Tuesday, August 11, 2009

PM diminta beri tumpuan utama kepada H1N1

Meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor.

“Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat.

“Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum akan datang, dan sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah rakyat,”

Saya mencadangkan agar Parlimen mengadakan satu persidangan khas bagi membincangkan wabak Influenza A(H1N1) yang disifatkannya sudah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan kematian 38 orang setakat ini.

Sebuah jawatankuasa keselamatan negara hendaklah diwujudkan dengan segera agar langkahlangkah pencegahan yang lebih serius dapat diambil. Katanya pemeriksaan dan kawalan ketat perlu dilakukan terhadap pelancong asing yang masuk ke negara ini selain rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara, khususnya mereka yang datang dari negara yang dikenal pasti menjadi punca wabak merebak.

“Kuarantin harus diperketatkan seperti di Mexico di mana seseorang yang dijangkiti penyakit itu dikuarantinkan dengan ketat, dan mereka berjaya mengawal situasi ini daripada menjadi lebih teruk,”

6 comments:

Anonymous said...

Kat Kedah pun hangpa terhegeh-hegeh, hang nak kata kat orang.

Anonymous said...

apakah sumbvangan PAS?

hilbert said...

Salam bahagia Yang Berhormat,

Lawaklah tulisan YB kali ini..hehe

Pasal 1Malaysia Rakyat Diutamakan itu saya setujulah dengan YB..sebab sememangnya memang rakyatlah harus diutamakan. YB pun harus begitu juga..bukan setakat YB seorang saja malah keseluruhan YB-YB yang ada kat Malaysia ini tak kira mereka YB ADUN ke atau YB Parlimen, begitu juga tak kira mereka itu pembangkang ke atau pemerintah.

Pasal Selangor tu YB saya rasa PM mahu supaya urusan diantara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat berjalan dengan lancar..maka itulah sebabnya beliau beriya-iya sangat nak Selangor kembali didalam penimbang dacing supaya timbangannya tidak berat sebelah seperti sekarang.

Jadi saya agak-agaklah..apabila Selangor sudah selamat nanti maka bukan saja sekadar pasal H1N1 yang akan PM senang uruskan tetapi juga pasal isu arak juga pasti akan mudah di selesaikan, taklah seperti dengan apa yang berlaku sekarang ini di Selangor..huru-hara pasal arak saja..belum lagi pasal benda lain yang lebih besar.

Ada satu saya nak tanya dengan Yang Berhormat ni...emmmm kenapa di Selangor YB Datuk Dr Hassan Ali keseorangan memperjuang Islam???..mana yang lainnya tak de suarapun...?

setapa said...

Hangpa semua dengan hangpa punya pm 1malaysia semacam saja .Kena penyakit H1N1.Akai takdak.Biaq hangpa kena penyakit ni dulu baru hangpa tau.Masa tu dah terlambat dah.Menteri hangpa dok dalam bilik aircond hanpa dok bilik kuarantin.Masa tu mai la sorang misi dok tanya hangpa masa sebelum kena penyakit ni ada basuh tangan dak.Hangpa pun kata bukan setakat basuh tangan saja, basuh 1Malaysia lagi.kah kah kah.

Anonymous said...

saya kena kuarantin 2 hari ni. doktor dah bagi mc utk 2 hari, esok dan lusa, kat sekolah makin teruk dgn h1n1, ramai yang tak dtg.

bukan kaki kipas! said...

apa yg HILBERTMONTELL merepek ni??? dasattt sungguh kaki kipas kerajaan dipamerkan. halloo!! kita ckp pasal bahaya penularan H1N1 yg dah tak terbendung ni. apa pasai yg merepek meraban? cuba guna organ otak pikir...kerajaan mmg mcm tak serius je nak tangani isu ni. mcm nyawa rakyat tak berharga. tunggu rosmah kena H1N1 baru laa nak glabah buat persidangan khas kat parlimen ekk? bagusnyaa laa negara aku nih!