Thursday, April 30, 2009

MCA apikan perkauman

Saya ingin menyifatkan MCA mengapi-apikan sentimen perkauman apabila mendakwa kritikannya terhadap keputusan kabinet mengenai status agama anak kepada pasangan yang menukar agama menunjukkan pendirian PAS yang menekan hak rakyat bukan Islam.

"Saya mengecam keputusan kabinet (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) itu kerana ia membuktikan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kasar terhadap rakyat sehingga ke peringkat merampas hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka.

"Malah, keputusan kabinet yang menekan hak ibu atau bapa yang menukar agama itu juga merampas kuasa mahkamah kerana kes seperti itu boleh dirujuk kepada mahkamah untuk membuat keputusan bagi mengelakkan mana-mana pihak merasa tertindas dan dinafikan hak mereka,"

The Star hari ini melaporkan Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menyifatkan kritikan saya terhadap keputusan kabinet itu menunjukkan pendirian PAS menekan hak rakyat bukan Islam.

Beliau juga menyifatkan kritikan saya itu menunjukkan PAS tidak mengetepikan matlamatnya untuk menubuhkan negara Islam.

Saya ingin menyifatkan dakwaan Loke bahawa PAS menekan hak rakyat bukan Islam sebagai sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman kerana apa yang beliau persoalkan itu ialah keputusan kabinet yang merampas hak ibu bapa sedangkan negara ini masih ada mahkamah untuk membuat keputusan.

"Kenyataan saya mempertahankan hak asasi ibu bapa ke atas masa depan serta pegangan agama anak-anak mereka kerana keputusan kabinet itu bukan sahaja merampas hak ibu bapa malah merampas kuasa mahkamah dengan membuat keputusan yang berat sebelah.

"Adalah tidak adil Loke mengambil kesempatan untuk mencari sokongan kepada partinya dengan menggunakan kenyataan itu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman sempit,"

Kabinet, membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusannya supaya perkara itu diserahkan kepada mahkamah kerana pada masa yang sama memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

"Mengapa kabinet Najib merampas kuasa mahkamah?

"Kalau hak ibu bapa ke atas masa hadapan anak-anak mereka dirampas, kuasa mahkamah dirampas dan kita pula mendiamkan diri, akhirnya nanti kabinet merasa bebas untuk mengambil alih dan merampas apa sahaja,"

Kami tidak mampu menghalang jika Loke dan MCA mahu menyokong keputusan kabinet yang merampas hak ibu bapa dan kuasa mahkamah itu tetapi PAS tidak akan berdiam diri terhadap perkara itu

1 comment:

Anonymous said...

Salam datuk,

Saya dah nampak perkara ini akan berlaku, sejak lama lagi. Kes terbaru ini pertama kali ditimbulkan oleh Malaysiakini. Perkara MCA pada saya dah jadi perkara kedua. Apa yang saya mahu tahu, adakah ahli-ahli politik Islam kita yang sudah berpecah ini akan mencabar keputusan Kabinet itu di mahkamah? Datuk buatlah, datuk ada kuasa, nanti kalau di akhirat Allah sergah, gugur daging muka datuk.

Faizal