Saturday, August 8, 2009

Hentikan penglipurlara tujuh wasiat raja Melayu

Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen,"

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini.

"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal,"

"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?"

Pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar,"

Tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu. "Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat tinggi kepada orang-orang Melayu,"

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,Tuan hj.Saya fauzi dari sg petani kedah.saya ada nak minta tolong tuan hj untuk suarakan masalah kami orang kampung di parlimen.Begini masalahnya... Beras subsidi yang diberikan kepada rakyat sangatlah tidak mencukupi bagi negeri yang dikuasai pakatan rakyat.Sekarang cadangan untuk memberi kupon hanya kepada orang miskin sahaja untuk mendapatkan beras subsidi.menjimatkan wang kerajaan.Dalam keadaan ini menyukarkan kami untuk mendapatkan beras ini.Walaupun pendapatan kami RM1500 sebulan tapi anak 5 sekolah,bayar duit rumah/kereta/api/air kami juga terpaksa makan beras subsidi,tak cukup juga belanja kami.Biarlah rakyat sendiri menentukan beras mana yang nak dia makan.beras mahal atau murah.Bukan berapa sangat kerajaan nak keluar duit,berbanding pendapatan kerajaan. Ada juga nak meniaga nasi lemak pun tak boleh,mahal sangat.jual mahal orang tak beli,nak jual murah beras mahal,macamana, Menteri pertanian tak pa la gaji mahal,takkan dia nak makan beras subsidi,sebab tu dia tak tau masalah rakyat yang dok makan beras subsidi. Saya berterima kasih la pada Tuan HJ jika dapat membantu kami dalam hal ni. sekian fauzi
Nama: Fauzi bin Ahmad
Addr1: Taman Cempaka,Bukit Selambau,Sg Petani,Kedah
Addr2: -
City: Sg Petani
Zip: 08010
State: Kedah
Country: Malaysia
Age: 35
Voice: 0174335641
Members-Email: fauzicob@yahoo.com.my

faizal said...

jika anda terlihat ada orang islam yang berjudi dan minum arak di selangor sila laporkan kepada pihak yang berkenaan supaya kita dapat menghancurkan maksiat tersebut..

marilah kita bersama-sama membuat pemerhatian keatas premis yang menjual air setan ini..jika ada orang islam masih membeli racun dan air setan tersebut,kita akan desak dengan lebih hebat agar perbuatan maksiat tidak berlaku di selangor..

negeri-negeri UMNO disarankan mengikuti jejak langkah negeri selangor demi menjaga kepentingan islam di malaysia.

PakLongChup said...

Cik Faizal,

Tak payah tunggi laporan, tuan datang kat Pekan Bt 9, Cheras dan tunggu depan kedai judi tu, dah cukup tuan untuk ambil tindakan..

Matatech said...

Kalau pasal arak di selangor, ini lah bahana pembawakan dari pemerintahan UMNO sebelum ini, bukan nak kata UMNO tak baik tapi ini lah contoh terbaik pembangunan yang dibawa UMNO sebelum ini, dan bukan senang untuk mana-mana pemerintah baik PRO atau Pembakang atasi. orang selangor sekarang telah memang faham betul dengan tabiat UMNO harap najib sedia maklum. jangan salahkan orang lihat diri UMNO itu sendiri, sehingga ramai anak jati selangor benci betul-betul pada UMNO.Terutama masa pemerintahan Khir Toyo yang kurang matang tu.

Anonymous said...

Pigi dah Mahfuz! Hj Hadi kafirkan orang UMNO tapi ada jugak anak orang PAS kawin anak orang UMNO, berapa ramai anak haram yang PAS dah fatwakan.

Pasal kandang babi DAP keluar PAS pujuk balik. Ini pasal arak dengan 8 kerusi pun tak da telor.

Puki PKR PAS support, kandang babi PAS support, Duit Zakat buat belanja tempat lain PAS support, apasal pasal arak DAP tak support?

Dr Melayu said...

saudara...
satu je saya nak tanya..lain x nak,
saudara tlg huraikan sikit mcmana kes org2 PAS x mkn sembelihan org2 UMNO di kelantan,smpi skrg benda ni masih berlaku...wajar ke?Islam ada suruh ker org Islam x makan sembelihan org Islam sendiri...salah org saudara nmpk,slh puak2 saudara sendiri,saudara pejam je ye....bagus,bravo YB..

Anonymous said...

salam..
bravo YB kerana telah berjaya memberi maklumat salah kpd org melayu-Islam di malaysia..tahniah!!

hilbertmontell said...

Salam Yang Berhormat Pokok Sena,

Tajuk artikel YB seolah-olah mempersendakan peringatan yang diberikan oleh KBDYMM Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

YB kena ingat, wasiat tetap wasiat. Jadi panglipurlara itu bermaksud cerita dongeng. Tidak sama. Kena ingat tu.

Sebelum YB mempersoalkan MARA, Tabung Haji, ASB dan lainnya sebagai seperti dilihat sebagai dicengkam oleh kerajaan BN, jadi kenalah dulu merenung sejenak dengan apa yang berlaku di Kelantan Darul Naim... adakah PAS sebulu dengan pihak Istana didalam semua perkara dari dulu sehingga sekarang?

