Setelah Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat lagi berselindung isu hubungan langsung Kementerian Pertahanan yang diketuainya baru-baru ini dengan negara haram Israel, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang itu sekali lagi menggamit perhatian khalayak apabila Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan dalam 'bangsal' Umno di Masjid Permatang Pasir sejak petang semalam.
Jika dalam pilihan raya kecil Manik Urai dahulu, Dr Zahid boleh mengatakan usaha memperbaiki beberapa kediaman pengundi di sana adalah inisiatif ATM sendiri untuk mendekati rakyat, di Permatang Pasir alasan yang serupa tidak boleh lagi digunakannya untuk menjayakan kempen secara tidak langsung bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman.
Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Dr. Zahid sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan majoriti undi calon Pakatan Rakyat Mohd, Ustaz Salleh Man menguncup. "Ianya bukan hanya menggunakan khidmat ketenteraan untuk tugas-tugas perubatan percuma mewakili Umno-BN ke atas pengundi semata-mata; malah menggunakan kepakaran yang lebih strategik seperti membawa masuk 'pengundi hantu', penipuan kertas undi dan sebagainya tidak mustahil digunakan BN dalam pilihan raya kecil kali ini,"
Tindakan Dr. Zahid bertujuan mengekang pengundi setempat bersama mengekalkan kemenangan Pakatan di sini, saya ingin turut menjelaskan bahawa jentera sedang membuat beberapa konsultansi perundangan dan politik peringkat akhir sebelum memanjangkan hal ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pihak berwajib hari ini. "Berdasarkan beberapa dokumen sulit kementerian terbabit yang mendedahkan konspirasi peringkat tertinggi antara ATM dan BN dalam memenangkan calon Umno di Manek Urai dalam perbahasan Sidang Parlimen lepas;
Meninjau di tempat kejadian lewat petang semalam, kelihatan hanya sebuah van kecemasan ATM (ambulans), sebuah trak tentera yang sarat dengan muatan ubat-ubatan dan perkakas klinikal, dan beberapa individu berseragam lengkap tentera yang dipercayai Doktor dan Pembantu Perubatan ATM.
2 comments:
Salam YB,Berdepan dengan Umno ibarat berdepan dengan sebuah kerajaan bukannya parti lawan parti.
segala kemudahan kerajaan dan segala kementerian kerajaan digunakan untuk kepentingan parti Umno dan BN namun begitu mereka takkan dapat melawan gelombang rakyat yg sudah mula sedar segala kejahatan mereka.
Lama-kelamaan mereka akan ditumbangkan oleh rakyat,insyaallah.
salam..
sama la jgk PAS pun kan..bila dah jd kerajaan guna jgk apa yg dah sedia ada kat mana2 pun kan?..biasa la xkan xmau guna plak,benda dh ada..blh pakai lagi pakai jer la..biasa la 2..cuma kdg2 PAS mmg xguna bnda yg dh sedia ada,cthnya CAMRY kat perak dulu,keta lama dh xklass..xnmpak elite,xbergaya,terus tukar CAMRY yg nmpak lagi 'Islamik'...mmg PAS ni jenis dasar yg sapu apa yg ada...dulu awal2 90an Anwar tu la bapak segala setan,kafir sbb dlm umno..rasuah..pecah amanah tp skrg Anwar adalah king of pakatan rakyat..diangkat sbg pengembala puak2 PR..nmpak x contohnya sbb apa yg sy kata tadi yg puak PAS ni jenis sapu apa yg ada...byk lg la cthnya..
jangan marah yer..nanti kena jual kat permatang pasir
Post a Comment