Wednesday, May 14, 2008

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat bagi Pokok Sena.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmannirahim. Saya ucapkan
terima kasih kerana peluang diberikan untuk turut membahas ucapan Titah Ke bawah
Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan saya hendak ucapkan tahniah kepada kawankawan
di sebelah sana khususnya kepada ahli UMNO selamat hari jadi UMNO yang ke-
62. Cuma sebagai peringatan saya kepada kawan-kawan apabila umur UMNO sudah 62
ini, supaya kepimpinan UMNO jadilah orang tua dalam hendak menguruskan, hendak
mengendalikan persoalan pembinaan, dan pembangunan masyarakat dan negara kita.
Kita tidak boleh jadi orang tua yang panas baran.
Tetapi kita jadi orang tua yang banyak penyabar yang banyak untuk cari jalan
untuk jalan penyelesaian kepada krisis-krisis yang berlaku dalam negara kita. Bukannya
kita hendak menghangatkan lagi suasana yang akan akhirnya menimbulkan suasana
porak-peranda dalam negara kita. Saya menyentuh ini kerana apa yang saya lihat
bahawa akhir-akhir ini saya lihat UMNO yang diberikan tugas tanggungjawab untuk
menerajui kepimpinan kerajaan negara kita ini, tidak bertindak seperti mana orang tua
yang penuh dengan pengalaman dan kematangan dalam berfikir dalam mengambil
langkah-langkah dan tindakan-tindakan apatah lagi dalam beberapa peristiwa krisis yang
berlaku selepas daripada pilihan raya.
Kita lihat bahawa beberapa kenyataan yang dibuat umpamanya pelantikan JKK
dilantik semula untuk diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Saya kira bahawa ini
menggambarkan tindakan panas baran daripada kepimpinan kerajaan yang memerintah dalam negara kita pada hari ini. Sebab bagi saya bahawa ini seolah-olahnya tidak
menghormati keputusan pilihan raya yang telah pun dibuat oleh rakyat dalam lima negeri
yang diperintah oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat ini. Saya kira juga bahawa
beberapa perkara lain termasuk walaupun perkara JKK ini satu benda yang kecil, tetapi
saya melihat bahawa seolah-olah kerajaan tidak bersedia untuk menerima secara
terbuka keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.
Begitu juga dengan peristiwa sejak daripada tahun 1990 Kerajaan Kelantan
dinafikan kemudian peristiwa perampasan royalti minyak sewaktu kerajaan memerintah
sebelum ini, ini menggambarkan tidak ada kesediaan untuk mereka. Begitu juga dengan
beberapa kenyataan yang pernah dibuat selepas 1999 ada doktor-doktor, peguampeguam
yang menjadi panel kepada agensi-agensi kerajaan yang dinafikan hak mereka
kerana didapati mereka menyokong pembangkang pada waktu itu.
Jadi saya lihat bahawa ini menggambarkan ketiadaan kematangan dan
menggambarkan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan menunjukkan bahawa
mereka tidak boleh terima keputusan pilihan yang dibuat oleh rakyat, tidak boleh terima
kekalahan yang telah pun dilakukan oleh rakyat dalam pilihan raya baru-baru . Begitu
juga bagi saya bahawa, apa yang berlaku pada akhir-akhir ini, khususnya, cara dan
pengendalian yang dibuat oleh kepimpinan negara dalam menguruskan sesuatu perkara
itu tidak menggambarkan kecermatan dalam mengambil tindakan. Umpamanya kes
yang berkaitan dengan Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor.
Saya minat maaf, saya terpaksa sebut perkara ini walaupun saya tidak begitu
setuju dengan cara tindakan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Bukit Gelugor, tetapi
saya menggambarkan bahawa apa yang dikendalikan oleh kerajaan tidak
menggambarkan kejujuran dan keikhlasan mereka dalam hendak mengendalikan
persoalan-persoalan seperti ini. Sebab bagi saya bahawa sepatutnya apa salahnya
kalau mereka boleh berunding, bertanya secara jujur kepada Yang Berhormat bagi Bukit
Gelugor? Sebab saya mempersoalkan jujurkah UMNO kononnya mengatakan bahawa
mereka hendak melindungi Institusi Raja-raja Melayu. Ikhlaskah UMNO mengatakan
bahawa mereka hendak melindungi Institusi Raja-raja Melayu?
Sedangkan rakyat tidak boleh melupakan peristiwa bagaimana krisis
perlembagaan beberapa tahun yang dahulu, bagaimana kepimpinan UMNO yang buat
road show seluruh negara membogelkan Raja-raja Melayu di hadapan di khalayak
ramai? Menelanjangkan Raja-raja Melayu hanya kerana satu insiden yang berlaku di
selatan tanah air. S
ebab tiba-tiba pada hari ini, mereka cuba hendak menggambarkan
kepada orang Melayu, kepada rakyat kononnya mereka hendak melindungi Institusi
Raja-raja Melayu. Sebab itu saya melihat bahawa isu ini tidak boleh dikendalikan dalam
bentuk yang sebegitu rupa yang akhirnya kita lihat bahawa UMNO cuba menghangatkan suasana ini untuk menimbulkan satu keadaan yang boleh menyebabkan porak-peranda
di kalangan hubungan antara kaum dalam negara kita.

No comments: