Sunday, August 30, 2009

Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas

Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.

Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.

Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini.

"Kerajaan perlu tarik balik permit import yang telah diberikan kepada Bernas. Mana boleh bagi kepada syarikat monopoli. Dasar monopoli hanya mementingkan keuntungan syarikat dan mana mungkin mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Ianya sangat bahaya kepada keselamatan makanan negara,"

Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia.

"Di Sarawak contohnya, beras dibawa masuk tanpa permit ditahan Kastam, tapi kerajaan benarkan lepas berunding dengan Bernas. Maknanya bernas ada kuasa, boleh buat apa sahaja sebab mereka tahu kerajaan mesti akan benarkan mereka. Jadi bagaimana dengan nasib beras tempatan kita?,"

Selain membatalkan AP, saya juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.

Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?,"

Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.

Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

" Saya tak kata Bernas tidak boleh berniaga beras, dia boleh berniaga beras, tapi jangan bagi permit import dan jangan bagi kuasa simpan stok kecemasan. Biar dia pun ambil beras dari kerajaan, berapa peratus dia nak, kerajaan pertimbangkan lah"

Tindakan kerajaan yang ingin mengambil balik milikan 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) , ianya bukan jaminan sektor pemakanan utama negara akan selamat. "Itu urusan bisnes biasa, soalnya apakah ambil balik itu beri jaminan masa depan kepada sektor makanan kita?,"

9 comments:

Muhammad Nabil said...

Dato' Mahfuz kenapa Bernas sahaja dibidas..mengapa isu Gula langsung tidak diperkatakan pulak..Tolong response..

Terima Kasih,..

Hasbullah Pit said...

Stok Penimbal Beras boleh dilakukan secara kecil-kecilan. Tak semestinya peringkt Nasional.

Stok Penimbal Beras PAS

Mulakan di rumah

hilbert said...

Salam YB Mahfuz, salam Ramadhan dan selamat berpuasa.

Saya setuju dengan pandangan YB ni...demi rakyat. Demi untuk kebaikan pengguna bukan setakat beras saja YB, gula, minyak masak, tepung dan keperluan asas yang lain juga harus disuarakan.

Gula sekarang telah menjadi isu, walhal disesetengah tempat masalah gula tidak timbul sebenarnya tapi kenapa ia boleh menjadi satu isu nasional?

Kalau boleh YB kena juga bersuara pasal gaji pekerja sekarang ini terutamanya disektor swasta, pokok gaji atau gaji permulaan yang diperkenalkan pada sekitar tahu 1980an dulu sampai sekarang masih lagi digunakan sampai sekarang...

Dulu bolehlah..pasal dulu bersesuain dengan harga barangan, jadi selaras dengan gaji pada masa itu. Jika dulu gaji permulaan bagi pekerja baru sekitar RM450.00 sebulan dengan harga barang sebagai contoh gula kalau tak salah ingat saya waktu itu masih menggunakan timbang kati belum lagi menggunakan sistem metrik..1 kati gula cuma 25 sen, makanan dalam tin mengikut saiz tin adalah dibawah harga kurang daripada RM0.80 sen.

Tetapi sekarang harga barang begitu jauh melambung naik, namun gaji masih lagi terikat pada nilai yang lama RM450.00 sebulan..jika ada overtime adalah sikit. Gaji hari pula ada yang majikan masih lagi bagi dengan RM7,8, 9 satu hari..nak makan apa dengan gaji sebegitu YB???

Kalau gaji Ahli-ahli Parlimen dapat dinaikan, gaji ADUN juga..tetapi kenapa gaji rakyat yang memilih mereka sebagai rakyat tidak dapat dibantu supaya semua oihak dapat merasakan kenaikan gaji, sesuai dengan sumbangan masing-masing...baru adil.

Anonymous said...

Gula macam mana? Semua orang membisu.

Anonymous said...

sakam perjuangan semua sahabat

admin,
aliffafnan

http://ntvirus.wordpress.com/

Amien said...

Ape respons Dato' Mahfuz setelah bekerjasama dengan DAP selama lebih setahun kini?

Terasa puas dan nikmat mencerca bangsa sendiri?

Terima kasih.

Khalid Al-Walid said...

salam YB Mahfuz, sy sokong cadangan Yb tu.. kalau beras luar negara dilambakkan dengan berlebihan, beras tempatan akan jatuh pasaran. para petani akan sengsara. terima kasih membela rakyat... kepada TOM Hagen, tak guna kalau kita bantu bangsa tetapi menolak Islam.. perjuanagn bangsa perlu tetapi tidak melebihi perjuangan Islam..

Ali said...

kpd tom hagen...pas berkompromi dgn bangsa lain tu hancur kan bangsa...tp umno berkompromi ngn bangsa lain tuk hancurkan islam..umno bwk semangat kebangsaan ideologi sama yg kamal attartuk bwk...tu ke yg dibanggakan...pikirla...ade mata kita lihat..ade telinga kita dgr..ade mulut kite becakap..ade OTAK LU PIKIRLAH SENDIRI...wasalam..

Aidil Rahim said...

gula cina pegang.. tang hasad dengki sesama melayu ni stendet lar...