mahu mendoakan kebaikan kepada pemerintah baik raja mahu pun kepimpinan negara... adakah orang bukan selain ahli PAS haram di doakan? Adakah hanya orang PAS manusia pilihan Allah maka fahaman sedemikian tidak ubah seperti fahaman yahudi

matjeng said...

Nor Azhar:
1. Pemimpin PAS cakap bohong tu lagi teruk! Allah samseng/mencarut! penyelewengan UMNO Terengganu berlori2 sampai hari ni Hj. Hadi tak bagi tahu pun.. lagi berat tanggungannya! Tak pakai tudung, tu tanggungjawab isterinya! takkan nak salahkan BN dan UMNO! Nik aziz kata merokok haram, beramai pemimpin PAS berhenti merokok! jangan cari salah orang!
2. Awak tu, kalau setakat serban atas bahu, tak payahlah nak cakap pasal tazkirah! Amoi berkebaya pun boleh bertazkirah kat mimbar masjid! betul ker tu.. Aurat lagi dahsyat.. montot! nanti kau jawab"dalam quran tak ada sebut perempuan berkebaya tak boleh bertazkirah dalam masjid"..gitu? Najib bentang baget, awak dengar tak? Tu tazkirah jugak! kata yang baik2, doa yang baik2, harap yang baik2, tak mengutuk orang, berkerja untuk kebaikan orang lain! bukan tazkirah ker? Kalau nak bagi tazkirah kena bagi tahu orang PAS ker! Ustaz2 kerajaan yang berceramah kat masjid/surau tu bukan tazkirah ke? kalau pemimpin tak tahu hal agama eloklah ustaz2 yang btahu bai tazkirah! bukan buat2 jadi ustaz.. macam ustaz PAS! sebab tu ceramah agama asyik kutuk, caci, maki orang! Agama kita suruh gitu ke? dengan orang kafir, fuhh..layan mengalahkan layan mak mertua lagi...
3. semasa BN perintah kelantan/terengganu, bukan main hentam kerajaan pasal judi/arak..kerajaan salah! bila dia PAS perintah, arak/judi tak apa! sebab orang kafir memang suka begitu..kebiasaan mereka! jadi halal.. mengapa Encik Nor tak bising? jadi apasl konsert tu nak buat macam mana kegemnaran orang kafir! jadi mengapa anak Islam kita pergi join! Salah mak bapak dioranglah tak ajar anak2 mereka! jangan salahkan kerajaan! negara kita pelbagai kaum dan agama! kena fahamlah! jangan cakap hentam jer! kalau macam tu baik masukkan kopiah awak tu ke dalam jubah! PAS pun diam bila DAP tak setuju pasal HUDUD! kenapa tak komen dan tekan pemimpin PAS! dah lari dari perjuangan sebbenar! bersekongkol dengan puak2 anti Islam DAP/PKR/HINDRAF lagilah teruk perangainya! Jangan tengok salah orang jer..perasan PAS betul belaka!
4. Satu lagi Nor: buat servey tak, yang tak apaki tudung tu semua anak buah umno ker? yang merempit, hisap dadah, sumbang mahram, buang bayi, termengandung, perogol tu..semuanya kaitan UMNO ker..orang PAS tak ada ker.. jenguk2 dan tazkirahlah yang tolak buah dam dari sebelum asyar sampai maghrib>> bukan org UMNO saja, PAS pun sama! Yang tak sembahyang tu..tengok2 jugak! UMNO belaka ke mereka..
Saya tak minum, tak berjudi, pergi konsert.. mak yaha, adik beradik saya pun tak..... AWak? Nor..nor... tolong tazkirah pemimpin PAS juga ya! tak menang pilihan raya tak apa..janji kita jujur!

matjeng said...

