KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Jika Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dianggap menderhakai Raja-Raja Melayu, guru beliau dalam melakukan tindakan itu ialah Perdana Menteri sendiri, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.
"Guru derhaka ialah Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk tindakan Perdaan Menteri membantah keputusan Raja Perlis dan Sultan Terengganu dalam soal perlantikan Menteri Besar.
Dalam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah keputusan Sultan Terengganu, para penyokong bertindak sehingga ke peringkat menghina Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong.
Antaranya memasang kain rentang yang tertulis "Kami nak Idris, natang!". Perkataan natang dalam loghat Terengganu bermaksud binatang.
Perdana Menteri tidak dilaporkan membuat sebarang kenyataan membantah tindakan itu serta lain-lain tindakan yang menderhakai Sultan Terengganu oleh para penyokongnya.
"Umno yang jadi guru," katanya lagi.
Beliau mengingatkan Umno jangan nak menunjuk-nunjukkan kesetian kepada Raja-Raja Melayu untuk kepentingan politik parti itu.
Beliau juga menyeru parti yang dipimpin Perdana Menteri itu supaya bersikap jujur dan ikhlas kepada raja-raja. Sambil memuji sikap Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dan Datuk Anifah Aman (Kimanis) yang bercakap secara terus-terang dalam menyampaikan rasa tidak puas hati rakyat Sabah terhadap kerajaan pusat, Mahfuz mengingatkan ahli-ahli Umno supaya jangan menjadi gajah sarkas. "Gajah sarkas kalau tauke kata duduk, dia duduk; tauke kata report, dia report dan kalau tauke suruh buat pertunjukan di balai-balai polis, dia akan buat," katanya. Abdullah Jumaat lalu mengarahkan Umno membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak.
No comments:
Post a Comment