Thursday, September 25, 2008

Perlantikan penasihat bukti kelemahan kerajaan

Perlantikan tokoh-tokoh yang dipersoalkan kredibiliti mereka mengukuhkan bukti bahawa kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah kerajaan yang lemah dan suka membazir.

Perlantikan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan perlantikan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman sebagai penasihat kementerian tersebut.

"Rakyat yang tidak berpuas hati telah pun membangkitkan pelbagai kisah ketika Shahidan menerajui pentadbiran Perlis.

"Antaranya, Majlis Perbandaran Kangar pernah disita manakala bekalan elektrik di jalan-jalan di Kangar pula pernah dipotong kerana kegagalan membayar bil

Apa yang dilakukan oleh kumpulan pelaksana projek NCER sehingga memerlukan Shahidan dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri mengenai projek itu. "Adakah pegawai-pegawai pelaksana itu tidak tahu bagaimana hendak menasihat, atau tidak ada benda yang hendak dinasihatkan kerana tidak ada apa-apa pun yang dibuat atau memang mereka tak tahu apa-apa?"

Begitu juga dengan perlantikan Zainal Abidin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya 8 Mac lalu.

Tidak tahu buat kerja

"Adakah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang tidak tentu arah dan hari-hari menguap di dalam pejabat kerana tidak tahu buat kerja?

"Kalau benar demikian, mengapa dilantik orang yang junior dan tidak berpengalaman seperti Zainal Abidin yang berada di kementerian berkenaan tidak sampai satu penggal setelah dinaikkan pangkat dari kedudukannya sebelum itu sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar?"

Perlantikan-perlantikan itu membuktikan betapa tidak cerdiknya kepimpinan negara hari ini, beliau mengingatkan rakyat tentang bahaya kerajaan yang lemah dan suka membazir. "Kerajaan yang lemah dan suka membazir melemahkan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabngsa kepada negara ini yang akhirnya akan mengakibatkan bencana ekonomi,"

"Kalau kepimpinan atasan tidak lemah, ia boleh memperbaiki kelemahan di bawah.

"Masalahnya, krisis yang dialami sekarang berpunca dari kelemahan di atas - dari Perdana Menteri, timbalannya, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri sehinggalah penasihat-penasihat yang dilantik tidak tentu fasal.

"Malah, penasihat-penasihat itulah yang paling lemah,"

Ganjaran kerja politik

Rakyat kini mula mendakwa bahawa penasihat-penasihat itu termasuk yang bertaraf menteri itu dilantik memegang pelbagai jawatan bukan untuk melaksanakan tugas berkenaan, tetapi sebenarnya untuk menjalankan kerja-kerja politik bagi kepentingan Perdana Menteri.

"Pengurniaan jawatan-jawatan tersebut hanyalah untuk membolehkan mereka menikmati ganjaran lumayan setiap bulan sebagai membalas jasa mereka menjalankan kerja-kerja politik untuk kepentingan Perdana Menteri.

"Jika mereka yang dilantik itu tidak boleh digunakan bagi menjalankan kerja-kerja politik Perdana Menteri, sekurang-kurangnya perlantikan itu akan mengikat mereka untuk menyokong pelan peralihan kuasa yang ditetapkan Abdullah di samping memastikan Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan Umno Disember ini,"

2 comments:

Anonymous said...

ah. dah nama pun pembangkang, semua yang kerajaan buat mesti lah salah and tak betul je. porrah la lu mahpus omar..ckp orang dia yang lebih..apa sumbangan lu kepada negara??tarakkk!!!

Anonymous said...

tak ape lah, at least tak lantik orang macam Zul hassan jadi orang berjawatan dalam kerajaan negeri pakatan rakyat.

P/S: takde komen ke hal Zul Hassan dari PAS? takkan nak salahkan orang lain lagi kot macam Teressa Kok

gorila