Friday, August 21, 2009

Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat

PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman.

Pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.

"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.

"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya,"

Seorang wargatua menerima wang palsu dalam satu sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya.Image

Menyangkal tuduhan bahawa calon PAS bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man pernah menggelapkan wang RM600,000, Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu supaya supaya pihak yang menuduh membuat laporan polis dengan segera.

"Bawa segala bukti yang ada, bila, di mana dan berapa banyak wang digelapkan oleh Ustaz Salleh dan segera lapor kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau yang menyifatkan pihak yang menuduh itu tidak bertanggungjawab dan tidak ada kejantanan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar.

Mohamad pula memberi reaksi spontan, "Tuduhan tanpa bukti seperti itu menguntungkan kita. Bagus tu".

Beliau menggesa Umno agar mengemukakan lebih banyak lagi tuduhan tanpa bukti.

Dakwaan awal mengenai perkara itu dibuat dalam dua blog penyokong Umno.

Tuduhan itu dipercayai sebagai tindak balas kepada pendedahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman telah dibatalkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Rayuannya supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Yusri mengadakan sidang akhbar pagi ini menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Menurut beliau, pada tahun 2002, koperasi tersebut telah mendapat pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Ketika wang itu berada dalam akaun tersebut, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma tersebut untuk membiayai bayaran baki RM100,000.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Bagaimanapun, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat pula telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Menjawab dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, Yusri menyifatkannya satu pembohongan.

"Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut,"

4 comments:

Lebai Mangkuk said...

YAB DSNTR sebagai Perdana Menteri Malaysia harus segera bertindak menghapuskan petualang2 negara yang sedang bermaharajalela. Petualang2 negara ini sudah menjadi terlampau biadap dan berani bertindak ikut suka hati mereka.

Saban hari mereka menabur fitnah dan mem buruk2 kan kerajaan yang memerintah. Terutamanya di lama2 blog yang pro Pakatan Rakyat. Ceramah2 yang mereka anjurkan juga telah banyak menghasut rakyat membenci kerajaan. Perbuatan mereka ini sudah melampaui batas. Jika tidak dibendung dengan segera, keselamatan negara akan terancam.

Perdana Menteri sepatutnya tidak membiarkan ianya terus berlarutan sehingga ketahap yang tidak boleh dikawal lagi. Ini akan menjadikan negara jadi huru-hara dan kacau-bilau. Yang mendapat susah ialah rakyat jelata yang tidak berdosa.

Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Segeralah bertindak sebelum terlambat.

orang kedah said...

wahai lebai mangkuk ayun..
apa susah wahai lebai mangkuk ..rakyat dah lama menderita di bawah pemerintahan regim BN dan UmNO toya..sekat la kalau boleh ..haramkan la ceramah politik itu lah yang lebai magku ayaun boleh utarakan.. otak kolot dan masih lagi jahilliah ..rakyat skrg sudah meluat dgn BN ..dah nak muntah dah wahai lebai mangkok ayun woiii.

Anonymous said...

BN ni samada bodoh ataupun bangang, pilih calon macam ni. Tapi nak heran apa, mungkin kes pecah amanah bg depa takdak apa2, sebab pemimpin depa yang lain dah biasa buat kot?

hilbert said...

Salam,

Cuba YB dedahkan semua amalan pecah amanah yang dilakukan oleh Anwar ketika masih dalam UMNO dulu sehingga membawa kepada pemecatan beliau daripada parti...

Pernah terfikir tak ? Parti mana yang berani melawan arus dengan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya tanpa mengira pangkat serta kedudukan mereka didalam parti sekiranya didapati melakukan kesalahan? ...setakat ini hanya UMNO parti yang betul-betul mahu membersihka parti dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Ingat tak pada tahun 1998 parti mana yang telah dengan tegas menyingkir Timbalan Presidennya kerana telah menyalahgunakan kuasa? Adakah PAS? Adakah DAP? Adakah PKR? ...bukan kan...tapi UMNO juga berani bertindak serta sentiasa berani untuk berubah.

Dalam parti ini yang ada dalam Pakatan Pembangkang DAP/PKR/, walaupun ada perkara sedemikian berlaku tiada pernah juga tindakan setegas itu akan diambil malah pelakunya pula akan dibela semahu-mahunya jauh sekali untuk disingkir. Kenapa???