Nor Azhar,

1. Islam apakah pemimpin PAS kalau asyik berbohong dan bersekongkol dengan pembohong untuk kepentingan politik. Isu tudung tu tanggungjawab suami dia!Boleh jadi pemimpin ke kalau asyik berbohong..putar belit ayat Quran!.. dah servey ke, semua penyokong PAS bertudung! tak merempit..tak hisap dadah! tak sumbang mahram! yang perangai huduh kat stadium! Orang UMNO belak ke tuh!
2. Kalau serban pun duduk di bahu, tak payahlah nak cakap pasal tazkirah! Amoi berkebaya boleh bertazkirah kat mimbar masjid.. betul ker tu? Dengar tak pembentangan baget Najib? bukankah itu pun tazkirah.. ajak perkara baik..doa dan harap yang baik-baik.. bukan terpekik-pekik macam Mahfuz tu! Ker kalau nak tazkirah kena report kat orang PAS? Kita sokong BN, dengar jugak ceramah PAS.. orang PAS? hak baik orang BN cakap pun tak nak dengar!Program agama UMNO buat, ada orang PAS nak ikut?
3. Bila BN benar jual arak, judi kat Terengganu/ kelantan dikatakan salah, dihentam cukup2! Bila dia perintah.. benar judi dan arak, tak apa! sebab itu kesukaan orang kafir.. Apa ke jadahnya ajaran begitu.. orang salah, dia je betul.. baik masukkan kopiah tu ke dalam poket jubah tu!! konsert tu kegemaran orang kafir, biarllah dia pergi! Orang kita tumpang buat apa! Salah ibu bapa dialah tak bagi didikan agama! ada konsert saya tak pergi pun.. ayah saya tak pergi pun.. mak dan adik saya pun tak pergi.. ni nak salahkan semua kepada kerajaan!Pergilah tolong dakwah kat budak2 tu! dah hebat sangat ilmu agama mu.. tengok jugak kat surau/masjid PAS berapa ramai remaja ada di sana antara maghrib dan Isyak.. nampaknya hok tua belaka! PAS pun gagal tarik budak2 ni ke Surau/masjid! UMNO jugak ke salah! Sebab budak2 ni tak bawak duit nak derma kot..tak payah ajak lah!!
Nor jangan perasan bagus no!ceritalah pasal hudud ker, sebab apa beza hudud kelantan dan terengganu.. kedah tak nak hudud.. karpal larang hudud apa pandangan? betul ke nak kembangkan Islam bila joint DAP dan PKR! Barulah ilmiah! ni pasai tudung, konsert, arak, judi, yang jadi tanggungjawab peribadi.. negara kita pelbagai kaum, kena fahamlah!
tAK PAYAHLAH berdegar2 cakap pasal apa yang kita buat berhubung agama.. UMNO/BN dah banyak buat! UMNO mengagamakan politik!

sk wakaf bharu said...
This comment has been removed by the author.
Nor Azhar said...

matjeng: dari cara saya lihat anda menulis komen di atas, saya cukup kecewa. tulisan anda bukan cara Nabi kita ajar. bahasa kasar. inikah cara Islam UMNO ajar?
ishk...
lagi satu, tengoklah betul2 mana lagi Islam antara PAS dan UMNO?
saya nak anda semua bagi satu ayat atau hadis atau mana2 kata2 ulama yang membenarkan event maksiat seperti IFF yang direstui oleh Islam UMNO?
satu lagi, nak cakap biarlah berdasarkan ilmu. jgnlah based on hujah akal kita yg cetek. Ya,mmg kerajaan patut dipersalahkan atas penganjuran konsert2 maksiat sebab mmg itulah tugas kerajaan Islam bila rakyat mengundi mereka. telah tercatat dalam banyak ayat Quran, hadis dan kitab2 ulama mengenai peranan pemimpin dalam menyekat perkara maksiat drpd trjadi.
ishk2...
lagi satu, jikalau benarlah UMNO itu pari yang memperjuangkan agama Islam, boleh tak bgtahu sy apakah usaha2 nya?
saya bersedia utk membidas semua usaha itu..

Mohamad said...

En. Nor Azhar, PAS dan PKR di Pulau Pinang hanya menjadi balaci penjilat kaki DAP saja. Malahan apabila penduduk bumiputera dizalimi oleh DAP yang menghalau mereka dari tanah kampung warisan nenek moyang mereka sejak zaman berzaman, PAS dan PKR buat tak tahu saja kerana mereka lebih pentingkan kuasa daripada kebajikan penduduk kampung berkenaan. Ini kerana apa PAS dan PKR peduli kalau penduduk kampung berkenaan merempat tidur di jalanan hingga dilanggar oleh kereta, biarlah mereka mampus kerana kuasa politik meskipun hanya sebagai balaci penjilat kaki adalah dipentingkan oleh PAS dan PKR. Saya melihat kalau berkaitan dengan bangsa lain, bukan main terkehadapan PAS dan PKR memperjuangkannya, kerana nak ambil hati DAP, tapi kalau bangsa sendiri ditindas oleh DAP, PAS dan PKR buat tak tahu saja kerana nak bodek DAP. PAS dan PKR memang pengkhianat bangsa, kerana politik kedengkian, sanggup mereka ainaya bangsa sendiri, dasar pengkhianat.

medalien_amir said...