Disini juga saya ingin bertanya kepada YB Pokok Sena, kenapa jika dengan UMNO yang rata-rata ahlinya adalah orang Melayu dan Islam, PAS sanggup "berpatah arang, berkerat rotan" tetapi apabila dengan DAP(langkah mayat DAP dulu jika mau tubuh Negara Islam & Hukum Hudud), PAS jelas dilihat sanggup pulak "ke gunung sama didaki, ke lurah sama di turuni,..lautan api sanggup sama direnangi, badai ganas sanggup sama diharungi"...

Mengapa Yang Berhormat???

Mohon jawapan...

Anonymous said...

Orang umno ni tak boleh nak kata apa.Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk melihat kebenaran.Masalah yang banyak terjadi sekarang adalah daripada pemerintahan bn.Menteri bn ketua kepada segala yang berlaku diMalaysia.Saya nak tanya kalau seorang budak melakukan sesuatu yang nakal apa yang akan orang mula tanya.Tentulah anak siapakah itu.Tentulah nama bapanya yang disebut.Jadi kalau apa yang berlaku dinegara kita dari kacamata orang luar negeri siapa dulu orang akan pertikaikan.Dah faham dah kot no.

anaklangkawi said...

YB. ada sstgh org tu cukup suka berckp & komplein manjang.. Adapun menarik sbb YB ulas wasiat raja melayu.. ttp dalam pada tu tak buat apa2 utk memartabatkan Melayu mahupun Islam..

PAS hanya pandai berckap soal2 negara Islam dalam ceramah2 .. tapi apa perkembangan utk perancangan memartabatkan Islam sbg toggak agama & Negara Islam.. Mana blueprint? mana perancangan? mana pelan? sampai skrg sudah dekat 50tahun PAS wujud tiada apa yg dibuat kecuali berckp di pentas2 politik..

maaf .. tapi inilah hakikat.. kerana sbb itulah org Melihat PAS hanya gunakan agama sbg alat utk berkuasa..

p/s: kat langkawi bila nak haramkan arak seperti yg diwar2kan dalam ceramah haritu?

Dr Melayu said...

Salam YB..
aku cuma nak war2kan satu kisah mengenai hidup aku.......
PERTAMA:
apa2pun dulu aku sekolah..bangunan sekolah kerajaan BN yg buat,selesa sgt..blh la aku dpt pendidikan awal,alhamdulillah
KEDUA:
aku bljar BN bg biasiswa,senyum ckit bapa aku,duit yg ada blh beli makan keluarga aku..
KETIGA:
ptg2 aku dpt pendidikan KAFA,kementerian pendidikan masa 2 yg rangka program..BN jugaaakkk!!dpt jgk blaja agama yg xder selit sentimen politik melampau...alhamdulillah
KEEMPAT:
aku dpt jd pelajar yg berjaya SPM..BN bagi hadiah RM 1000,dpt aku beli buku2 dan kelengkapan nk masuk U,alhamdulillah lagi..
KELIMA:
aku masuk U..peluang kerajaan BN yg bagi..U pun diorg yg bina,dpt la aku menuntut ilmu ke puncak menara gading...syukur Ya ALlah..aku dpt menuntut ilmu yg bermanfaat..
KEENAM:
masa dkt U..duit blanja xcukup BN bagi lagi PTPTN,syukur dpt beli apa yg patut..buku mahal2,klu hrp keluarga aku mmg xmampu..kesian ayah aku d kmpung..BN dah meringankan beban dia,terima kasih BN
KETUJUH:
aku kuar U dpt degree 1st class,dpt anugerah diraja..pihak U bagi lagi duit blanja,alhamdulillah..
KELAPAN:
aku diterima bekerja di dlm perkhidmatan kerajaan..aku mnjadi seorg pegawai kerajaan yg berbedikasi,x rasuah...keja kerana Allah Taala..sumenya krn kerajaan BN yg bagi sedangkan aku,bapa&keluarga aku bkn pun penyokong BN yg fanatik..bapa aku bkn kroni mereka,tp aku ttp dpt mengejar cita2 aku...
bagi aku x wujud pun birokrasi dlm BN..saudara YB atau org2 lain d luar sana pun tentunya dh byk merasa arus perdana/kemajuan yg diberikan kerajaan BN..dh byk manfaat kan?mgkin lebih byk drpd saya..jlnraya yg saudara guna utk blk ke pokok sena..sekolah saudara YB dahulu..universiti..sapa yg bina?
cuma silapnya semangat melawan/membangkang dlm jiwa saudara YB & penyokong adalah terlalu natural dan sukar utk dilawan...saudara persis ke arah menentang walaupun suatu benda 2 adalah benar..jd secara psikologi saudara kena kawal segala kemahuan melawan saudara itu agar tidak menjadi terlalu ekstrem..syukur la dgn apa yg ada..kita perbaiki apa yg kurang,bkn melawan spt Napoleon di medan perang..
Walalahuwalam