Ini kerana Parlimen adalah tempat dimana dewan tertinggi yang membincangkan semua hal mengenia polisi negara yang membabitkan kepentingan seluruh rakyat, katanya semasa ditemui di Parlimen bagi mengulas himpunan yang diadakan kira-kira 200 anggota MTUC di hadapan Parlimen semalam.
"Tuntutan MTUC wajar untuk dipertimbangkan dalam keadaan kos sara hidup meningkat.
"mereka tuntut gaji minima.Tak wajar kini ada orang yang bekerja dalam sektor-sektor yang mempunyai saiz yang besar tiba-tiba mereka diberi gaji rendah bawah RM900
"Dan dalam masa sama pelabur-pelabur yang besar ini mengaut keuntungan hasil dari menggunakan tenaga kerja yang murah di kalangan pekerja tempatanDalam keadaan mereka meraih untung besar itu, kelompok pekerja pula berhadapan dengan beban hidup yang meningkat yang terpaksa ditanggung
Tak wajar bila kerajaan nak menyekat golongan ini dari mendapat pembelaan sewajarnya di Dewan Rakyat yang akan disuarakan samada melalui kerajaan mahupun pembangkang
Sementara itu Presiden MTUC, Syed Shahir Syed MOhamood yang mengulas mengenai memorandum tuntutan badan itu yang diserah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz Nazri berkata, menteri itu berjanji akan memberikan memorandum terbabit kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet lain.
Memorandum serupa diserahkan kepada semua ahli Parlimen baik kerajaan mahu pun pembangkang, ujarnya.
Menurut Syed Shahir lagi, kandungan memorandum tersebut sama dengan yang diberikan kepada Perdana Menteri pada 18 Jun lalu.
Katanya, memorandum kedua itu dihantar kerana pihaknya tidak mendapat respons positif dari kerajaan mengenai tuntutan tersebut.
Menurut Syed Shahir di kalangan negara-negara Asean hanya Malaysia yang tidak mengamalkan pembayaran gaji minima.
Hujah bahawa pelaksanaan pembayaran gaji minima dan Cola akan menyebabkan kenaikan harga barangan adalah hujah yang dangkal, katanya.
Sedangkan katanya dalam hal ini bukan kerajaan yang membayar gaji sebaliknya majikan.
Menurutnya, ketika ini kira-kira 1.67 juta pekerja mendapat pendapatan bulanan kurang daripada RM700 sebulan (lebih rendah daripada paras kemiskinan iaitu RM900).
"Sama ada kami (MTUC) akan buat lagi atau tidak perhimpunan aman yang sama, ia bergantung kepada respons kerajaan. Ini bukan hobi tetapi merupakan satu tanggungjawab.
"Ini bukan mencari kepentingan politik tetapi satu komitmen kepada kaum pekerja di negara ini," katanya lagi.
Kandungan memorandum tersebut turut membantah pindaan akta perhubungan dan akta kesatuan sekerja yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja dan kesatuan sekerja.
No comments:
Post a Comment