Wednesday, April 1, 2009

Peralihan kuasa tidak datangkan kesan ubah kelemahan Umno

Perubahan yang kononnya berlaku dalam Umno selepas peralihan kuasa hanyalah mainan media sahaja, walhal parti itu tidak berubaha sama sekali

"Rakyat melihat kononya ada perubahan dalam umno kerana adanya promosi yang dimainkan media arus perdana yang memberi gambaran bahawa peralihan ini membawa satu perubahan besar khsusunya dari segi persepsi kepimpinan yang kononnya bersih dan ada intergriti.

"Ini yang dipaparkan media untuk promosikan, Umno gunakan ini untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sementara di Batang Ai isu ini tak berapa timbul kerana di sana tiada Umno.

Ekonomi masih tidak meningkat

"Namun hakikatnya rakyat melihat perubahan sebenar tidak berlaku, rakyat masih tidak yakin dengan peralihan kerana tiada lonjakan besar sokongan rakyat kepadanya,"

Antara petunjuk pulihnya sokongan ialah ia boleh lihat dalam petanda ekonomi, namun perihal ini tidak dalam berlaku apabila pada 30 Mac BSKL mengalami penurunan besar. Sementara nilai tukaran wang ringggit terus merudum yang menunjukkan petanda pelabur dan golongan peniaga di dalam dan luar negara masih tidak yakin dengan peralihan yang berlaku.

"BSKL jatuh begitu banyak, maknanya antara pakej ransangan RM60 bilion dengan peralihan kuasa ini dalam tempoh seminggu atau dua minggu berlalu masih tidak memberi gambaran yang positif penerimaan masyarakat,"

Faktor kegawatan global walaupun boleh dipakai sebagai alasan, tetapi dalam masa yang sama jika pelabur yakin dengan kepimpinan negara dan kestabilan politik ia juga akan menyumbang kepada peningkatan. Namun selepas peralihan kuasa dan dengan pakej ransangan ekonomi yang diumum Najib, pelabur masih tidak berminat melabur di negara ini.

"Yang nyatanya, peralihan yang berlaku hanya kepada jawatan sahaja sedangkan perubahan sebenar yang patut berlaku tidak kelihatan sama sekali.

"Yang berlaku hanya yang jadi Presiden itu juga adalah Najib yang pernah jadi Timbalan Presiden, yang jadi Timbalan itu Muhyiddin yang juga pernah jadi Naib Presiden, begitu juga yang diperingkat sayap, semuanya hanya naik pangkat sahaja, sedangkan perubahan sebenar tidak berlaku,"

Umno umpama kicap luput tarikh diberi cap baru?

Apa yang pasti media kini mempromosi seolah-olah adanya perubahan, dan segala kemelut yang berlaku dalam Umno sebelum ini bebannya kononnya sudah terlerai dengan penyerahan kuasa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak

Sedangkan rakyat sebenarnya melihat bahawa Umno masih berada pada takuk yang lama dengan persoalan rasuah semakin membimbangkan.

"Rakyat sebenarnya menolak Umno bukan setakat kerana masalah Abdullah, sebaliknya kesemua pimpinan Umno yang ditolak termasuk dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

"Ini bermakna, rakyat menolak Umno secara pakej, termasuk kepimpinan Najib dan yang ada hari ini.Tiada satu perubahan ketara, saya melihat Umno hanya beri label baru sahaja, acuan yang sama. Ibarat kicap yang dah luput tarikh, hanya buang cap di luar botol dan letak tarikh baru sedangkan kicap itu luput tarikh,"

Saya ingin membawa contoh bahawa Umno masih tidak berubah apabila parti itu dan beberapa pimpinannya masih dikaitkan dengan skandal dan rasuah meskipun pemilihan telah selesai.

"Masih ada rungutan dikalangan ahli dan pemimpin bawahan tentang hal rasuah ini, jadi bagi saya Umno masih tidak berubah,"

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
UMNO bukan lagi kicap luput tarikh yang diberi brand baru.. UMNO adalah sejenis virus yang mendatangi masyarakat melayu dengan sifat ketamakkan kuasa, harta dan pelbagai lagi korupsi..
Dengki, hasad, pembunuh, penzina, perasuah adalah ahli UMNO pada hari ini..UMNO adalah kelab elit bekas penjenayah dan penjenayah yang masih bebas dari hukuman,
Sekiranya PR dapat memerintah Pusat, mereka-mereka ini wajar diadili dan dihumban kedalam penjara dean diharamkan menyertai politik seumur hidup.
Perasuah pula wajar di hukum tembak seperti di China...

TALKINBUATUMNO