Wednesday, September 15, 2010

Suspek bunuh: Polis perlu jelas kepada rakyat

Polis bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sejauh manakah siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat apabila suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dilaporkan mungkin terlibat dalam pembunuhan sehingga sembilan mangsa.

"Walaupun diumumkan Isnin lalu bahawa Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tercapai kerana kadar jenayah turun, rakyat yang semakin gelisah dengan pelbagai jenayah berat yang terus berlaku berhak mendapat tahu sejauh manakah tindakan polis menyiasat kehilangan beberapa orang yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan pembantu-pembantunya itu.

"Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan dan berapa laporan polis yang diterima yang ada kaitan dengan suspek itu?"

Polis dilaporkan telah mengakui bahawa mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini? Apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu?"

Perkara tersebut penting dijelaskan kerana akhbar The Star melaporkan mungkin sembilan orang dibunuh dan dihapuskan dengan cara yang sama, Utusan Malaysia pula melaporkan sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini dipercayai dapat diselesaikan dengan berikutan pengakuan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Sosilawati bahawa mereka pernah terlibat dalam kes-kes terdahulu manakala Kosmo! pula melaporkan bahawa "ahli perniagaan terbabit mahir 'menghilangkan' pelanggannya".

"Yang lebih membimbangkan ialah apabila Kosmo! juga melaporkan bahawa 'maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan'.

"Laporan-laporan tersebut dibuat oleh akhbar-akhbar pro-kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebab itulah pihaik polis bertanggungjawab mententeramkan kebimbangan orang ramai dengan menjelaskan sejauh mana siasatan dan tindakan pencegahan yang dibuat terhadap apa yang dilaporkan sebagai 'sekurang-kurangnya empat kes pembunuhan sebelum ini'.

"Kita tidak mahu lagi membaca laporan ada penjenayah yang 'terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan' selepas ini,"

Saya percaya, jika polis telah menyelesaikan empat aduan sebelum ini, mungkin tidak berlaku pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,”

1 comment:

alfakiri said...

Terkini:
Semua senarai syarikat yang dapat projek adalah dibawah kendalian
????
Bulan September
Tajuk Tender Nombor
Tender Petender Berjaya Harga
Tawaran (RM)
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 1 (Perlis, Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, Sg. Manik Labu Kubong, MADA Daerah 1 dan MADA Daerah 2) MOA/T/03/2010
TRR Heritage Sdn Bhd 20,100,536.28
X0171101011100013
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 2 (Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) MOA/T/04/2010 Anjung Pelangi Sdn Bhd 9,939,066.94
X0171101011100012
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 3 (Sarawak) MOA/T/05/2010 Endona Corporation Sdn Bhd 10,718,730.00
X0171101011100011
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 4 (Sabah) MOA/T/06/2010 Endona Corporation Sdn Bhd 7,562,500.00
X0171101011100010
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Organik) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 6 (Kada dan Luar Kada) MOA/T/07/2010 Locglo Corporation Sdn Bhd 10,006,756.20
Membekal dan Menghantar Input Pertanian (Baja Foliar) Kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Ke Kawasan Zon 5 (MADA Daerah 3, MADA Daerah 4, Kedah, Kerian dan Perak Luar MADA) MOA/T/08/2010 EJuara Baja Subur Sdn Bhd 29,169,062.40
Tarikh Akhir Dikemaskini : 23 September 2010