Friday, May 1, 2009

PAS cadang wakil kesatuan sekerja dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat

Saya menggesa kerajaan menggubal undang-undang yang menetapkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melantik wakil kesatuan sekerja sebagai ahli lembaga pengarahnya.

Cadangan itu terkandung dalam lima cadangannya kepada kerajaan sempena Hari Buruh hari ini.

"Perkara itu telah lama dipraktikkan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

"Kerajaan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dengan memulakan amalan ini di dalam GLC,"

Saya juga ingin menggesa kerajaan melaksanakan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan melaksanakan skim gaji minima RM1,200 sebulan. "Selain itu, oleh kerana dari masa ke masa banyak kilang dan syarikat yang memberhentikan pekerja, kerajaan mestilah melaksanakan skim pampasan atau insurans pemberhentian kerja,"

Saya juga ingin mencadangkan kerajaan mewujudkan skim biasiswa dan derma siswa kepada pekerja yang ingin melanjutkan pelajaran. "Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pula mesti dirombak supaya lebih prihatin, bertanggungjawab dan bertimbangrasa kepada para pekerja serta tidak terlalu birokratik,"

4 comments:

Anonymous said...

SAYA RASA…….

1. PERJUANGAN PAS TIDAK IKHLAS UNTUK MENDAULAT ISLAM
(Tiada langsung disebut dalam perlembagaan PAS, tapi … UMNO pulak dipersalahkan…..)

2. BERAPA JUTAKAH RAKYAT MALAYSIA YANG BELUM ISLAM DAPAT MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH..
(Sepanjang PAS berkempen hanya yang ada ceramah politik dan bukannya untuk berdakwah, tapi UMNO pulak yang dipersalahkan….)

3. ada beratus lagi kelemahan PAS jika dilihat, ditinjau, dianalisis dan dikaji dari segi ILMIAH dan AKAL yang RASIONAL

–Jangan Marah–
daripada Mulut Celupar.

Anonymous said...

Satu cadangan yang bagus.

Apa kata PAS mulakan dengan Syarikat2 kerajaan di Kelantan, Selangor,Kedah dan Penang?

Anonymous said...

Sebab Husam geng2 erdogan..

orang biasa said...

Salam.
Satu cadangan bernas yang amat dialukan.
Mulakan dengan GLC Kedah dan YB selaku Ahli Lembaga Pengarah KHSB bolehlah mengusulkan cadangan ini.

Apa yang sedang berlaku sekarang ini di GLC Kedah amatlah mengecewakan. Sikap keperihatinan ahli lembaga pengarah terhadap kebajikan sediada pekerja begitu lemah.
Ahli lembaga begitu bergantung dgn maklumat yg diterima hanya berdasarkan sumber dari perlantikan pilihan pada setiap mesyuarat lembaga. Hakikat sebenar tidak pernah dikaji. Masalahnya, ada segelintir ahli lembaga yg tidak arif dlm menilai antara hak & bathil. Bilamana sesuatu kritikan diberi diatas keputusan ahli lembaga yg dibuat tanpa sebarang kajian, yg hanya bersumberkan maklumat perlantikan pilihan, perkara sebaliknya pula yg terjadi.
YB sendiri pernah mengelak utk mendengar keluhan ini apabila dihubungi.
Kiranya YB ikhlas memperjuangkan yg hak, kita boleh bertemu.