Wednesday, August 19, 2009

Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?

Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu.

PAS dan Pakatan Rakyat mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin.

Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man.

Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang.

Rohaizat mesti menjelaskan segala kesangsian dalam kalangan pengundi Dun Permatang Pasir sekarang.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu."

Bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.


6 comments:

dut_KB said...

assalamualaikum YB,
BN sekarang dalam ketandusan, serba ketandusan... sbg contoh bn ketandusan calon (ku li pon menyatakan perkara yg sama)untuk bertanding di permatang pasir hinggakan orang yg pecah amanah pon di letak... mana orang lain yg layak lagi??? atau yg lain x berani lawan....
lagi satu bn jgk ketandusan isu utk menghadapi PRK permatang pasir hinggakan serang PAS dengan pelbagai isu yg kecil.. bn jgk serang tok guru bertubi2 ngan media umno tu...
bn memang tandus....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...
wassalammm

hilbert said...

Salam YB.

Saya nak jawab tajuk artikel ini saja, sebab saya lebih tertarik kepada tajuk soalannya "Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat?" ...jawapan saya mudah, BOLEH. Semua BOLEH. Banyak lagi yang boleh, bukan setakat yang pecah amanah saja...yang lain-lainpun boleh jadi wakil rakyat asalkan pandai mengelirukan rakyat!

Yang hina Sultan pun sudah ada jadi wakil rakyat.
Yang hina agama Islam pun sudah ada jadi wakil rakyat.
Yang bersekedudukan dengan bukan muhrim pun sudah ada jadi wakil rakyat.
Yang meliwat pun sudah ada jadi wakil rakyat.
Yang pernah kena tangkap khalwat pun pernah jadi wakil rakyat.
Dan banyak lagi dan lagi dan lagi dan lagi......
Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas...

Org Hensem said...

org songlap duit org lain pun buleh nak dibuat wakil rakyat..
umno ni, kalu ye pun kaji la dulu calon korang tu..jgn main bubuh je..ish3

din said...

salam yb
kenapa yb diam bila loke dan jeff ooi mencerca ISLAM ? adakah yb juga sokong ideology dap untuk kepentingan yb sendiri ? knapa perpaduan dengan umno dianggap jijik oleh pas ? saya ingtkan diri saya sendiri bahawa hidup ini hanyalah sementara.jangan kita gunakan agama untuk kepentingan politik semata2 . kita akan disoal dihadapan ALLAH SWT kelak . mudah2 ALLAH SWT membuka pintu hati yb untuk memahami kepentingan perpaduan antara kitas sesama ISLAM .

anak _jati said...

saudara YB...
ckp xserupa bikin la org pggl klu mcm ni...bila DAP hina Islam blh plak YB meng'iya"kan diorg utk jd sahabat YB...bila UMNO nk buat baik xblh plak saudara nk jadikan UMNO shbat..bila Zahid nk bagi perkhidmatan perubatan ATM utk rakyat xblh plak,salah bg YB...time DAP dok bantai org melayu dgn bangsa YB..blh plak YB hulurkan tangan brganding bahu dgn diorg..
apa asas perjuangan YB sebenarnya?untuk apa?kuasa?pangkat?kedudukan?klu nk dikatakan utk Islam..apa sumbangan YB terhadap pembangunan Islam di Malaysia?..terutamanya Pokok Sena tempat YB sendiri..saudara cuma penggalak kepada sembang2 kedai kopi d sana,saudara timbulkan mcm2 isu palsu..itu x kena ini xkena tp saudara xpun berperanan ke arah memperbaiki semua itu....pokok sena still sama mcm dulu,xdak apa2 perubahan..sama mcm BN pegang dulu..cuma bezanya masa BN pegang dulu ada nampak jugak function2 yg dibuat utk mengeratkan hubungan sesama kaum melayu,cina,india&siam di pokok sena...sampah pun x setel lagi..pendek kata lagi parah la keadaannya...
mintak maaf saudara,saya bkn nk pertikaikan pemerintahan saudara YB tp inilah hakikatnya..saya tegur sebagai saudara..bukan musuh..berubahlah,bangunkan pokok sena..jgn jadikan kami sebagai penduduk yg menyesal kerana memberi undi terhadap saudara&PAS..

faizal said...

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.