Thursday, April 9, 2009

Kemenangan, satu referandum rakyat terhadap BN

Saya ingin kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Kecil (PRK) di dua kerusi Dun Bukit Selambau dan parlimen BUkit Gantang sebagai satu referandum yang jelas dari rakyat kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Keputusan tersebut memberikan isyarat yang jelas bahawa restu rakyat adalah kepada Pakatan Rakyat tidak seperti slogan BN yang memohon restu rakyat.

"Ini juga bermakna BN perlu insaf untuk tidak lagi melakukan sebarang provokasi dan perampasan kuasa tanpa restu rakyat. Restu rakyat hanya boleh diperolehi melalui proses pilhanraya dan bukannya melalui perampasan, sogokan atau rasuah.

"Kemenangan ini juga menunjukkan satu referandum yang jelas menolak kepimpinan baru Umno di bawah Najib. Kekalahan di Batang Ai itu tidak begitu mengesankan kerana Umno tiada di Sarawak. Ini kerana pimpinan negara diterajui oleh Umno,"

Kemenangan di dua kerusi tersebut juga, dapat memberikan nafas baru serta melegakan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menguruskan pentadbiran negeri.

"Sebelum ini wujud ketakutan khususnya di kalangan kakitangan kerajaan yang takut sekiranya berlaku perubahan kerajaan negeri. Tapi dengan kemenangan ini mereka boleh terus berkhidmat dengan lebih baik,"

1 comment:

Iskandar PT said...

Salam.......

Kemenangan Pakatan Rakyat di Dua Bukit menunjukkan BN/UMNO semakin lesu untuk memenangi pengundi secara total, walaupun sokongan terhadap BN/UMNO meningkat di Bukit Gantang, namun majoriti untuk PAS juga meningkat..
Undi yang meningkat untuk BN mungkin disebabkan pengundi yang 'baru bangkit dari kubur' di beberapa Tempat Pembuangan Undi.
Jentera Pakatan Rakyat yang bekerja keras di semua Pusat menyebabkan 'pengundi hantu' gagal mengundi.
Sebagai penyokong kepada Pakatan Rakyat, saya mengharapkan Pakatan Rakyat terus membangkit masalah-masalah rakyat di Parlimen seperti pengangguran, ekonomi, pendidikan untuk membangkit "lena" BN yang asyik berpolitik dan bersandiwara.
Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah perlu menunjukkan teladan dan contoh yang baik pada negeri-negeri diperintah BN supaya angin perubahan pada PRU 13 dapat di menghembus keluar BN dari negeri-negeri tersebut.
Pada hemat saya BN/UMNO tidak mampu untuk bertransformasi menjadi lebih baik, sebaliknya ia hanya akan menambahkan kedukaan para pengundi.
Bekerja dengan amanah yang diberikan secara ikhlas dan bermuhasabahlah.
Bermusyawarahlah bila membuat sebarang keputusan.
Semoga Pakatan Rakyat mampu mengambilalih Kerajaan Pusat pada PRU 13 .

Semoga berjaya.

Anak_Parit