Wednesday, August 18, 2010

Kase terus berjuang hingga saman dihapuskan

Perjuangan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan tetap diteruskan sehingga kerajaan menghapuskan terus saman yang membebankan rakyat.

"Kase akan tetap meneruskan kempen menyedarkan rakyat bahawa keputusan kabinet yang tetap akan menyenarai hitam nama pesalah jalan raya selepas 28 Februari 2011 hakikatnya mencabar Perlembagaan Persekutuan,"

Keputusan kerajaan itu nyata bersifat angkuh dan melanggar Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan yang melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sengaja mahu bertindak mengatasi Perlembagaan.

"Kerajaan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kepada rakyat bahawa ia boleh bertindak sesuka hati dengan mengetepikan Perlembagaan.

"Perlembagaan melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka tetapi bila kenderaan disenarai hitam tidak boleh memperbaharui cukai jalan, ia bermakna kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka,"

Keputusan kabinet itu bukan sahaja tidak mempedulikan kesusahan rakyat malah ia sekaligus merupakan perisytiharan perang terhadap Perlembagaan Malaysia dan keputusan mahkamah.

Sebelum ini mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009, Mahkamah Tinggi Sarawak secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

"Keputusan kabinet itu nyata tidak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang memutuskan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan menyenarai hitam pemilik kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar undang-undang.

"Keputusan itu juga nyata penuh dengan keangkuhan yang enggan mempedulikan suara hari rakyat yang mahu dimansuhkan terus tindakan menyenaraihitamkan kenderaan mereka itu,"

Kase akan terus membuat pemantauan untuk memastikan kerajaan mematuhi undang-undang negara.

Kase juga, sedang berusaha mengadakan rundingan bersama kementerian terbabit bagi mengatasi terus masalah kontroversi saman ekor.

“Kami ingin mendapat peluang untuk mengadakan dialog dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Dalam Negeri. Harap Kerajaan dapat adakan rundngan dengan semua poihak bagi cari penyelesaian,”

Surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan diserahkan dalam masa terdekat bagi mengadakan perjumpaan.

Tidak tahan dengan kemarahan rakyat, kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik buat sementara waktu bermula 11 Ogos lalu hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama kepada mereka yang disenaraihitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya,”

10 comments:

Mrkolumpo said...

salam dato...
terima kasih kerana usaha dato
syukur ada juga mp yg prihatin mcm dato...
saya ada 6 saman ekor dato
kopak dato
apa anak bini nak makan

krulayar said...

'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

j3bat said...

Dato perjuangan Hudud macam mana sekarang nie ? Tuan DAP dah terang-terang tolak. Kami perlu sokong Tuan DAP lagi ker ?

Ak said...

Salam YB Dato'

Syabas atas keprihatinan YB Dato' atas isu ini. Saya melihat isu ini amat terkait dengan semua keluarga di Malaysia ini. Tak kira Melayu,Cina, India, Kadazan atau Dayak, mungkin salah seorang daripada anggota keluarga kita pernah kena saman ekor ini. Rata-rata orang marah kerana dikenakan bayar saman yang nilainya amat tinggi.

Saya sokong kalau Dato dan team pergi ke Bazar-Bazar Ramadhan, edarkan pamplet dan poster bagi rakyat tahu. Teruskan Dato' usaha ini. Semua orang sokong.

pitihbelanar said...

nanti PR perintah,kita boleh bawa kereta laju-laju.hal saman tak pe,tak bayarpun boleh.mari kita sama-sama langgar undang-undang jika PR memerintah.yes,bebas...kalau nak jadi pembangkang kita bangkang semua tak kira baik ke buruk...inilah yang dinamakan pembangkang sebenar.

yahaya said...

saman secara berhadapan adalah lebih baik.tak ada org yang teraniaya.Bayar 300 tak pa dah betul kita buat.kalau org lain bawa,kena saman,tapi tak mau bayar bila diminta atau liat nak bayar. Org guna no palsu macam mana.Nak bukti kena bayar RM 10 nk dapat gambar.saya dah kena no palsu untuk parking dan lampu merah.tak kena pada diri sendiri tak apa.Kita tak sokong org yg buat kesalahan jalan raya.memang patut kena saman.jangan kata dah salah tak mau bayar..salah tetap salah.menyusahkan apasal tak saman berdepan.

RASLAH said...

Laju tengok dulu laju tara mana,jalan macam mana dan masa itu apa kepentingan laju tadi, pasai tu saman ekor saya tak setuju kalau saman berhadapan kita bolih terangkan sebab sebab laju kalau lajut sangat tu patut la saman.Ini kalu saman ekor turut ikot ekor bayar saja tak ada budi bicara dan timbangrasa.Tuhan pun kita bolih minta ampun dan ada macam macam hukum walau pun untuk sembahyang 5 waktu. TUHAN pun beri kelongaran, apakah undang undang kita yang kita buat sendiri tak dak kelongaran langsung APAKAH KITA MELEBIHI TUHAN???, bagi yang menguatkuasa undang undang adakah mereka tidak pernah melalukan kesalan??? cerminlah diri gunalah pelita hati sama samalah kita perbaiki untuk kesejahteraan hamba Ilahi.

Dr Rita Coolidge said...

jangan bersekongkol orang2 telah melakukan kesalahan..
saman ekor diberi pesalah jalan raya!!!!!!
kalau tak salah apa mau takut..
patuhilah undang2 di jalan raya...!

(kalau PAS nak tamat kan saman ekor..bagus juga halalkan liwat..supaya 1Malaysia bolehlah meliwat hari2..!)

yahaya said...

cakap jgn sampai akidah tergadai hukum tuhan jgn buat main.cakap mcm org x dak akal.apa kena mengena saman ekor dengan liwat yg tuhan haram kan?

Budakbijak said...

Pitihbelanar:ape hal emosional pulak!..masalahnya anti saman ekor bukan maksudnya anti saman..Dato' Mahfuz bukan pertikai saman..dia pertikai saman ekor..saman kemudian tandatangan adalah kaedah betul, pesalah boleh dibawa ke mahkamah..tapi saman ekor bukan kaedah yang betul,pesalah sukar dibuktikan kesalahannya di mahkamah kerana tidak melalui kaedah yang betul..Bila tak melalui kaedah yang betul kemudian menghukum tertuduh, itu bermakna kejam serta menganiaya tertuduh...yang salah tetap salah..yang belum confirm salah mana boleh dikatakan salah..tak kan tu pun tak paham..Pitihbelanar, awak tak paham ilmu logik ke? atau awak memang lemah dalam matematik?...