Wednesday, May 7, 2008

KERATAN DIALOG PERBAHASAN DI DEWAN RAKYAT

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Yang Berhormat Rembau.
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya kata bahawa jika sekiranya, jika sekiranya keadaan kembali
reda, maka seseorang yang ditahan di bawah ISA ini, pertama janganlah kerana dia itu ditahan
kerana faktor dia itu faktor politik. Faktor politik tetapi jikalau sekiranya dia terus juga
mengadakan perhimpunan dan boleh menimbulkan keresahan, boleh menimbulkan apa yang
dipanggil sebagai pergaduhan, maka...
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: ...wajar ISA itu digunakan untuk membuat
pengasingan kepada dirinya terlebih dahulu dan dia Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan
di sini bahawa dia tidak boleh ditahan lama. Takkan lah sampai enam tahun dan sebagainya.
Yang ini kita tidak setujulah kalau terus berlaku.
Tuan Yang di-Pertua: Mahu beri laluan?
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, sila.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih. Saya mangsa ISA. Isu
penyalahgunaan kuasa, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa memang berlaku selama ini
penyalahgunaan kuasa untuk menahan orang-orang yang menjadi musuh politik kepada
kerajaan yang memerintah? Saya tunjuk contoh dalam Operasi Lalang yang membabitkan saya,
Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur dan beberapa orang lagi yang
pada waktu itu ialah krisis yang berlaku ialah krisis kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan
juga kepada kepimpinan MCA pada waktu itu.
Saya kira bahawa yang terlibat dalam melakukan mobilisasi terhadap kaum masingmasing
pada waktu itu ialah di kalangan pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri
yang ada sekarang dan juga bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung MCA pada waktu
itu Datuk Lee Kim Sai tapi akhirnya yang menjadi mangsa untuk dihumban ke dalam kem
tahanan Kemunting ialah kami tetapi kedua mereka ini diberi cuti rehat di Australia. Adakah ini
menunjukkan bahawa berlaku pewujudan penyalahgunaan kuasa terhadap ISA pada waktu itu?
[Tepuk]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan sikit sahaja. Sikit
sahaja. Pembetulan fakta. Saya juga bersama dengan Yang Berhormat, juga ditahan semasa
Operasi Lalang tapi kalau Yang Berhormat kata Operasi Lalang itu berlaku disebabkan hilangnya
kepercayaan kepada kerajaan, tak betul. Peristiwa yang berlaku pada masa itu ialah timbulnya
rasa resah di antara kaum disebabkan adanya pihak yang mempersoalkan orang Melayu sebagai
peribumi di dalam negara kita ini dan kita Pemuda UMNO berhimpun di TPCA adalah untuk...
Tuan Yang di-Pertua: Soalan, soalan.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tak saya membetulkan fakta.
cDR. 5.5.2008
122
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu.
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: ...tidak ada peruntukan untuk point of penjelasan
atas point of penjelasan. Tak ada...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini fakta misleading dengan izin
Tuan Yang di-Pertua. Misleading.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pasir Salak tolong...
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kalau boleh, ini fakta. Ini tak betul,
ya. Jadi jangan mengelirukan Dewan.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tadi saya pun terpaksa duduk.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, dia mengaku
bahawa memang wujud pada waktu itu penglibatan UMNO dalam melakukan isu-isu perkauman.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dulu. Sila duduk.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kenapa Pas, kami tidak terlibat pada waktu
itu.

No comments: