Shabery dalam laporan televisyen semalam dipetik sebagai berkata, beliau akan bekerja keras bagi memastikan golongan belia kembali menyokong Umno.
Seharusnya tugas untuk menarik sokongan belia digalas oleh Ketua Pemuda Umno yang baru,Khairy Jamaluddin,bukannya KBS.
KBS adalah organisasi kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas membangunkan sahsiah dan akhlak belia hari ini yang semakin parah.
"Bukan tugas KBS untuk menarik sokongan belia yang secara puratanya menyebelahi Pakatan Rakyat dalam tiga pilihan raya kecil yang baharyu sahaja berlalu.
"Sepatutnya tugas ini digalas Khairy, dan Khairy sendiri akui beliau mahu menyahut cabaran Presiden Umno, Najib Tun Razak agar pemuda menarik kembali sokongan belia,"Saya ingin menasihatkan Shabery agar berusaha membangunkan mutu sukan negara yang semakin merosot terutamanya di peringkat antarabangsa
No comments:
Post a Comment