Friday, September 24, 2010

Melayu Hilang Kuasa dan Suara Selagi Umno/Bn Perentah Malaysia.

Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa.

"Pada masa ini pun ramai orang Melayu terutama di luar bandar yang hilang kuasa dan suara kerana kemiskinan dan dijerat oleh hutang kepada tauke-tauke.

"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno,"

Keadaan itu, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka,"

Walaubagaimanapun saya yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang,

"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

"Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu,"

Saya ingin menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu.

Saya mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu.

"Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang.

"Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?

Orang-orang Melayu, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah.

8 comments:

sharifah amirah said...

Takkan melayu hilang di dunia itu pepatah Hang Tuah di zaman kesultanan melayu Melaka pada zaman dahulu kala. Tetapi kini pepatah tersebut mungkin kurang sesuai untuk digunakan pada era moden dan globalisasi ini. Tambahan pula dengan suasana politik yang dilihat kacau bilau sekarang lagi menambah kerungsingan terhadap masa depan orang Melayu itu sendiri. Ditambah lagi dengan adanya beberapa pemimpin Melayu yang melakukan tindakan yang boleh menyebabkan kuasa orang Melayu hilang. Sebagai contoh TGNA dalam kenyataannya baru-baru ini secara terang-terangan mengaku beliau tidak berbangga menjadi Melayu malah menjadi Melayu bagi beliau hanyalah nasib semata-mata. Penggunaan kalimah Allah walaupun bukan milik Melayu secara mutlak tetapi memandangkang situasi kependudukan di negara ini majoritinya orang Melayu yang beragama Islam boleh dikatakan kalimah Allah adalah milik Melayu. Tetapi malangnya ada pemimpin Melayu kita yang membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian walaupun untuk tujuan penyebaran agama. Terdapat juga orang Melayu yang meminta petunjuk dari Allah swt agar Lim Guan Eng diberi rahmat dan kesejahteraan dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang. TGNA semasa mengadakan jamuan hari terbuka sempena aidilfitri pada 18 Sept 2010 meminta sami buddha untuk mendoakan kesejahteraan terhadap beliau. Pemimpin Cina diberi hak untuk menyampaikan tazkirah di masjid manakala makmumnya adalah melayu beragama Islam. Ini semua tindakan yang boleh menghancurkan masa depan orang Melayu itu sendiri. Itu tidak termasuk dengan persetujuan pemimpin melayu untuk menyamaratakan hak kepada semua kaum. Jadi siapa sebenarnya yang membiarkan Melayu itu hancur dan dengan mudah dikuasai oleh bukan Islam. Sama-sama kita fikirkan, tepuk dada tanya Yb Datuk Mahfus mengenai hal ini.

parang terbang said...

betul ke datuk ni abg rowan atkinson?
banyak org kabo datuk!

hilbert said...

Datuk?

walaupun saya bukan Melayu, tetapi saya sangat bimbang melihat cara politik mainan PAS ini..kata dulu nak berjuang untuk Islam dan Melayu tetapi kenapa sekarang nampak sangat dan jelas sudah tersasar dari landasan perjuangannya.

ingat tak dengan fatwa yang pernah PAS keluarkan pada tahun 1963 dalam bulan Ogos bunyinya lebih kurang begini "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Jelas sekalikan Datuk yang PAS kini terpaksa menelan semula ludah sendiri dengan sanggup bukan saja untuk memerintah negara malah dalam hal ehwal agama Islam pun PAS sanggup berkompromi dengan DAP !!!

Tetapi UMNO dalam hal hak-hak kaum Melayu serta Bumiputera lainnya dan dalam soal agama Islam tak pernahpun berbuat demikian dengan rakan-rakan parti lain didalam Barisan Nasional tetapi dalam hal ini kenapa PAS bersikap "cakap tak serupa bikin" ???.

hilbert said...

hizatDatuk?

walaupun saya bukan Melayu, tetapi saya sangat bimbang melihat cara politik mainan PAS ini..kata dulu nak berjuang untuk Islam dan Melayu tetapi kenapa sekarang nampak sangat dan jelas sudah tersasar dari landasan perjuangannya.

ingat tak dengan fatwa yang pernah PAS keluarkan pada tahun 1963 dalam bulan Ogos bunyinya lebih kurang begini "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Jelas sekalikan Datuk yang PAS kini terpaksa menelan semula ludah sendiri dengan sanggup bukan saja untuk memerintah negara malah dalam hal ehwal agama Islam pun PAS sanggup berkompromi dengan DAP !!!