saya sokong 100% point mat jeng, point nor azhar terlalu cetek, taksub dan asobiah, berkisar persoalan akidah individu. isu tudung isteri pemimpin tu dosa atas tanggungjawab suami, pasai konsert or masalah sosial tu antara tanggungjawab mak bapak. kalau mak bapak didik dgn betul x jadi lagu tu. takkan semua nak salahkan kerajaan. kalau cam tu, kerajaan Pas kelantan pun perlu dipersalahkan sebab ramai warganya buat maksiat di kl/ luaq negeri depa. statistik dah ada. dok tengok persoalan kecik buat apa, kita kena tgk persoalan yg lagi besar. dah jadi trend puak Pas guna hadis, guna ayat Al Quran pendek kata guna agama untuk kepentingan politik atau patahkan hujah lawan. tang punggunaan kalimah Allah bg plak cina kristian cauvanish guna demi meraih sokongan politik. apa ni? Dato harun din kata tak bole plak. aku mmg undi Pas dulu, la aku mmg nyesal sebab kerana undi aku Pas menang pastu jadi bongkak dan riak mendabit dada diterima kerana perjuangan Islam padahal Pas sanggup jual agama kat DapiG untuk simpati poltik.

PasBuih..

medalien_amir said...
This comment has been removed by the author.
medalien_amir said...

ni lagi satu saya nak pointkan, fwd nor azhar; matjeng: dari cara saya lihat anda menulis komen di atas, saya cukup kecewa. tulisan anda bukan cara Nabi kita ajar. bahasa kasar. inikah cara Islam UMNO ajar?
ishk...

kira ayat mat jeng tak la seteruk Harakah/suara keadilan/blog Pas yg dok hari2 maki kerajaan. Ni ka ajaran Pas pada ahlinya. buat fitnah sana sini, x dak bukti. mmg di akui Umno tak la sempurna. tapi Pas lagi tak guna, sanggup jual agama pada DAPig dan PKR. apalagi pilihan yg kami ada?

PasBuih..

bobo said...

kepada Nor Azhar:

Aku rsa gaya bahasa mat jeng tu samalah dengan gaya bahasa pemimpin pas. Anda mengatakan anda kecewa dengan gaya bahasanya, ini bermakna anda mengakui juga gaya bahasa pemimpin PAS memang teruk. Tahniah!

shuhaib said...
This comment has been removed by the author.
shuhaib said...
This comment has been removed by the author.
johanramli61 said...

YB you make me remember Allahyarham Tun Hj. Omar Ong Yoke Lin. Semasa beliau mula-mula jadi Ahli Kebinet pertama 1959, beliau belum lagi memeluk agama Islam...Adakah Tunku atau sape-sape telah berdakwah hingga beliau tertarik dan menjadi Muslim. Itulah tugas kita...berdakwah...sama ada orang boleh terima atau tidak usah risau..jika kita dapat mengIslamkan sesaorang bukan beragama Islam bererti kita sudah menjalankan tanggung jawab kita dengan berjaya..Lihatlah disekeliling kita, peluang ada di mana-mana... Bagi orang Islam yang menyimpang batasan keIslamannya..itu adalah tanggung jawab individu sendiri.. So berapa ramaikah yang sudah kita dakwahkan? Bagaimana boleh jika merujuk dan menyentuh al Quran pun kita marah... Jikalah org bukan Islam diberi peluang membaca dan memahami al Quran saya percaya orang yang ikhlas mungkin terbuka hati memeluk Agama Islam.
Percayalah adalah sifat semula jadi manusia mencari-cari kebenaran..persoalan "Kenapa Aku dilahirkan" selalunya timbul difikiran... Kita umat Islam lahir dari ibu bapa yang Islam..katakan kita dilahirkan dari ibu bapa bukan Islam adakah kita akan jadi Islam sedangkan kita tidak berpeluang melihat, mengkaji dan menyentuh al Quran....Maka dampingilah mereka yang bukan Islam, berilah contoh, teladan sambil memberi contoh ayat suci tanpa meninggi diri...be humble not arrogance. Do not argue but direct it towards kebenaran.. Jika kita yakin dan setelah diberikan ilmu keIslaman kepada anak kita, suruhlah mereka bergaul dengan rakan yang bukan Islam...make them understand better about Islam.. Itulah sebab kita dilahirkan...berdakwah..sama ada terima atau tidak usah dirisaukan..

abu zubair said...

Arif Omar,
Mana inisiatif BN untuk laksana Hudud?kenapa tun tak kemukakan perancangan BN untuk laksanakan hudud?Yang ada perlekeh hukum hudud.kalau nak makan sup tangan pergi Kelantanlah,habis batu kalau buat hudud-ni semua statement pemimpin BN perlekeh hukum Hudud !

