Monday, October 4, 2010

Perkauman: Umno tiada pilihan lain

Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini.

Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.

"Apa lagi yang pemimpin Umno hendak cakap selain perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh mereka kerana mereka tidak demokratik.

"Bila bercakap soal ekonomi, penyokong-penyokong Umno sendiri mempersendakan mereka seperti yang terjadi kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicanang-canangkan oleh (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak), "

Amaran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kononnya kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama tidak lebih dari semata-mata cakap mulut atau 'lip service' sahaja.

"Kalaupun berlaku pegawai kerajaan bertindak mengapi-apikan perkauman, pemimpin Umno di dalam kerajaan akan berdolak-dalik dan tidak mahu mengambil tindakan.

"Lihat saja bagaimana (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berdolak-dalik dan dengan jelas enggan bertindak terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

"Sedangkan, sudah berpuluh-puluh tahun kita lihat begitu ramai guru dan pegawai kerajaan yang dikenakan pelbagai tindakan tindakan semata-mata kerana menyokong PAS.

"Bila hendak mengambil tindakan ke atas guru-guru dan pegawai awam yang menyokong PAS, tidak pula timbul soal bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),"

Saya melihat perbuatan mengapi-apikan perkauman itu akan menyebabkan Umno semakin dilihat sebagai jenama yang jijik.

9 comments:

Wes said...

Apa pula pendapat PAS tentang Namewee sepet tu yang terang-terang menghina Melayu.

lonkikinoi said...

first time masuk blog mahfuz, tengok muka dia dengan baju dia pun, aku dah malaih. nampak sangat orang kurang pendidikan, kena bergaya lebih. patut lah dia di gelar mr bean. tapi mr bean ada phd. mahfuz, kalau tak ada PAS, hampaih. jadi bila dah ada peluang di beri kedudukan dalam PAS, itu saja yang dia ada. dia guna cukup2, tunjuk pandai. padahal, dia bukan tahu apa hala tuju pun. ikut mana PAS pi..Dato Hj Mahfuz, hebat gelaran

virus_musica said...

tuan, tolong tgk..penting..demi ISLAM

Previously on Tentera Malaysia di Afghanistan : Mengapa ramai yg tak tahu? : http://www.facebook.com/photo.php?pid=604900&l=ed1d93ec52&id=100000105053006

Negara ini sudah menjadi target para JIHADIST antarabangsa

Nampaknya banyak forum-forum maya antarabangsa sensitif dengan kehadiran Malaysian Army Medical Team di Afghanistan.

1] Printscreen di atas diambil dari salah satu forum maya para jihadist antarabangsa. Timo kasih kepado kawan yang menyampaikan info mengenai forum maya ini.

2] Dalam forum maya tu, agak-agak apo yg diorg bincangkan? Den ingat cukup la korang baco komen pertamo dalam thread tu. Karang ado yg muntah darah kalau baco keseluruhan thread tu.

3] Komen-komen dalam thread tu dipercayai majoritinya orang Arab sobab yg bagitahu member den ni pun orang Arab gak. Orang Arab yg cakap omputih kot.

4] Apo pun korang cubo tengok ayat yg telah den GARISBIRUKAN tu. Malaysia telah menjadi target baru para jihadist antarabangsa!

5] Den adolah orang yg pro keamanan dan anti kpd keganasan tapi ado muslim di luar Malaysia menggunokan metod keganasan bagi mencapai cita-cita murni mereka. Metod ini ditentang oleh ramai Ulama’ terkemuka dunia termasuk Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

6] Para Jihadist ini tak tahu bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak tahu menahu tentang Army Medical Team yg berado di Afghanistan. Mano kluar dalam paper Utusan dengan TV3 bai. Bilo dalam forum tu cakap Malaysia is a new legitimate target, diorg maksudkan RAKYAT MALAYSIA! Bagi diorg darah kito halal untuk ditumpahkan. Kepalo ayah kau.

7] Sekarang kito patut fikirkan yang terburuk. Kono berfikir dgn serius. Kito taknak diorg datang sini letak bom sana-sini untuk membalas dendam atas kematian rakyat Afghanistan. Kot iye pun apsal rakyat Malaysia yg jadi target. Bukan rakyat Malaysia yg bagi greenlight untuk tentera perubatan kito poie Afghanistan. Bingai boto la diorg ni.

8] Pertamo, den mintak Menteri KDN DS Hishammuddin Tun Hussein amik langkah berjaga-jaga paling maksimum utk memperketatkan langkah keselamatan dalam negara kito.

9] Keduo, PM Najib WAJIB tarik balik tentera kita yg sedang bertugas di Afghanistan dengan SEGERA.

10] Ketigo, para Yb tak kiro PAS, PKR atau UMNO desak PM Najib keluarkan tentera kita dari Afghanistan dengan SEGERA. Bagi kita sebagai individu, bagitahu rakan-rakan anda tentang hal ni supaya diorg dapat ambil tindakan dengan mendesak pihak-pihak berkenaan supaya menarik tentera kita keluar dari Afghanistan.

11] Den nak tanyo korang sekali lagi, Apakejadahnya hantar tentera kita ke Afghanistan untuk membantu tentera Ahzab yg sedang giat membunuh muslim, saudara kita di sana?

virus_musica said...

