Tuesday, August 25, 2009

Kes kredibiliti bakal wakil rakyat, bukan peribadi

PAS sehingga ke hari terakhir kempen mereka hari ini, konsisten dengan pendirian bahawa isu pecah amanah calon BN, Rohaizat Othman bukan isu peribadi sebaliknya isu kredibiliti sebagai bakal wakil rakyat.

Kes ini lebih jelas apabila bekas rakan kongsi firma Rohaizat, Yusri Ishak berkali-kali menyatakan pediriannya bahawa beliau tampil membuat penjelasan untuk membersihkan nama baik beliau dan keluarganya.

Keengganan Rohaizat dan pimpinan Umno menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan kepada YUsri membuktikan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah parti itu.

Sambil menyifatkan Rohaizat sebagai orang yang tidak tahu menghargai kejujuran seorang rakan, beliau berkata Rohaizat dan pimpinan Umno tidak seharusnyamenjadikan Yusri sebagai kambing hitam.

PAS tegasnya hanya memberikan tempat untuk Yusri membuat penjelasan bagi membersihkan namanya dari tuduhan Rohaizat dan Umno.

Saya ingin menegaskan dakwaan terhadap Rohaizat tidak harus dipandang ringan kerana Majlis peguam tetap memutuskan Rohaizat yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kes pecah amanah yang dilakukan.

Keputusan itu dibuat lembaga disiplin Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh ahli lembaga disiplin Umno, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.

Ini sekaligus katanya membuktikan isu ini bukan sengaja ditimbulkan PAS seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu.

Tindakan Rohaizat yang mendiamkan diri tanpa sebarang penjelasan juga terus menimbulkan keraguan banyak pihak.

Yusri telah menggunakan platform PAS pada Khamis dan Jumaat lalu untuk menjelaskan pendiriannya dalam isu pecah amanah Rohaizat selepas sidang medianya Khamis lalu.

Malam tadi Yusri sepatutnya muncul di pentas ceramah PAS di Kubang Semang, Permatang Pasir untuk 'berdebat' dengan Rohaizat. Bagaimanapun kedua-dua Yusri dan Rohaizat tidak muncul.

1 comment:

ijoks2009 said...

Salam ramadhan dari ijoks2009,
YB,saya amat bersetuju dengan pandangan YG berkenaan Isu ini.
Bakal YB bolehlah di ibaratkan seperti bakal suami bagi seorang wanita.Seorang wanita berhak tahu berkenaan kredibiliti bakal suami dia kerana apa saja perangai buruk suaminya akan ada efeknya pada diri wanita itu.Begitulah juga dengan Wakil Rakyat.