Tetapi UMNO dalam hal hak-hak kaum Melayu serta Bumiputera lainnya dan dalam soal agama Islam tak pernahpun berbuat demikian dengan rakan-rakan parti lain didalam Barisan Nasional tetapi dalam hal ini kenapa PAS bersikap "cakap tak serupa bikin" ???.

Wes said...

Saya kurang setuju dengan pendapat Datuk. Tiga perkara yang boleh jadi fitnah harta, kuasa dan wanita. Tak kira orang UMNO, orang PKR atau orang PAS, tiga perkara ini boleh jadi fitnah. Jadi apa dengan mendapat kuasa, PAS atau PKR tidak terlepas dari fitnah ini?

Apakah Datuk boleh jamin jika PR memerintah Malaysia Melayu tak akan hilang kuasa. Mana kita tahu hati budi DAP. Mungkin sekarang baru dapat P. Pinang mereka nampak baik, tapi bila dapat Malaysia nanti tak tau apa mereka akan rampas dari kita orang Melayu. Apakah kita tahu sejauh mana keikhlasan mereka. Mungkin mulut mereka kata mereka ikhlas nak memperjuangkan kezaliman UMNO/BN tapi hati mereka sapa yang tahu. Kadang-kadang suami/isteri kita yang tidur sekatil dengan kita pun kita tau akan keikhlasan mereka inikan pula mereka yang tidak seagama dengan kita.

Saya tertarik dengan pendapat hilbert tentang Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. Kenapa kita harus bersekongkol dengan DAP yang terang-terang tak terima Islam?

Jadi pendapat saya yang tak seberapa ini, Melayu akan hilang kuasa apabila orang yang tak ikhlas memerintah Malaysia tak kira UMNO/BN ker, PKR ker atau PAS.

Super said...

Dato,
Masalahnya skrg ni, PAS bukan parti yg dominan dlm PR. PAS lebih mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Sy sebagai seorang Islam, pilihan sy mudah. Walaupun UMNO itu tidak sempurna, tp sy tahu dengan mengundi UMNO mudaratnya lebih sedikit berbanding undi PAS/PR.

Selagi PAS tidak berdiri atas kakinya sendiri, selagi itu lah undi sy tidak akan pergi ke PAS.

- bekas pengundi PAS -

BILLYtheKID said...

IJM Corporation Berhad bakal dianugerahkan sebagai ‘Total Sub Contractor’ Kampus Baru KUIN, di Kuala Ketil oleh Bina Darulaman Berhad (BDB)?.

alfakir said...

Semua senarai syarikat yang dapat projek adalah dibawah kendalian
????Nak rampas Selangor
Bulan September
Tajuk Tender Nombor
Tender Petender Berjaya Harga
Tawaran (RM)
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 1 (Perlis, Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, Sg. Manik Labu Kubong, MADA Daerah 1 dan MADA Daerah 2) MOA/T/03/2010
TRR Heritage Sdn Bhd 20,100,536.28
X0171101011100013
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 2 (Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) MOA/T/04/2010 Anjung Pelangi Sdn Bhd 9,939,066.94
X0171101011100012
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 3 (Sarawak) MOA/T/05/2010 Endona Corporation Sdn Bhd 10,718,730.00
X0171101011100011
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 4 (Sabah) MOA/T/06/2010 Endona Corporation Sdn Bhd 7,562,500.00
X0171101011100010
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 6 (Kada dan Luar Kada) MOA/T/07/2010 Locglo Corporation Sdn Bhd 10,006,756.20
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Foliar) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 5 (MADA Daerah 3, MADA Daerah 4, Kedah, Kerian dan Perak Luar MADA) MOA/T/08/2010 EJuara Baja Subur Sdn Bhd 29,169,062.40
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 September 2010