Thursday, May 8, 2008

KERATAN DIALOG PERBAHASAN DI DEWAN RAKYAT PADA 6/5/08

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Terima kasih Yang Berhormat
Kubang Kerian,Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mintak penjelasan daripada Yang
Berhormat bahawa adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kerajaan telah
pun menyedari sewaktu tamat tarikh tempoh penswastaan yang diberikan hak
pengimport beras selama 15 tahun yang berakhir pada tahun 2007.
Sepatutnya kerajaan
telah lama menyedari kegagalan BERNAS ini telah timbul pelbagai-bagai isu apabila
BERNAS pada hujung tahun yang lalu membawa masuk beras ke pelabuhan di Sabah
atau pun Sarawak tanpa permit dan ditahan oleh pihak berkuasa.

Sepatutnya kerajaan telah pun menyedari kegagalan dan tipu muslihat dilakukan
oleh BERNAS. Sepatutnya kerajaan tidak menyambung untuk lima tahun lagi hak untuk
mengimport beras.
Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa sepatutnya kerajaan
telah pun menamatkan hak mengimport itu dan kerajaan sepatutnya mengambil
tanggungjawab itu untuk memastikan food security, keselamatan pemakanan bahan
utama beras negara kita dapat dikawal dengan baik kerana BERNAS lebih
mengutamakan untuk kepentingan pemegang-pemegang saham mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Pokok Sena.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Satu persoalan yang saya hendak bangkitkan di sini ialah berkaitan dengan isu stockpile,
iaitu simpanan beras yang sepatutnya digunakan pada waktu-waktu yang tertentu.
Seperti mana yang berlaku sekarang, apabila berlaku kekurangan bekalan beras dan kita
telah pun melihat bagaimana India telah pun stop eksport berasnya ke negara kita dan
juga ke negara-negara luar. Begitu juga Vietnam dan Thailand saya difahamkan telah
pun mengurangkan jumlah eksport beras keluar daripada negara mereka untuk
menjamin soal security ataupun keselamatan makanan dalam negara mereka.

Jadi isunya sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah, saya katakan bahawa
sepatutnya harga tidak boleh naik secara begitu mendadak. Bagi saya bahawa
sepatutnya ada perancangan jangka panjang masa depan yang telah dibuat sebelum ini,
tetapi dalam konteks semasa ini sepatutnya beras tidak boleh naik secara mendadak
sehingga boleh dikatakan tiga hari sekali, empat hari sekali naik.
Hari ini pun berlaku lagi
kenaikan harga daripada kilang khususnya. Sebab kalau kita betul-betul mempunyai
stockpile yang sepatutnya 92,000 tan, sepatutnya saya katakan bahawa stockpile inilah
yang boleh digunakan untuk dilambakkan dalam pasaran untuk memastikan supaya
harga itu dapat distabilkan, dan sekali gus kalaupun untuk menghadapi kenaikan harga
pasaran beras dunia, satu peringatan ataupun signal awal dapat diberitahu kepada
pengguna, bahawa sekurang-kurangnya tiga bulan akan datang maka harga beras
kemungkinan akan berlaku.
Sebab saya sendiri pun tidak tahu berapa stockpile untuk
tempoh berapa bulan. Adakah tiga bulan, adakah enam bulan? Tetapi yang saya
difahamkan tiga bulan.
Maknanya kalau tiga bulan sepatutnya tiga bulan daripada
kenaikan pasaran harga dunia, ini barulah harga dalam negara kita boleh dinaikkan,
sebab kita mempunyai stockpile untuk dilambakkan bagi mengatasi masalah-masalah ini.

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Mohon penjelasan

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Persoalan ini, maaf masa saya
lima minit sahaja. Persoalan sekarang ini, soal stockpile ini, apakah Bernas telah
menggunakan stockpile ini untuk membina keuntungan yang lumayan, sebab stockpile
ini dibeli ataupun sekurang-kurangnya diambil dalam tiga bulan yang lalu pada waktu
harga ketika itu masih rendah.
Jadi bila berlaku kenaikan harga pasaran antarabangsa lalu stockpile itu
digunakan sendiri oleh BERNAS, tetapi saya tidak pasti adakah ini digunakan ataupun
stockpile memang tidak ada. Sebab saya mengatakan bahawa kalau mengikut rekod
yang ada kepada saya ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa stockpile dahulunya disimpan di
gudang-gudang besar. BERNAS ataupun LPN dahulu ada gudang besar.
Sekarang ini
ada gudang dan kilang. Kilang kecil, gudang besar. Kilang ini hanya belian, kemudian
untuk kisar beras-beras tempatan, tetapi setakat yang saya tahu bahawa sebahagian
daripada gudang-udang besar itu telah pun ditutup umpamanya gudang seperti di Perai,
di Teluk Intan, Pelabuhan Klang, Senawang, Lendau, Melaka, Temerloh, Pasir Gudang,
gudang-gudang di Sabah kemudian diserahkan kepada anak syarikat, kemudian gudanggudang
lain seperti Anak Bukit, Parit Buntar, Bagan Serai telah dirobohkan ataupun
ditutup untuk dibuat pembangunan yang lain.
Sebahagian daripada gudang-gudang dan kilang milik LPN dahulu diserahkan
kepada anak-anak syarikat ini, dan saya tidak pasti sama ada kerajaan melalui kawal
selia padi telah membuat spot check ataupun membuat semakan tentang soal ini. Jadi sebab itu kalau kita lihat daripada pengarahan yang telah dikeluarkan oleh pihak
kerajaan pada...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat sedikit lagi masa

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Ya, ya sedikit lagi. Yang
dikeluarkan pada 3 hari bulan baru-baru ini, iaitu pada 12 April dikeluarkan kepada
Pengarah Urusan BERNAS yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi,
iaitu mengarahkan supaya pihak BERNAS mengeluarkan beras Super Tempatan 15% di
kompleks-kompleks BERNAS tetapi ini tidak berlaku. Beras 15% hancur ini tidak
berlaku. Maknanya kalau wujud pun terlalu kecil jumlahnya, tetapi tidak ada sebarang
tindakan diambil terhadap kilang-kilang anak-anak syarikat daripada BERNAS ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:Okey
Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]:Jadi ini bermakna saya
mempersoalkan juga ialah kementerian khususnya pihak kawal selia padi ini. Terima
kasih.

2 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum wr wb

Anak Mahfuz (pak cik terlupa nak tanya nama hang kat ayah hang), Kalu nak template yg cantik-cantik sikit, sila pi ke http://www.ourblogtemplates.com/

Boleh pilih mana satu

Harap layari Parliament News. Juga, ada latest updates dari blog MP dan Adun PAS yg saya jumpa dia punya feed dan boleh dibaca oleh Google Reader dalam blog saya (di sidebar paling kanan bawah iklan). Yg saya tak jumpa dia punya feed yg boleh dibaca oleh Google Reader, tak upaya la...

Tapi tak payah pautkan (link) blog saya di blog anda sebab blog saya blog beracun.

Blog saya yg mungkin tidak beracun (mungkin) ialah Malaysiakita yg mengandungi updates terkini dari blog-blog lain.

Wassalam.

MahfuzOmar said...

nama Muhammad Mujaheed...panggil jid cukup..oh ya ka..ok baik2 template tuh