Saya juga ingin menegaskan tidak timbul PAS milik golongan tertentu sahaja kerana untuk mengukuhkan parti penglibatan semua pihak daripada pelbagai golongan diperlukan.
Saya agak kecewa bila ramai pemimpin ghairah memberikan pandangan kepada media arus perdana yang menyebabkan timbul persepsi berlaku perpecahan dalam parti.
Saya ingin menegaskan, perbincangan terbuka bahawa hak beberapa jawatan dalam PAS hanya perlu diisi oleh kumpulan ulama dan profesional perlu dihentikan kerana ia memberikan imej buruk wujudnya konsep kasta dalam parti.
Perbincangan seperti ini akan menimbulkan persepsi adanya perpecahan dalam parti dan ia boleh melemahkan, bukan menguatkan.
Ia juga boleh menyebabkan ahli parti lain yang bukan daripada golongan ulama dan profesional berkecil hati dan akhirnya akan menjauhkan diri daripada partiSaya minta hentikan kerana ia memberi mesej dan imej salah mengenai parti kepada akar umbi, seolah-olah PAS hanya dianggotai oleh dua kumpulan ini sahaja
Saya ingin menegaskan Jawatan dalam PAS bukannya hak eksklusif untuk mana-mana kumpulan sahaja tetapi terbuka kepada setiap ahli parti yang layak berdasarkan kepada meritokrasi.
Apabila seseorang pemimpin itu dipilih berdasarkan kepada meritokrasi yang mendapat sokongan padu daripada seluruh ahli, maka ia akan memperkukuhkan lagi kekuatan dan kesinambungan PAS
2 comments:
Sata setuju. Elok YB kata begitu. JIka orang macam kami kata begitu, tak ada orang layan.
Umno/BN kena duduk pada status pihak yang kalah dalam pilihanraya yang akan belangsung nanti kerana itulah yang telah diputuskan oleh mahkamah! - HUZAIFAH
Post a Comment