Monday, September 15, 2008

"Jangan ada pihak gambarkan negatif dalam usaha Pakatan Rakyat bentuk kerajaan"

Saya ingin menasihatkan pelbagai pihak agar tidak memberi gambaran salah atau negatif ketika Pakatan Rakyat berusaha membentuk kerajaan baru.

"Saya harapkan tidak ada pihak yang memberi perspektif negatif terjadap usaha Pakatan Rakyat ini untuk membentuk kerajaan baru yang sebenarnya dimahukan rakyat itu sendiri sebab kita nak pastikan kembalikan persoalan perpaduan mantap dan tidak lagi menggunakan kepentinagn politik sempit dan perkauman yang akhirnya meghancurkan tamadun negara,"

Banyak pihak yang cuba mengagalkan usaha Pakatan Rakyat ini termasuk Umno dengan memainkan isu perkauman seolah-olah membayangkan jika berlaku perubahan kerajaan, Melayu akan menjadi boneka kepada bangsa lain.

Momokan negatif kepada Pakatan Rakyat hanyalah andaian dan usaha untuk gagalkan pembentukan kerajaan baru sekaligus untuk berikan talian hayat kuasa politik Umno-BN.

Sedangkan rakyat di bawah ini amat terasa tertekan dengan kehidupan di bawah BN dan mengharapkan perubahan kerajaan untuk berikan perkhidmatan yang baik.

"Ini satu andaiaan yang kita katakan bahawa perkara yang belum kita lihat terjadi tetapi nak dakwa Melayu jadi alat kepada Cina. Apakah selama ini Melayu Umno tak jadi alat kepada BN? kalau kita nak ukur mengikut realiti, ukuran ialah dalam temph 50 tahun BN memeruntah, apa yang Umno buat untuk kepentingan Melayu?,"

Rakyat melihat apa yang tergambar ialah menunjukkan Melayu Umno ini sebenarnya menjadi televisyen kepada 'remote kontrol' yang dipegang oleh orang lain atau bangsa lain.

"Dia (Umno) hanya jadi televisyen dalam perkara-perkara tertentu, saya rasa tak wajar nak katakan bahawa jika berlaku perubahan kerajaan kepada Pakatan Rakyat, Melayu akan jadi alat kepentingan kepada kaum lain ini tak wajar.Hal ini umpama sebelum kahwin kita dah dakwa wanita itu dah mandul sedangkan kita belum kahwin lagi dengan dia.


"Dalam keadaan hari ini Umno seolah-olah membayangkan kepada rakyat bahawa jangan ubah kerajaan sebab kalau ubah nanti kepentingan Melayu tergugat ini sebab mereka nak kuasa mereka diteruskan,"

2 comments:

Anonymous said...

nanti pakatan rakyat bentuk kerajaan, RTM tu apa kita nak buat agaknya YB???

http://suarasaktii.wordpress.com/

Anonymous said...

Sdr mahfuz,

daripada sibuk dgn 16 september lagi baik fokus pru 13. bagilah peluang kat anwar settle kerajaan.

banyak lagi kerja-kerja lajnah penerangan pas pusat tak beres!!