Friday, August 14, 2009

Influenza H1N1: PM enggan adakan sidang khas parlimen

Saya kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda. "Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Saya mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"

Saya juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.' "Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat,"

Saya ingin bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

Ini hanya andaian sahaja, kemungkinan besar kenapa PM tidak melakukan apa-apa terhadap tragedi ini adalah kerana mereka telah membuang banyak wang ringgit rakyat untuk hari kemerdekaan. pada hari itu dapat PM menunjuk-nunjuk bahawa rakyat setujui dengan slogan ciplak dari Singapore... 1Malaysia..

Andaian kedua, kemungkinan jumlah kematian H1N1 hanya untuk politik sahaja. Pernah kah ada liputan khabar ataupun media massa menemubual keluarga si mati? Ini mungkin taktik terbaru mereka agar menghalang rakyat untuk mengundi di PP. bukankah kes pertama H1N1 terjadi selepas pengumuman PRK PP?

allahwaalam... Ini semua hanya andaian.. bukannya untuk menabur fitnah.. fikir2kan..