TLG BACA INI TUAN

E'fa@Bab said...

salam datok haji mahfuz omar,

saya sebenarnya baru tahu datuk ni adik kepada tan sri elyas omar, seorang tokoh yang amat saya kagumi, terutamanya sewaktu beliau memegang tampuk presiden BAM. malangnya datuk terlalu jauh berbanding abang datuk. posting posting dalam blog datuk ni terlalu dangkal, mana mungkin sebuah parti politik pro kerajaan memusuhi rakyat walhal matlamat semua parti politik ialah memenangi peperangi menambat persepsi rakyat. saya mohon datuk menjadi seorang pemimpin pembangkang yg membina yang dapat bertindak sebagai check and balance kepada kepincangan kerajaan, ya saya katakan kepincangan kerajaan kerana saya percaya ada banyak kepincangan dalam kerajaan tak kiralah dari segi sistemnya atau pemimpinnya sendiri. malangnya hari ini saya melihat pemimpin-pemimpin parti politik anti kerajaan ini gagal menjalankan tugas mereka sebagai pengimbang dan pemeriksa, malah golongan datuk ini saya rasakan lebih hina dan lebih teruk lagi. jadi di manakah rakyat hendak menumpang teduh?? dimanakah rakyat hendak meletakkan kepercayaan mereka, datuk kene ingatkan rakan-rakan datuk dalam parti bahawa kemenangan kebanyakan rakan-rakan datuk dalam PRU12 dulu bukanlah kerana prestasi parti datuk tetapi lebih kepada sentimen bencikan pentadbiran mantan perdana menteri yg juga sahabat datuk itu. maka tunggulah PRU13 nanti apa keputusannya...

lonkikinoi said...

UMNO adalah parti perkauman sebagaimana MCA dan MIC. kalau tidak ada UMNO, siapa yang akan perjuangkan orang2 Melayu. PAS akan hadapi masaalah yang besar kerana orang bukan Islam kalau dalam PAS tidak juga akan bela Islam dan juga bangsa. PAS nak bela Islam pulak bukan saja akan di halang ahli2 bukan Islam dalam PAS malah dengan DAP pun PAS dah sorong kepala macam kura2.PAS pun dah tak tahu apa yang di belanya. kalau dulu nak bela Islam, sekarang asyik DAP tak setuju saja.

Esperalzi said...

Alah..PAS cakap besaq! Tang UMNO perkauman hangpa bising. Bila Cina2 dan India2 tu perkauman hangpa sengap, teloq hangpa masuk dalam kerandut. Hangpa takut nak tegoq perkauman Cina dan India, takut hilang undi Cina dan India. Hangpa orang PAS ni munafiq dan hipokrit dan rakyat pun dah tau..

Cina dan India pun kuat perkauman juga. Depa pertahan sekolah Cina dan India depa, budaya Cina dan India depa, bahasa Cina dan India depa, hak2 istimewa Cina dan India depa. Sampai kebanyakan depa dah tak boleh cakap bahasa Melayu dgn baik sehinggakan bancian penduduk baru2 ni tak dapat berjalan lancar. Di Malaysia saja Cina2 dan India2 ni dibenarkan boleh tak nak cakap bahasa kebangsaan dgn baik. Di negara lain mampoih depa kena belasah kalau asyik nak cakap Cina saja..

Apa salah UMNO pertahan perkauman Melayu? Perkauman bermaksud kita sensitif dgn hak2 kaum kita. Apa itu salah ker? Kalau UMNO tak pertahan perkauman Melayu, maka akan muncul pertubuhan lain yg akan ambil alih tempat UMNO.

UMNO tak UMNO ker, kami org2 Melayu tetap akan pertahan perkauman Melayu. Hangpa orng PAS lain ler, hangpa dah tak ngaku Melayu lagi, assobiyah konon. Tapi mai tang scholarship utk anak2 hangpa, tempat2 di UiTM dan sekolah2 matrikulasi,lesen2 berniaga, tender2, hangpa kebaih juga pakai quota Melayu!

Parti PAS ni memang karut lah. Menyesai aku undi anak KAPAL SINKS si Gobind Deol di Puchong pd PRU12 tahun 2008. Aku undi DAP bagi pihak PAS, maklum saja kena kelentong dgn PAS waktu tu. Aku undi hangpa nak suruh hangpa jaga kepentingan Melayu dan Islam tp lepas menang hangpa sombong giler, perasan macam dah menang satu Malaysia, tu baru 82 kerusi, cakap punyalah besaq macam tong kosong mengalahkan UMNO..sedaq2 bukan hangpa nak jaga hak2 Melayu dan Islam tapi hangpa nak lelong habis kat Cina dan India!

Tunggu PRU13 nanti, aku tau nak ajaq Parti Ajaran Sesat PAS ni!! Anyway, aku bukan ahli atau penyokong UMNO. Aku cuma meluat dgn PAS dan PR..dulu aku meluat UMNO dan BN.

lonkikinoi said...

PAS dah tak boleh harap kerana dari dulu mereka tak [perjuangkan bangsa, sekarang pulak islam entah ke mana? parti mereka di sokong oleh puak2 cina dan india kerana DAP. bila DAP tiada dalam pakatan, tiada lagi sokongan dari puak2 minum beer ni. PAS sekarang telah berjaya di sunatkan DAP sehingga suatu masa dulu PAS yang di takuti DAP telah membuat perkara2 yang menghina Islam dan Melayu sebagai contoh di Pulau Pinang. Mahfuz yang dahulu sering mengkritik DAP kini tidak lagi bebuat demikian.sensitiviti Mahfuz terhadap melayu dan Islam telah hilang. yang ada sisa2 untuk Mahfuz ialah mengritik UMNO. Bila UMNO tumbang, puas lah hati Mahfuz dan di kala itu kita lihat siapa pula Mahfuz nak kritik? Masa itu DAP akan bermaharajalela dan Mahfuz tidak berupaya mengkritik DAP lagi kerana mereka telah berkuasa.tinggal lah Mahfuz dengan seribu kekesalan menjual bangsa dan agama

bobo said...

BN kedah tak payah buat apa2 pun. PAS akan memang tersungkur dngan sendirinya. percayalah. Selagi Mahfuz Omar jadi MP.