Hillbert,
Masuk islam atau tak itu kerja hidayah Allah, yang penting kami dah usaha, perbincangan ,perjumpaan dan ada yang join usrah dan sebagainya.Perkembangan terkini Karpal Singh dah sedia dialog untuk negara Islam dan bersedia pertahankan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan!
Mat jeng!
PAS jalankan tarbiyyah, ulama' PAS buat pengajian siang malam pagi petang, pemuda buat da'wah pergi jumpa bagi risalah, buat tamrin anak-anak PAS dan lain-lain.Banyak lagi dah buat.Tapi masalahnya kuasa di pusat lulus lesen arak, lulus lesen judi tu apahal?Nak buat hab malam lagi!Waktu orang lain membina hangpa merosak!
Tak semua konsert tu haram!Kalau betul syarat asing laki perempuan dan lain-lain takde masalah nak buat!Apa cerita kerajaan 'ketuanan Melayu' luluskan konsert penyanyi gay Adam Lambert baru-baru ni?Apa nak jadi ni?!
Balik pi tengok kitab ihya ulumudin bab mengumpat dan mengata yang diharuskan dalam Islam. Salah satu keadaannya mendedahkan kejahatan seseorang supaya orang lain tak terpedaya dengan kejahatannya. Rakyat kena didedahkan kejahatan UMNO-BN supaya tak tertipu lagi !
mat jeng UMNO-BN pun sekarang ni dah banyak demo!jangan lupa tu!
Wei Melayu dihalau hasil perjanjian BN memerintah dulu!Oh sedap nya buat taik pastu kata orang lain buang air besar!
Dah tak payah lagi buat servey, yang banyak tak pakai tudung lebih banyak orang umno sebab?isteri pemimpin no 1 pun tak bertudung sempurna dan ramai lagi nampak jambul. ulamak umno jadi syaitan bisu tak tegur!
Apa UMNO buat bila MCA , MIC hina Islam?MCA hina Islam kata pusing jarum jam kebelakang kalau laksana ISlam dan banyak lagi!

Sofi said...

Nor Azhar,

Tidak dinafikan pemimpin kita ada kekurangan tetapi napa mesti membuka aib orang mengenai isu tudung. Tudung bukan isunya yang penting menutup aurat. Mungkin tak bertudung tetapi sopan dan pernah ke kita doakan supaya mereka ini mendapat hidayah selain daripada mencaci..Mungkin mereka ni ahli syurga disebabkan amal ibadahnya yang lain berbanding kita yang berketayap, berserban dan bertudung labuh.

Kerajaan keluarkan lesen judi arak supaya untuk senang dia kawal. Kelemahan cuma penguatkuasaan larangan terhadap orang islam.
Contoh kat selangor dah buat penguatkuasan tapi kenapa pulangkan balik..mana dia kuasa sebagai pemerintah ketika itu? Buat pakatan dengan orang kafir tetapi diorang lebih berkuasa.
Kerajaan sekarang walaupun bergabung dengan kafir tetapi ada kuasa memerintah.

Mana teruk tengok konsert gay atau sokong pemimpin gay bertopeng islam jadi pemimpin.

Banyak usaha kerajaan buat memartabatkan agama islam. Kita ada lembaga tabung haji, perbankan islam, kemudahan untuk berdakwah.. cubalah bersyukur dengan nikmat yang kita ada ni.

nampak tak? tak nampak tanya (macam sombong je ayat ni)

abu zubair said...

Sofi,
1.Imam Ghazali menyebut ada masa mengumpat itu diharuskan...antaranya apabila sesuatu mungkar tu dilakukan terang-terangan besar-besaran tambah lagi oleh pemimpin.Isteri pemimpin no. 1 negara tak bertudung, menteri wanita sekejap bukak sekejap tutup,Oh Umno kata takpe itu hak masing2, mufti pun tak tegur...ini mungkar besar!jadi ikutan rakyat!Islam apa yang UMNO pakai ni? PAS dedahkan supaya pemimpin macam ni jangan diangkat lagi jadi pemimpin !nak tegur isteri pun tak mampu, itu dayus namanya. Dayus tak layak jadi pemimpin!Ini tugas kami menegur dan beri peringatan kepada rakyat!Inilah salah satu keadaan mengumpat diharuskan dalam perbahasan Imam Ghazali dalam kitab Ihya' ulumuddin.
2.Konsert gay dah confirm mungkar besar!Anwar Ibrahim tak dihakimi mahkamah Syariah. dan belum terbukti jelas beliau bersalah...Oh orang UMNO mendahului mahkamah...
3.Buat tabung haji, buat konsert nasyid, dalam masa yang sama buat konsert gay, hub malam. Islam apa campur halal dgn haram ni?Hancur Islam kalau di tangan UMNO!