Pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini disifatkan sebagai satu lagi kaedah Abdullah menyelamatkan dirinya dan Umno
Abdullah dan Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.
Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.
Saya sifatkan Abdullah merombak kabinet hanya kerana bimbang dengan senario dalaman Umno yang tidak menyebelahinya.
Malah pelan peralihan kuasa yang dirancang Abdullah-Najib tidak diterima kalangan Bahagian Umno, dan ini sedikit sebanyak menggoyahkan kedudukan Abdullah .
Terdapat kebimbangan dengan tindakan Abdullah mengambil portfolio pertahanan dari Najib kerana ini katanya mungkin untuk mempergunakan kementerian itu sebagai talian hayatnya.
"Saya bimbang dengan kedudukan Abdullah di Pertahanan yang memungkinkan penggunaan tentera jika keadaan mendesak tatkala mereka juga bimbang dengan senario perubahan kerajaan yang diusahakan Pakatan Rakyat,"
Walaupun pada 16 September perubahan tidak berlaku, tetapi Abdullah sendiri bimbang dnegan ebarang kemungkinan dalam masa terdekat bahawa perubahan itu akan berlaku juga.
Najib pula yang terpaksa menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Abdullah kerana kelemahan Abdullah sendiri.
"Ini satu signal jelas kepada rakyat bahawa kelemahan Abdullah sudah berada dikemuncaknya, dan perlu segera pertukaran kerajaan dilakukan.
Saya ingin mempertikai keenganan kerajaan menurunkan harga minyak tatkala harga minyak dunia kini turun kepada USD 92 setong, dan janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak hanya palsu.
"Ini semua kerana Abdullah tidak memikirkan hal rakyat, tetapi hanya fikir selamatkan diri sendiri,"
Terdahulu, Abdullah yang bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Najib di Putrajaya ini, berkata portfolio kewangan adalah penting dalam mengambil kira situasi ekonomi semasa dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Katanya beliau yakin Najib akan dapat melaksanakan peranannya yang amat penting itu terutama dalam memastikan ekonomi teguh dan kuat menghadapi cabaran.
Abdullah berkata dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan kini, beliau (Najib) boleh memainkan peranan yang lebih penting apabila berada di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.
Ini kerana, sebagai Menteri Kewangan, Najib akan dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York nanti, kata Perdana Menteri.
Abdullah turut mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Abdullah.
1 comment:
mahfuz. lu ni tak habis2 la talian hayat. punggung saiful talian hayat la, tukar portfolio talian hayat la, lu haji tau tak? behave like haji la!
Post a Comment