Menjadi amalan biasa bagi orang yang melakukan kesalahan untuk menafikan apa yang berlaku.
Khairy menafikan apa saja yang tidak kena dengan Umno termasuk menafikan beliau disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan parti itu Mac lalu.
"Buktikan apa saja kepada Khairy, beliau akan nafikan termasuk menafikan disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan Umno Mac lepas.
"Perkara ini bukan perkara baru dan sudah menjadi tradisi bagi pihak yang melakukan kesalahan untuk menafikan segala bentuk kecaman terhadap mereka,"Saya tetap ingin mengatakan kenyataan yang dibuatnya berhubung keputusan mahkamah berhubung isu di Perak mempunyai asas kerana Ketua Hakim Negara merupakan ahli Umno dan pernah memegang jawatan dalam parti tersebut.
Saya ingin menegaskan kerana adanya individu seperti Tan Sri Zaki Tun Azmi maka tidak mustahil Umno akan menggunakan ejen-ejen mereka dalam badan kehakiman untuk membuat keputusan yang berpihak kepada mereka.
Saya mencabar Khairy untuk berdebat secara terbuka isu ketelusan institusi kehakiman tidak kira di mana-mana tempat.
Sebelum ini Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada 15 Mei lalu berkata tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.
2 comments:
pemimpin skrg 2x5, 5x2 .. skit2 nak berdebat... debat je tau.. buat kerja hampeh.. buat kerja la.. jgn dok main politik.. duit elaun bln2 dpt.. keja xbuat.. hampeh..
Biasa la tu dato, yg mana hak uMNO mesti halal semuanya, jenis perangai menatang memang tak boleh buat kwn!..Bdn Kehakiman akan terus dirogol dan dicabul oleh UMno selagi depa tak dapat apa yg depa nak
Post a Comment