Friday, August 21, 2009

Bekas SU BN Pulau Pinang yang pecat Rohaizat dari Majlis Peguam

Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini. Ketika itulah dia pernah memangku jawatan Ketua Menteri.

Kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya. "Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya,"

Khalid juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

"Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah,"

3 comments:

hilbert said...

Salam berhormat YB,

Sebelumnya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini serta selamat mengerjakan Ibadah puasa kepada YB dan rakan-rakan.

Jadi sempena dengan bulan yang mulia serta penuh dengan berkat ini hendaklah dijauhi segala amalan-amalan yang pasti akan menyebabkan semua apa yang dibuat tidak diberkati oleh yang maha esa. Dan penuhilah bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang berfaedah kepada diri sendiri serta kepada orang lain juga.

Jangan memfitnah. Jangan makan minum dikhalayak ramai. Jangan makan makanan anak yatim piatu. Jangan guna wang zakat untuk perkara lain. Jangan berdusta. Jangan menuturkan kata-kata yang akan menyakiti hati orang lain. Jangan mendengar perkataan yang disampaikan tanpa fakta yang sahih. Jangan cuba untuk mengaibkan peribadi orang lain.

Sekiranya semua larangan seperti diatas dapat diikuti, maka sempurnalah puasa orang itu. Jika masih juga melanggar larangan ini..sendiri tau-tau apa dosanya. Puasa tak diterima tapi dosa yang dapat.

Anonymous said...

Assalamualaikum YB,

Selamat menunaikan ibadah puasa.Semoga dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah.Sampaikanlah kebenaran walaupun pahit.Allah menjadi penolong orang-orang yang benar.Jangan membiarkan fitnah,Jangan biarkan orang Islam makan dan minum dibulan puasa,Jangan biarkan makanan anak yatim piatu dimakan.Jangan biarkan perkara lain punca mengutip zakat.Jangan biarkan dusta.Jangan biarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain.Jangan biarkan fakta yang tidak sahih disampaikan.Jangan biarkan peribadi orang lain diaibkan.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada YB dan pemimpin serta penyokong Islam.

Fatimah said...

YB

Harap menasihati si Tantawi tu!

What that piece of garbage (read: Tantawi) did was CLASSLESS, IMMATURE and down right EVIL.

In the holy month of Ramadhan, he has managed to single handedly destroy the marriage of a fellow muslim brother.

He may have been given the assurance of paradise by Saint Nik Aziz but he may have forgotten that the real Judge is the Almight Allah S.W.T.

Semoga dia mendapat balasan dan azab yang setimpal di dunia ini dan di akhirat. Semoga Allah melaknat dirinya, keluarganya serta keturunannya.