Tuesday, August 18, 2009

Nasi sudah jadi bubur

Nasi sudah menjadi bubur. Akibat kegagalan membuat tindakan awal yang berkesan, setiap rakyat negara ini kini terdedah kepada virus yang cepat merebak, H1N1.

Saya menyelar sikap kerajaan yang lambat bertindak dalam menangani penularan wabak selsema influenza A H1N1 yang semakin kronik ketika ini.

Mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 16 Ogos lalu bahawa darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini boleh dijangkiti virus tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat.

Sehingga berita ini ditulis, sudah 64 orang terbunuh akibat serangan virus yang sangat mudah berjangkit ini. Setiap hari antara dua hingga tujuh orang dilaporkan meninggal di negara ini.

"Bagi saya dalam hal yang melibatkan keselamatan rakyat ini, tindakan kerajaan sangat perlahan dan kesilapan ini tidak boleh dipandang ringan,"

sikap kerajaan yang suka berdolak dalik dan menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat juga menunjukkan kerajaan tidak mengendahkan permintaan rakyat yang semakin berasa tidak selamat dengan situasi sekarang.

Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang parlimen khas bagi membentangkan kertas putih berkenaan isu ini juga tegasnya jelas menunjukkan kerajaan tidak bersedia menerima pandangan dari pihak lain terutamanya melibatkan Pakatan Rakyat.

"Ini bagi saya adalah satu sikap yang tidak wajar,"

"Saya tidak faham apa lagi yang perlu ditunggu kerajaan sedangkan kes kematian semakin meningkat. Kalau nak tunggu keadaan jadi lebih buruk pun, akhirnya pengisytiharan darurat tetap perlu dibuat.

"Saya setuju jika kerajaan tak mahu isytihar darurat kalau mereka ambil tindakan yang berkesan dari awal lagi.Tapi sekarang dah tak boleh buat apa dah,"

Keadaan semakin membimbangkan apabila virus berkenaan boleh berjangkit di mana-mana sahaja termasuk di hospital dan pusat-pusat kesihatan. "Kadang-kadang ada yang cuma demam biasa, tapi bila pergi periksa kesihatan di hospital, mereka terkena virus itu,"

keadaan semakin membimbangkan apabila virus berkenaan boleh berjangkit di mana-mana sahaja termasuk di hospital dan pusat-pusat kesihatan. "Kadang-kadang ada yang cuma demam biasa, tapi bila pergi periksa kesihatan di hospital, mereka terkena virus itu,"

No comments: